10/22/2014

Racial problem : Kenapa aku sensitif.



Salam. Greetings.


Menjalani hidup baru dekat sini dah membuka mata aku seluas-luasnya. Aku jadi sayang pada semua makhluk bumi. Sebab aku nampak sifat kemanusiaan itu masih hidup, walau cela mana pun seseorang itu. 


Jadi aku mula pandang, bahawa yang cantik itu di dalam. Kalau dia jahat dan selalu baling batu kat bas, respect dan sayang tu perlu ada lagi sebab kita semua manusia. Aku percaya sejahat/senakal mana pun orang itu, sifat baik dan cantik tu mesti ada kat dalam.


Lagipun kita tak sempurna. Dan kita perlu tahu tu.


Sekarang apa yang aku nampak, manusia masih tak ikhlas. Tak ikhlas nak mengaku semua manusia ni perlu dihormati. Jadi sebab tu benda racist ni makin menjadi-jadi. 


Aku ingat lagi masa dalam bas, nak ke kelas petang. Waktu tu hujan lebat teramat. Cermin bas pun kelabu semacam. Orang dalam bas berhimpit-himpit, semua berkejar ke kelas. Dalam bersesak-sesak tu, ada empat hingga lima orang Indians yang nak turun. Dan dia pulak duduk kat seat yang paling belakang. Kiranya susah la nak turun, sebab orang dalam bas tu ramai.


Oleh sebab waktu tu hujan, ada seorang lelaki Chinese turun dari bas, dan payungkan sorang demi sorang Indians tu. Kejadian ni berlaku depan aku. Sebab waktu tu aku berdiri dekat 'no standing area' di pintu bas. 


Respect.


Kejadian kedua, waktu malam. Juga dalam bas. Semua student nak pergi taklimat ptptn waktu tu. Dua dpp bergabung dalam satu dkg (dewan kuliah gugusan). Jadinya kalau sebuah bas tu memang tak cukup untuk tampung semua student nak bawak ke dkg. Kami tunggu bas kedua. Bus stop masih penuh waktu tu.


Bas kedua sampai, sampai turn aku dengan roomate nak naik, tak muat. Memang tinggal kitorang berdua je kat luar bas. Ada sekumpulan budak yang nampak nakal, menjerit dan bagitau semua orang dalam bas supaya duduk atas riba kawan. Barulah aku dengan roomate dapat naik. Terima kasih.


Respect.


Aku jadi sayu dan bangga dalam satu masa. Fahaman ni masih hidup. Kita selama ni duk cela orang tu, kutuk bangsa ni, kita tak pandang yang baik. Duk fokus tang jahat je. Jadi setiap kali aku dengar orang mengata dan mengutuk pasal bangsa, aku akan kuatkan hati aku untuk cakap 'eh tak semua macam tu la. Jangan sebab seorang yang buat, kau nak judge semua'. Mesti. Aku akan bidas sesopan mungkin.


Kalau mereka boleh hormat, kenapa kita tidak? Laungan '1 Malaysia' tu untuk apa sebenarnya? 


Atau kau masih nak claim bumi Malaysia ni milik Melayu? Milik atau tak, sifat kemanusiaan tu kena ada. Hormat tu kena ada. Kalau boleh, sebelum kau kutuk tu kau letak sekali diri kau kat tempat diorang.


Enak ke rasa dikutuk?








Kbye.



Queen of the world.



She's laughing the loudest at this time,
standing tall to tell her existence.
She greets and smiles,
to all the boys who's passing by.


Together with her crew in girly looks,
makes she feels like flying while forgetting her roots.


No one dares to give her hell.
All the boys will protect her well,
because the pretty face she wears.


Every men will do the same,
give what she claims,
because attention is what she aims.


At night in blinks with her group,
her face is full with colours too,
Black eyes turning blue.


Standing on the line with a warning sign,
everyone should keep in mind,
that she's the best of all time.



10/21/2014

Kepelbagaian.



Berapa banyak kepelbagaian yang ada dalam diri kita? Berapa kepelbagaian yang ada pada diri orang lain? Skala mana penerimaan kita terhadap kepelbagaian mereka? Bagaimana pula penerimaan mereka terhadap kepelbagaian kita?


Aku suka melihat kepelbagaian dari sudut dalam diri. 


Sebab kepelbagaian yang diluar tu senang dilihat, mudah dijustifikasi, dan tidak ada cabaran. Bagi aku mencari kepelbagaian dalam diri tu satu cabaran. Menerima kepelbagaian dalam diri itu juga cabaran. Melihat dan menerima kepelbagaian diri orang lain itu cabaran paling besar.


Betapa bosannya hidup mereka yang tiada kepelbagaian. Mungkin mereka takut mencari, dan takut menjadi lain dari yang lain.


Dulu aku sangat ntah apa apa. Aku tak kenal diri sendiri, aku punyai cita-cita yang aku sendiri malas nak capai. Sebab aku tak tahu betul ke tidak pilihan aku tu. Aku hanya mahu berjaya. Berjaya yang bagaimana, aku pun tak boleh nak jelaskan. 


Rupanya aku ada cita-cita yang pelbagai. Dari sudut bahagia, aku ada cita-cita yang lain. Dari sudut ekonomi, aku ada cita-cita yang lain. Dari sudut kerjaya juga begitu. Dari sudut ilmu juga begitu. Terlalu banyak sudut yang aku pandang.


Terlalu banyak sampai tak tercapai? Tidak juga. Aku masih berada di tengah jalan. Tidak lambat dan tidak terlalu cepat. Aku bahagia dengan jalan yang aku pilih ke arah mencapai cita-cita yang pelbagai tu.


Embrace diversity.




the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...