6/17/2015

Kekal Mati




Deel menghirup baki kuah mi segera Maggie Cup. Masin dan enak sekali. Walaupun otaknya mampu mencerna sejauh mana keburukan mi segera itu padanya, namun dia tak kisah. Dia tak mampu menolak hakikat bahawa dirinya tidak mampu hidup tanpa satu produk berjenama Maggie, kerana tidak lain dan tidak bukan, hanya itu yang sudi menemani bila beliau pokai.


Ah, panjang sungguh intro kali ni. Deel bermonolog sendirian. Seakan tahu ada yang sedang menulis tentangnya.


Deel berpura-pura sibuk dengan membelek laptop yang belum dibuka. Kemudian menyelak-nyelak kertas supaya menghasilkan bunyi yang paling annoying di atas muka bumi,


Hatinya gelisah. Kesibukan yang dibuat-buat tidak mampu melupakan segala yang terjadi. 


Rambutnya ditarik kasar. Matanya bulat seakan mahu keluar dari tengkorak. Gaya dan tingkahnya persis CEO yang muflis. Macam dalam drama tu.. Tapi Deel bukanlah seorang bekerjaya, jauh sekali mahu jadi CEO. 


Deel membulatkan tekad. Kali ini apa nak jadi, jadilah. Deel perlu bertindak mengikut kata hati. Kali ni saja. Biarlah apa orang nak kata, Deel sudah tak peduli. Persetankan semua itu!


Motor vespanya dihidupkan, dan dibawa ke tempat yang hanya Deel saja yang tahu. Kerut di dahinya begitu ketara sekali. Seperti sedang menjawab equation yang kesusahannya tiada tolok banding. Pengguna jalan raya juga hampir pengsan melihat wajah Deel yang begitu masam. Nasib baik tidak berlaku sebarang kecelakaan di jalan raya tersebut.


Motornya diberhentikan di hadapan Cafe Lulz, sebuah cafe hipster yang menjadi kegilaan remaja perasan hipster era ini. Lokasinya yang terletak di tengah bandar dan kemudahan wi-fi percuma membuatkan lebih ramai pelanggan tertarik kerana lebih mudah mereka untuk update di laman sosial. Begitu hipster sekali. Hipster sehipster-hipsternya.  


Kelibat gadis berambut panjang dan berbaju kurung menarik perhatian Deel. Helmet dibuka dan dicampak ke tengah jalan. Sengaja dia buat begitu. Manusia sepertinya memang inginkan perhatian 24jam.


"Kayla!" 


"Kayla!"


Deel terpekik-pekik di dalam Cafe Lulz. Semua yang sedang makan hampir tercekik dek suara yang high pitched itu. Lebih teruk, ada yang pengsan dan mati kerana tertikam diri sendiri menggunakan tulang ikan. Hilang hipster gara-gara Deel yang seakan-akan kurang siuman.


"Kaylaaaaaa!". Kali ini suaranya ditinggikan lagi. Sehingga menarik perhatian seorang gadis yang sedang mengambil gambar makanan yang terhidang di hadapan. Jelas riak wajahnya terkejut.


"Dd...deel...? Awak buat apa kat sini? Awak buat apa cari saya?" Gadis itu gelabah. Gelabah atau nervous, penulis pun tidak tahu. 


"Kayla...kayla..." Deel mengukir sengih kerang busuk melihat ketakutan di wajah gadis itu. Setakat ini tiada yang lagi busuk dari itu, kerana kebusukan senyuman Deel menduduki carta pertama mengalahkan kerang-kerang busuk di Malaysia.


"Kau jangan ingat aku lupa..semalam kau tinggalkan aku macam tu je! Sebab jantan keparat ni! Kau ingat aku boleh biar??!!" Suaranya ditinggikan lagi menunjuk ke arah lelaki di hadapan gadis itu.


"Deel. Kau dah gila? Itu cerita 10 tahun lepas. Aku dengan Malik dah kahwin pun. Kau ni pelupa tahap bangsat ke apa?" Gadis itu bersuara kasar.


Deel meraup wajahnya yang kusam dan berminyak. Dia terduduk. "Kau...dah kahwin?"


*bersambung..



4/20/2015

Aku tak kisah.



Pertama. Manusia datang dan pergi. Samada kau datang, atau kau pergi, ya, aku tak kisah. Kau perlu faham, dan kau perlu tahu bahawa betapa ramainya manusia dalam dunia ni boleh dibuat kawan. Dan orang itu tak semestinya aku. Tak semestinya kau. Maka tolong faham.

Kedua. Hampir 99% sisi gelap kau yang kau dah tunjuk secara kau tak sengaja. Kau tunjuk your true colour, betul. Tapi kalau penerimaan aku terhadap sisi gelap kau yang itu akan menjatuhkan satu hari nanti, maka aku mohon, jauhi aku. 

Ketiga. Aku tak kisah menjadi miskin, tak kaya. Daripada aku perlu bermuka-muka mencipta kebahagiaan yang lahirnya dari sokongan material, maaf aku tak mampu. Jika aku tak berupaya menuruti kemahuan kau, untuk habiskan wang kearah itu dan ini, sekali lagi aku minta maaf. Aku bahagia dengan keadaan aku sekarang. Miskin atau kaya, itu letaknya di belakang.

Keempat. Sahabat itu sangat besar nilainya. Kalau kau tak mampu menilai, aku tak kisah. Tapi aku tahu menilai mana sahabat, mana kawan, mana kenalan. Dan aku tak perlu beri alasan kenapa aku menjauh. People change and grow apart.

Kelima. Aku tak kisah jika fikiran kau masih belum matang. Tapi aku mohon, supaya hormati keputusan, dan hak peribadi aku. Aku punya keluarga dan juga komitmen lain. 


Kadang kala semua yang dirancang tak akan menjadi tanpa izin-Nya. Aku tak kisah tentang apa yang berlaku, kerana Dia dah tetapkan. Aku masih ada impian dan mimpi untuk aku kecapi, yang aku percaya, tak melibatkan diri kau walau secebis zarah. Maaf.


the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...