9/27/2013

Dalam merungkai kecelaruan.

Seorang lelaki berdiri tegak tidak berkutik dari tempatnya. Selang lima minit, jam di tangannya dibelek, mungkin risau dengan waktu yang kian berlalu. Wajah lelaki itu jelas terpapar kerisauan, namun disebalik wajah itu tiada siapa yang tahu apa yang bergelodak di hatinya. Mungkin hatinya menangis, ataupun sedang bergembira dengan keadaan yang menimpanya. 


“Encik Fauzi bin Qayyum”, lelaki tadi tersentak saat namanya dipanggil. Seorang jururawat keluar dari bilik bedah.


“Ya, macam mana dengan mak saya? Semuanya okay ke?” peluh merecik dari dahinya.


“Saya minta maaf Encik Fauzi. Tetapi Tuhan lebih menyayangi dia”.


Terduduk Fauzi mendengarkan berita itu. Terkesima. Air liurnya hampir meleleh bersama cecair di matanya. Dia sendiri tidak tahu respon macam mana yang harus dia berikan saat berita itu mencecah gegendang telinganya.


Tidak disangka-sangka, wanita yang menjaganya dengan penuh kasih sayang selama ini telah pergi meninggalkan dia. Untuk selama-lamanya. Yang membuatkannya lebih terkilan, dia tak pernah pun membalas jasa orang tua itu walau seminit. Dan kini dia sangat-sangat menyesal, menangis pun tiada guna baginya. Tapi.. dia menangis jugalah.


“Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah emakku dalam kalangan orang-orang yang beriman”, Fauzi menuturkan dalam perlahan.


Fauzi menyapu wajah dengan tenang. Dia harus menerima semua ini. Cepat-cepat dia mencapai Black Berrynya dalam poket seluar.


“Na, mak dah tak ada”.


“Hah, baguslah! Senang sikit hidup kita. Tak adalah nak menghadap muka dia aje tiap-tiap hari!”.


“Na, saya tengah cakap fasal mak ni. Arwah emak saya! Awak jangan nak cakap ikut sedap mulut je. Dia tu mak saya!”, Fauzi mula naik berang. Kalau ikutkan hati, mau saja dia campak Black Berry itu ke muka jururawat yang sibuk menenungnya. Sudahlah hati tengah panas, sibuk pula nak tahu hal orang lain. ‘Eh kau pergi blahla jururawat!’, desisnya dalam hati.


“Abang, jangan nak berlagak alim la. Ah, lantak awaklah. Mak awak kan, bukan mak saya”, selamba perkataan itu meluncur laju dari mulut isterinya.


Fauzi mengeluh. Cukup marah dan terkilan dengan kata-kata isterinya. Mungkin itulah hasil didikannya. Dia sendiri yang mengajar untuk membenci emak, manusia yang sungguh-sungguh membesarkannya dalam apa cara jua sekalipun, dan hanya sekali membantah tindakannya selama dia hidup hingga hari ini. Emak hanya melarang dia berpindah ke Ireland, kerana takut tidak dapat menahan rindu.


Tapi balasan Fauzi?


Kehidupannya penuh dengan kecelaruan. Semenjak dia berkahwin dengan Johanna, anak pengarah syarikat besar di Selangor, syarikat di mana Fauzi mengukir nama. Dia tahu, pilihannya salah, kerana memilih wanita yang tiada pegangan hidup, yang sering menjadikan disko sebagai rumah keduanya, namun dia tiada pilihan. Atas desakan Dato’ Ghani, bapa Johanna merangkap majikan Fauzi, dia terpaksa berkahwin demi menutup aib keluarga mereka apabila Johanna didapati hamil ketika itu.


Dan, sudah tentulah, bapa kepada bayi dalam kandungan itu tidak dapat dikenalpasti.


Semakin hari, Fauzi semakin lupa akan tanggungjawabnya menanggung keluarga di kampung. Dia sudah menjadi seperti Malin Kundang. Setiap hari Fauzi disuap dengan wang yang banyak, Fauzi juga dipaksa untuk meninggalkan emak dan adik-adiknya di kampung.


Sehinggalah pada suatu hari, adik-adiknya ditimpa kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan basikal. (sudah tentulah basikal adik-adiknya, takkan basikal Pak Leman pulak). Emaknya menggagahkan diri untuk menginap di rumah Fauzi buat sementara waktu, kerana tida ada orang yang menjaga makan pakainya. Maklumlah, emak Fauzi mengidap penyakit osteoarthritis, dia tidak berdaya membuat semua kerja seorang diri.


Malangnya, kehidupan emak Fauzi bertambah teruk apabila Johanna bertindak sebagai mem besar di rumah itu. Semua kerja dilambakkan kepada emak Fauzi. Orang tua itu manalah larat, sedangkan hendak menjaga keperluan sendiri pun terbengkalai, inikan pula nak menjaga seisi rumah.


Dari aktiviti membasuh kain, memasak, mengemas rumah, menyiram bunga, sehinggalah menangkap habuk-habuk yang bertempiaran di rumah itu, semuanya terletak pada bahu emak Fauzi. Setiap hari dia menangisi nasibnya. Fauzi jarang sekali pulang ke rumah, kalau dia balik pun, emaknya sendiri tidak sempat menatap wajah anaknya itu.


Kusut! Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan apa yang berada di benak Fauzi sekarang. Jeritan telefon yang memanggil-manggil untuk diangkat dibiarkan sahaja. Saat ini Fauzi memang celaru, dia lansung tidak dapat mencerna apa-apa yang berada di mindanya.


******


Selesai pengebumian emak Fauzi, dia menggagahkan untuk pulang kerumah. Biarlah. Biarlah kali ini dia diherdik oleh isteri dan bapa mertuanya, dia redha. Kali ini dia akan menegakkan pendiriannya, dia tidak sanggup lagi menjadi ‘pak sanggup’ yang dayus kerana mempunyai isteri durjana seperti Johanna itu. Sudahlah anaknya itu tidak berbapa, tidak pasal-pasal dia kena tanggung segala-galanya. Kalaulah suatu waktu dahulu dia tidak termakan dengan kata-kata manis Dato’ Ghani, pasti sekarang dia tenang. Pasti dia sedang berada di samping ibunya, bergelak ketawa dan bergembira.


‘Ah, dunia ni memang senang bila wujud perkataan kalau tu’, desis hatinya yang kian bernanah itu.


Semasa memandu, dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Kali ini dia memang tekad, dia akan menarik diri dari syarikat bapa mertuanya itu. Apa nak jadi, jadilah. Walaupun dia terpakasa menceraikan Johanna, dia sanggup. Tapi memang itu pun yang dia mahu. Tiba-tiba Fauzi tersengih sendiri.

Akur

Rumahnya yang luas, adalah paling sempit baginya. Benda yang cantik, menjadi hodoh dipandangan mata. Air mata merupakan temannya, yang memang tak pernah dia sendiri mengerti. Firdaus gagahkan jua untuk terus hidup, demi mencari kehidupan yang dia inginkan selama ini.


Pagi Jumaat yang indah permai itu menjadikan Firdaus malas untuk ke sekolah. Kalau ponteng pun tiada orang yang tahu. Mana pernah selama ini orang lain mengambil tahu halnya. Selain dari Mak Melah, orang gajinya yang menjaga Firdaus seperti anak kandungnya sendiri, sejak dia lahir. Firdaus tersenyum sendiri.


Jalannya dibawa ke sebuah wisma usang tidak jauh dari rumahnya. Dari aras bumbung wisma itu, dia dapat melihat rumahnya yang besar gedabak bagai rumah agam je gayanya. Tapi, besarnya rumah itu tidak dapat membeli kebahagiaan yang dia cari selama ini. Bayangkanlah, ketika dia berumur 3 tahun, ibu bapanya sudah sibuk keluar negara, urusan bisnes kata mereka. Bisnes apa, Firdaus tidak pernah tahu, dan tidak terbit walau sekelumit rasa ingin tahu itu dalam dirinya.


Beginilah Firdaus saat hatinya tidak tenteram. Dia akan membawa dirinya ke aras bumbung wisma ini. Tiada siapa yang mengganggu. Dia lebih suka begini. Hanya ditemani bunyi kesibukan jalan raya dan burung-burung gagak di awangan.


Headphone Audeze LCD-2 dibawa ke telinga. Terangguk-angguk Firdaus mengikut rentak Creed-My Sacrifice yang berlagu di telinganya. Angguk mengalahkan orang berzikir je gayanya. Kakinya menguis sampah yang melekat di kakinya akibat dibawa oleh angin. ‘Malaun manalah yang tak ada sivik ni’, Firdaus geram dengan sesetengah masyarakat yang selalu membuang sampah sesuka hati, bila ada banjir kilat tau pulak nak bising.


 Firdaus mngerling ke arah jam di pergelangan tangan kirinya.


“Dah boleh balik ni”, kata Firdaus sambil terangguk-anguk sendiri. Kemudian mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu demi lagu yang dipasang.


*****


“Ha, balik pun kamu. Ingat dah tak nak balik-balik dah”, bising suara Mak Melah saat dia melangkah masuk ke rumah itu. Firdaus tersenyum. Kalau bukan Mak Melah, siapa lagi nak menyambutnya pulang, nak memasak untuknya, nak menyediakan segala keperluannya. Mak Melah je yang dia ada sekarang. Nak harap ibu dan ayah dia, tau hulur duit je. Macamlah dia pernah minta.


“Ponteng lagi ya?”, teka Mak Melah sambil tersenyum.


“Apanya, orang pergi sekolahlah”, Firdaus dah menggelabah. Matanya dialih dari renungan Mak Melah.


“Kamu jangan nak berangan lah nak tipu Mak Melah”.


Firdaus terus diam memikirkan itu cara yang terbaik untuknya. Mak Melah ni memanglah.


Hon kereta yang berbunyi di luar mengejutkannya dari memarahi Mak Melah dalam hati.


“Siapa pulak ni”, Mak Melah berlari-lari anak kearah pintu utama.


Kedengaran suara Mak Melah bercakap-cakap dengan seseorang. Begitu serius sekali bunyinya. Tak lama kemudian namanya dipanggil.


“Ye, kejaaapppp”. Firdaus terus ke ruang tamu rumahnya. Mulutnya hampir terlopong melihat tetamu yang tidak diundang itu. Matanya seakan-akan tidak berkelip.


“Ibu, ayah”. Firdaus menyapa mereka dengan penuh santai dan relaks sekali. Sebak tersasa hatinya saat dia menyebut dua perkataan itu. Air liurnya pula seakan tersangkut di kerongkong. Buat apa pulak orang tua ni datang, melawat tengah-tengah hari ni? Tak pernah dibuatnya.


“Ibu dengan ayah sebenarnya nak ajak Firdaus tinggal dengan kami”.


“Buat apa? Taknak lah. Orang suka tinggal sini. Tinggal dengan Mak Melah”.


“Tapi, lebih elok kalau Firdaus tinggal dengan kami. Senang, ada orang nak tengok”.


“Siapa pulak nak tengok?”. Firdaus, naïf sungguh budaknya.


“Maksud ibu, ibu dengan ayah la yang tengokkan Firdaus. Firdaus duduk kat sini, takkan Mak Melah nak jaga Firdaus sepanjang masa?”


Huh. Selama ada diorang pun, aku ni macam anak kutip jugak. Firdaus membuat muka. “Kalau rasa kehadiran orang kat sana nanti bagai patung Mc Donald yang sengih macam kerang busuk tu, ibu dengan ayah lupakan jelah niat tu. Orang lebih bahagia tinggal kat sini. Rasa hidup. Ada orang yang nak jaga makan pakai semua”.


“Hisy, apa kata macam tu kat ibu”, celah Mak Melah.


“Dah la tu ibu, ayah. Orang naik dululah. Dah tak ada apa-apa nak bincang kan?” Firdaus terus mengangkat kakinya menuju ke bilik tidur. Walaupun rumah ini ada enam bilik, yang berfungsinya cuma dua bilik saja. Biliknya dan bilik Mak Melah.


Firdaus terus menuju ke bilik air. Pili air dibuka. Laju saja pergerakan Firdaus mengambil wudhu’. Kini Firdaus mahu melupakan masalahnya. Mahu menghadap Yang Maha Esa. Deruman kereta Volkswagen milik bapanya kedengaran jelas di telinga. Biarlah. Kini, dia mahu menghabiskan sisa hidupnya dengan Mak Melah, bukan dengan orang yang tak bertanggungjawab seperti mereka.


Kalau difikir-fikir semula, kehidupan dialah yang paling tidak berwarna. Dunianya cuma ada Mak Melah, laptop kuning Dell miliknya, ipod, dan beberapa barangan penting. Barang. Ya, barang. Hidupnya dikelilingi oleh barang-barang yang tidak bernyawa, sudah tentu tidak mampu membuatkannya tersenyum, kecuali Mak Melah seorang.


Di sekolah, Firdaus lansung tidak menghirau keadaan sekelilingnya. Dia cuma ingat beberapa nama budak kelasnya, itu pun sebab mereka memang dikenali ramai. Dan dia masih ingat, dia pernah diberikan macam-macam gelaran, seperti mulut kerang, pesakit kusta dan sebagainya kerana sikapnya yang terlalu pendiam dan sering menyendiri. Namun Firdaus tak pernah kisah semua itu. Dia tetap bersyukur kerana dilimpahkan pelbagai rezeki. ‘Allahuakbar’, Firdaus terus khusyuk dalam solatnya.

9/21/2013

Memang takdir itu tidak boleh diteka.

Sekali sekala Saloma memandang ke arah budak kecil perempuan yang bergelak ketawa dengan keluarganya. Nampak begitu gembira sekali. Dengan kulitnya yang cerah, berlesung pipit yang dalam di pipi, ditambah pula dengan rambut ikal mayang yang mengurai hingga ke bahu, nampak comel dan manja.

Sebenarnya Saloma terganggu dengan suara budak kecil yang mengalahkan halilintar memasak bumi itu. Kehadirannya di Taman Rekreasi Ostawa ini sememangnya bukanlah tempat terbaik untuknya melepaskan tekanan. Namun Saloma tiada pilihan. Semakin lama dia berada disitu, semakin gembira hatinya melihat budak kecil itu bermain dengan riang.

Saloma terus memerhatikan budak kecil itu. Tiba-tiba dia terbayang, andai kata dia berkahwin suatu hari nanti, dia teringin benar memiliki anak comel seperti itu. Akan dia berikan sepenuh kasih sayangnya kepada bakal anaknya nanti. Setelah pulang dari kerja, dia akan menemani anaknya itu ke McD, dia juga akan membelikan hadiah-hadiah yang mahal jika anaknya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Bukan itu saja, Saloma juga akan memberikan pendidikan yang sempurna buat anaknya, mungkin suatu hari nanti anaknya akan berjaya dalam hidup, dapatlah dia menumpang kesenangan anak itu nanti.

Saloma terus khayal dalam angannya, sampai tersengih-sengih seperti kerang busuk seorang diri. Kalau ada yang melihat, pasti Saloma akan dituduh sebagai orang gila barangkali.

Angannya mati apabila terdengar bunyi hon yang agak kuat, begitu kuat sehingga dia sendiri pun tidak pasti kenderaan jenis apa yang berbunyi seperti kapal selam meletup itu. Mungkin kereta lembu alaf baru agaknya, desis hati Saloma.

Saloma berpaling kearah bunyi itu. Seorang anak kecil melambung dari bahagian hadapan lori kontena itu. Melambung dan…hilang entah kemana. Saloma sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan anak kecil itu sekarang.

Nanti dulu. Anak kecil? Anak kecil melambung? Ya! Kepala Saloma sudah berfungsi dengan elok. Anak kecil itulah yang dia perhati sejak tadi, sehingga mencetuskan sebuah angan-angan yang begitu menyimpang jauh sekali. Mata Saloma tiba-tiba menjadi bulat, hampir terkeluar dari tengkoraknya.

Saloma menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya digosok beberapa kali. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku. Pandangannya beralih kepada beberapa orang yang menangis teresak-esak, sudah tentu itu keluarga budak kecil ini.

Saloma bergegas ke tempat kejadian. Dia berlari-lari mengalahkan menyertai olahraga peringkat daerah pula. Zaman sekolah dulu taknak pula berlari. Didapati budak itu mengalami pendarahan yang sangat banyak, sehingga tidak dapat dikenalpasti muka budak itu masih ada atau tidak, kerana dilindungi dengan darah yang mengalir dari kepalanya.

Melihatkan orang ramai yang begitu lembap seperti mentega itu, Saloma dengan pantas menghubungi ambulan. Terkumat kamit mulutnya bercakap di telefon. Bengangnya masih berbaki dengan orang ramai yang hanya tahu memandang, tapi tidak bertindak. Macam mata ikan kering, tahu pandang saja, tapi tak boleh buat apa-apa.

Saloma mengeluh sendirian.

Gagah.

Kelibat ibunya yang menyapu daun-daun kering di halaman rumah diperhati sejak tadi. Gagah tidak tahu ingin berbuat apa. Hendak mencabut rumput, rumahnya memang tiada rumput. Hendak menolong ayahnya berkebun, tidak logik pada akalnya, kerana mana pernah ayahnya itu mempunyai kebun.  Pada hakikatnya Gagah bengang kerana alat permainannya telah dicuri oleh pekerja India yang mengutip besi buruk. Habis tin-tinnya dikaut sekali.

Beginilah hidup Gagah. Teman sepermainannya cuma tin-tin buruk. Kanak-kanak lain memang tidak ingin sedikit pun berkawan dengannya. Kerana kecacatan yang sedikit, Gagah dipulaukan. Namun Gagah tidak pernah merungut, dia sentiasa gembira bermain dengan tin-tin buruknya, walaupun pada hakikatnya zaman sudah berubah, kampungnya sudah dilengkapi internet, namun Gagah masih dalam dunianya yang tersendiri. Tapi setelah pekerja India itu mencuri tin-tinnya, Gagah menjadi tidak tentu arah. Ibunya sendiri hairan mengapa ada saja orang yang hendak mencari pasal dengan anak tunggalnya itu. Padahal Gagah tidak pernah mengganggu orang lain.

Mengenangkan namanya sahaja sudah mengundang tawa dari orang kampung. GAGAH. Tidak sesuai lansung dengan perwatakannya yang memang tidak gagah itu. Malah dia sering dibuli oleh orang kampung, terutamanya Sameon. Sameon yang merupakan anak ketua kampung itu berasa puas andai dia dapat mempermainkan Gagah. Jika sehari tidak dapat membuli Gagah, dirinya pasti menjadi tidak keruan, mengalahkan tenggiling kehilangan sisik.

“Gagaaahhhh!!” tempik suara yang amat dikenali itu menyedarkan Gagah dari terus termenung. Gagah hampir tercekik air liur sendiri.

Cepat-cepat sahaja Gagah bangun mendapatkan tuan punya suara yang siap sedia bercekak pinggang mengalahkan orang tua sakit pinggang. Ibu Gagah hanya memerhatikan tingkah laku Gagah yang cukup taat pada Sameon. Dengar saja suara Sameon, Gagah pasti bingkas mendapatkan anak ketua kampung itu. ‘Entah apalah yang dia nak lagi’, kata ibu Gagah dalam hati.

“Kenapa Abang Meon?” Tanya Gagah dengan penuh santun, risau jika pemuda itu mengapa-apakannya.

“Kenapa, kenapa. Cepat ikut aku!” Sameon menarik lengan Gagah yang berselirat dengan gelang getah, terus menuju kearah denai yang biasa dilaluinya itu. Petang nanti Sameon akan ke pekan, jadi motornya harus dipastikan bersih berkilat bak kepala Pak Darus, pemilik kedai runcit yang berkepala botak. Gagah disuruh untuk mencuci motornya bersih-bersih, tanpa sebarang kuman, begitulah arahan Sameon.

Sedang ralit mencuci motor Sameon, Gagah terpandang ke arah lengannya. Kemudian mulutnya terkumat-kamit seprti mengira sesuatu. Kemudian pandangannya beralih kepada Sameon yang sedang mengikat rokok daunnya dengan getah.

“Abang Meon, kau ambil jam aku ke?” mata Gagah mencerun memandang Sameon. Jam yang dimaksudkan oleh Gagah ialah getah-getah di lengannya.

“Kenapa pulak kau cakap aku ambil?” suara Sameon tidak berapa jelas kerana dihalang oleh rokok di bibirnya.

“Sebab aku kira tak cukup ni. Kenapa kurang ni? Patutnya ada sepuluh”, begitulah Gagah, kalau mengira mesti sepuluh. Walaupun pada hakikatnya getah di lengannya itu melebihi lima belas urat, dia tetap kata sepuluh.

“Mana kau tahu, kau kan tak pandai mengira. Kau tu bodoh, lahir-lahir aja dah lembap! Tengok aku, tak lama lagi aku nak masuk universiti, bukan macam kau”, Sameon terus-terusan menghinanya.

Gagah tunduk dan terus menggosok motor Sameon dengan gigihnya. Seperti dia yakin sahaja setiap
kuman akan tertanggal.

“Oh ya, mana tin buruk kau tu? Tak main dah dengan tin? Ke kena langgar dengan kereta lembu, terus penyek?” berdekah-dekah ketawa Sameon mengenakan Gagah.

“Tin aku kena ambil dengan India besi buruk”. Gagah menjawab dengan jujur dan tenang sekali. Tidak ada sekelumit pun rasa terhina apabila diketawakan begitu.

Sameon terus-terusan mengetawakan Gagah. Berasa puas kerana selama ini tin-tin itulah yang mengganggu bukan saja ketenangan Sameon, malah ketenangan seluruh penduduk kampung. Naik saja matahari, Gagah pasti sudah keluar rumah sambil membawa tin-tin buruknya itu. Berdentung-dentang bunyi tin-tin itu apabila diseret di atas tanah. Bunyi itu cukup dibenci penduduk kampung, kerana bising ditambah pula dengan perasaan benci yang sedia ada terhadap Gagah.

“Abang, dah siap ni”, Gagah menyapu seluarnya yang terkena tanah.

“Dah tu, tunggu apa lagi? Baliklah! Nak aku sebat pakai penyapu dulu?” keras sahaja suara Sameon.

Laju sahaja Gagah mengangkat kaki dari rumah Sameon. Begitulah Sameon. Menyuruh Gagah macam-macam tapi tak pernah memberi upah kepada budak itu. ‘Biarlah, budak dungu macam tu bukan kenal upah-upah ni’, bisik Sameon sendiri sambil tersengih sumbing.

Sesampai saja di rumah, Gagah terus duduk di pangkin halaman rumahnya, bermain dengan belalang yang ditangkap sebentar tadi di parit tidak jauh dari rumahnya. Begitu asyik dia bermain dengan belalang itu, tanpa sedar air liurnya menitis sedikit demi sedikit.

“Meon ajak abang pergi mana tadi?” ibunya turun dari rumah mendapatkan Gagah.

“Basuh motor”, jawab Gagah tanpa selindung.

Ibunya hanya mengeluh perlahan. Dalam hatinya hanya berasa kesal dengan perlakuan orang kampung terhadap anaknya. Biarlah, suatu hari nanti mereka sendiri akan terima balasannya. Tanpa sedar ibu Gagah menggeleng-geleng sendiri.

9/12/2013

Thunder

The roads were bent.
it has cracked unconditionally.
The papers drew that pains
separating blood
Ruining heart, ruins
Striking thunder, strikes. 


Image by Google.

Comrade

the essence is never fade
keeping strength instead of just hate
someday the greatness shall collide
bringing long roads to track at
together doing things that bad
achieve completeness without any gaps
we still together.
Comrade.
No matter what.

Believe

Horses run, grasses grow.
it is no matter how you feel the flow
The visions blur, the birds fly.
it matters if you dont try
Water flows, echoes sing.
keep starting, keep crawling
'Avoid the fools' says the wise
never failed to survive
The hurricane blows, the wire blasts
you'll catch your dreams at last
Believe.
Thats what you must give.

9/01/2013

Pre-Real Life.



Salam, hai.


Masa tulis ni, aku sendiri dah lupa umur aku berapa. Barangkali terlampau risau dengan angka 20. Sangat takut nak berumur 20 tahun. Sebab bunyi sebutan '20' nampak tua, bunyi tua, dan segalanya tua. Haha.


'Dah nak tua dah aku', kata aku dalam hati. Setiap orang yang bakal menginjak usia tua pasti pernah sebut perkataan ini. Ok, yang ni cliche. Errr...apa nak kata tadi. Oh ye. Semasa aku menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah (lagi dan entah bila nak habis), cam biasa la, jumpa ramai sangat jenis orang. Ada yang boleh dibuat kawan, ada yang tidak. Ada yang bekeng, cool, apatah lagi yang cantik comel. Aku yang perempuan ni pun tak dapat menafikan kecantikan asli gadis-gadis Chenor. Apatah lagi kalau lelaki yang melihatnya. (hahahahaha tolong la bangga wahai kaum chenor)


Ingatkan masa awal masuk dulu kehidupan yang sama aku akan alami seperti di sekolah lama. Obviesli tidak. Nehi nehi. Dan nak adapt situasi yang sangat lain ni punyalah payah, sampai aku rasa nak berhenti time tu jugak. Tapi aku kuatkan diri, tabah, bla bla bla. (konon). - Itu yang pertama.


Keduanya, kejujuran yang tipis yang dipunyai oleh pelajar-pelajar yang terdiri dari pelbagai lapisan dan yang...err... pape jela. Sangat jelas ketidakikhlasan yang dimiliki sampai kadang tu nak je aku gelar mereka ni...hipokrit. Depan depan. Tapi itu biasaaa, welllll. Aku ada kenal dengan satu kumpulan perempuan yang sering bersama di mana jua - macam digi. Gelak bersama, ada masalah share bersama. Wow, I talked to myself. Dan depan aku jugalah mereka ni saling menghancurkan antara satu sama lain, dan masing-masing ada sebab yang tertentu, dan segalanya berjalan dalam diam. Ironinya, (boleh dak guna perkataan ni), diorang ni memasing luah kat aku. Ibarat aku ni motivator tak berbayar lak kat situ.


Aku tak berkira sangat pasal nak mendengar masalah orang ni. Tapi aku dah terkepit antara ramai-ramai kawan ni, dan maslahnya mereka boleh pulak kawan macam biasa sedangkan aku tahu apa yang berlaku. Jelas dekat situ, mereka tak jujur.


Lepas tu makin tambah masalah bila jadi pioneer ni, MPM sesuka hati je nak payahkan skema pemarkahan. Dan kami kat sini jadi bahan eksperimen. Mentang-mentang masa semester satu ramai yang skor, semester dua ni dia buat strict macam askar Serbia. Terutama subjek PA-pengajian am la. Aku yang selalu skor ni pun kandas kuasa dua! Masa tu kecewa tak terkira, sampai habis jugak air mata. Bila fikir, buat apa menangis, tak berubah pun keputusan. Tapi bengang sangat dan MPM menjadi mangsa maki waktu tu. hahaha. (Mintak-mintak orang mpm tak bengang balik bila baca ni)


Lepas menangis punya menangis, tambah lagi satu bala yang sebalanya. Selaku pelajar semester tiga, kami kena buat satu paperwork bagi setiap subjek. Advantage la kepada pelajar yang ambik subjek Sains Sukan sebab paperwork nya santai, boleh buat sambil gelak dalam kelas, sambil lari-lari kat padang, sambil buat lompat jauh berdiri dan sebaginya. Tapi bagi paperwork PP - pengajian perniagaan, memang tak kering peluh la jawabnya. Aku ambil kedua subjek ni, dan berusaha buat sampai siap sebelum due date. Tapi dua tiga hari sebelum due date cikgu boleh pulak kata salah la, tak diterima la apa la. (Bagi subjek PP la)


Yang paling hairan, tengah kusut-kusut ni masih ada yang sempat nak bercinta. Yang pandai bahagi masa tu takpela, yang tak ni...ok cukup.


Tapi aku pun tahu, ini baru sikit aku alami semua ni. Masih terlalu muda untuk aku mengeluh, menyesal dan bengang tak menentu. Semua perkara ni lah yang akan menentukan kemana aku lepas ni. Takde benda lain yang perlu aku risaukan selain masa depan saya sendiri. Ni boleh kira macam...dalam lirik The Climb tu : "The struggles i'm facing, the chances i'm taking. Sometimes might knock me down but, no i'm not breaking." haha.



Hokusai Says


Hokusai says look carefully.
He says pay attention, notice.
He says keep looking, stay curious.
He says there is no end to seeing.

He says look forward to getting old.
He says keep changing.
You just get more who you really are.
He says get stuck, accept it, repeat yourself
as long as it's interesting.

He says keep doing what you love.

He says keep praying.

He says every one of us is a child,
Every one of us is ancient.
Every one us has a body.
He says every one of us is frightened.
He says every one of us has to find
a way to live with fear.

He says everything is alive -
Shells, buildings, people, fish
Mountais, trees.
Wood is alive.
Water is alive.

Everything has its own life.

Everything lives inside us.

He says live with the world inside you.

He says it doesn't matter if you draw,
Or write books.
It doesn't matter if you saw wood,
or catch fish.
It doesn't matter if you sit at home
And stare at the ants of your verandah
Or the shadows of the trees
And grasses in your garden.
It matters that you care.

It matters that you feel.

It matters that you notice.

- Roger Keyes

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...