Kesiankan hati




A berniat nak sakitkan hati B. Maka A pun buat sesuatu yang menarik perhatian semua orang. Suka sangat tarik perhatian si A ni. Kurang kasih sayang.


Caranya berjaya, C tertarik dengan A. Mereka berpacaran. C bahagia sebab dapat A, orang yang dia sayang sangat. Tapi..


Tapi A hanya bahagia bila dapat sakitkan hati B. Maka kebahagiaan C bukanlah tujuannya. Jadi dia tidak kisah samada C bahagia atau tidak. Kadang-kadang C dipandang macam dinding aje. Dinding mesia takpela, ini dinding macam kat india, yang kena ludah dek minachi yang kuat makan sireh tu.


Dan A tidak sedar, yang hatinya sakit kerana hidup dalam cinta yang pura-pura. A berlakon bahagia di hadapan semua orang, kononnya dengan cara itu si B akan sakit hati dan cemburu. A sendiri lupa yang dia tidak ada sebarang hubungan dengan B di mana si B takde motif lansung nak rasa cemburu.


Perkara yang dia paling takut sekali, kini jadi dekat dia kerana langkahnya sendiri yang silap. A sudah memainkan hati dan perasaan C kerana menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. A juga merasakan dirinya gagal menyakitkan hati B. Akhirnya, A sudah sakitkan dua hati. Hati C yang berharap padanya dan hatinya sendiri.


B pula? Masih hidup tenang dan bahagia. Sekarang B sedang main pistol air dengan rumetnya. Mungkin la.


* * *

Jangan selalu fikir tindakan anda sentiasa memberi kesan yang baik pada diri sendiri. Dan jangan selalu sangka orang lain kisah sangat pasal anda.



No comments:

Post a Comment