12/23/2011

teknologi. mana yang buruknya?


bercakap mengenai teknologi, pastinya yang berada di fikiran korang bukan sahaja Ipad, mesti tentang laman sesawan sosial Facebook. ya, Facebook. selain Facebook, teknologi berkelas tinggi juga memperkenalkan Twitter, Blog (sigh), Tumblr, dan banyak lagilah! haa, Pocodot pun termasuk gak. ape Pocodot tu, janganlah tanye aku, memang aku tak arif benda-benda pelik macam ni.

aku jadi kagum. impressed. teknologi kita sekarang memang tak dapat dinafikan lagi, memudahkan urusan kita yang selalu kusut dek kerja, anak-anak, rumah tangga dan sebagainya. Facebook lah contohnya, memang memberi kemudahan kepada orang ramai.

yang pasti, kalau ada yang cakap mereka memang tak tahu atau tak ada akaun Facebook, benar nampak ancient. bagus jugak Facebook ni, boleh menyebarkan dakwah. macam sekarang, aku di'add untuk group Halaqah. bagus jugak, selain boleh memperingatkan orang mengenai agama, boleh juga menimba ilmu yang kian cetek ibarat ombak pilu menghempas pantai ni. selain menghubungkan sahabat lama, sekarang yang aku nampak business online dah semakin aktif menggila di Facebook. tu satu kaedah yang bagus jugak, nak cari pendapatan sampingan kan. huih, kalau nak tulis memang panjang, konklusinya memang banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari teknologi sekarang ni.

tapi, ayuh kita renungkan. adakah kita benar-benar menggunakan teknologi ini ke arah yang baik? betul ke semua manusia yang merasai teknologi ini tidak menyalahgunakan laman sesawan ni? kalau nak berhujah dekat sini, memang payah nak cari keburukan teknologi sekarang. tapi kali ni aku nak kongsi apa yang aku nampak, aku rasa..

1) masyarakat menjadi lebih pemalas.
bila banyak kemudahan yang diberi, mulalah orang kita jadi naik minyak. mentang-mentang ada MMBM Online, boleh buat bayaran terus tanpa perlu kita membazirkan minyak. (ayat aku macam nak buat promosi). orang kita dah payah nak bangun pagi, sebab buat apa nak bergegas? kan boleh buat bayaran melalui online. selain itu, anak gadis yang terlalu asyik dengan Facebook sekarang ni, pagi petang siang malam terbit gerhana tenggelam matahari pasti menghadap Facebook aje kerjanya. maka, emak-emak mereka terbeban dek segala kerja rumah. aku sarankan kepada emak-emak yang geram sangat tu, hempas jelah netbook atau laptop diorang tu. habis cerita.

2)melahirkan pelajar yang tak kreatif dan inovatif
pelajar sekarang, kalau disuruh buat karangan atau ape benda ntah jenis kerja yang guru-guru bagi, mesti diorang tak gunakan kepala otak mereka dengan betul. pasal apa? goole je lah! kan boleh copy paste je sekarang ni. mudah, cepat, dan efektif tapi tak menjanjikan minda yang telus, bernas dan berkelas.

3)pemutus sillaturrahim
untuk lebih faham, aku selitkan sedikit dialog kat sini.

sebuah keluarga sedang makan-makan di restoran terkenal.
AYAH : haa, orderlah nak makan ape? cepat cepat. (sambil sibuk memandang Samsung Galaxy Tabnya)
IBU : ibu ikut je. along nak makan ape? orderlah.
ALONG : ayah lah order. (menjawab malas sambil melihat iPad miliknya)

perbualan mereka terhenti di situ setelah si ibu yang memesan makanan. suasana sunyi sepi disambut oleh bunyi keriuhan pelanggan lain. nampak tak kat situ, teknologi sekarang dah menguasai fikiran mereka sepenuhnya, sampai masa dengan keluarga pun terbatas. *kesian si ibu. haha.

err, nampaknya minda aku dah tak mampu dicerna dah saat ni. sorrylah, baca pendahuluan macam gempak je kan? padahal tiga point je aku bagi. aku memang macam ni, dari zaman sekolah lagi ;B



12/21/2011

dapat diagak jalan ceritanya walau baru diiklankan


Salam, hai.

Kali ni aku nak mencurahkan isi hati aku yang tengah kembang kuncup ni (sebab tadi ada orang puji blog aku bagus), semuanya berkisarkan tentang filem melayu. Mula-mula sekali, aku nak minta maaf dari hujung gerai Pak Lah hinggalah gerai Manis Madu (haha, dekat je) kalau post aku ni sangat mengusik sensitiviti beberapa kaum, terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Kadazan dan Melayu terutamanya, sebab aku bukan nak mengutuk, cuma melahirkan apa yang terkumpul di benak tak berkelas aku ni sejak aku mula mengenal jenis-jenis filem dan reti menghayatinya.

Filem melayu ni bukanlah tidak sebagus seperti yang kalian anggap. Sebenarnya filem-filem Melayu ni memang bagus. Cuma, ada sedikit ketidakbagusan dalam banyak-banyak bagus tu. Pertama sekali, bila filem berkisarkan seram contohnya, hantu-hantu yang berlakon mesti berbaju putih dan berambut panjang. MESTI! Kredit to jurumekap yang memang pandai mengolah muka hantu-hantu tu. Dari buruk jadi bertambah buruk cantik. Tak perlu memakai Olay Total Effects atau Garnier, muka mereka tetap nampak menyerlah. Berbalik kepada hantu yang berambut panjang tadi, sememangnya kat Malaysia ni tak ada dah ke hantu lelaki? Cubalah buat benda yang baru, asyik-asyik hantu perempuan. Lepas tu kuku panjang, baju putih. Kalau baju putih tu serupa kain kafan tak apa jugak, tapi sebijik baju kelawar yang aku bawak tidur tu. Hmm, mungkin waktu malam hantu tu nak tidur, pakai lah baju kelawar. Kot?

Seterusnya, setelah aku membuat researches dengan menonton beberapa filem cinta melayu, aku dah dapat kesan satu benda yang wajib ada dalam pasangan kekasih dalam sesebuah filem tu. Sudah tentulah tentang harta dan kebendaan. Kalau tak si lelaki tu miskin, yang perempuan mesti kaya, anak dato’. Vice versa. Lepas tu mesti ada kes berlagak-berlagak sikit, pada tahap klimaks mesti jatuh cinta sebab keikhlasan bla bla bla. Last-last yang berlagak tadi pun berubah.

Kalau cakap pasal filem aksi pulak, mesti ada kostum. Kalau tak ada kostum tak boleh ke? Sibuk nak tiru spiderman tu buat apa? Peter parker tu kalau pakai macam tu orang tak pelik, sebab dia memang kacak dan jambu. Haha. Mungkin, mereka nak ada style sendiri kot. Nanti bolehla syarikat pakaian menerbitkan baju kanak-kanak yang lebih kurang sama dengan kostum mereka ni. Lalu mereka pun bangga. Aku taklah cakap semua filem, cuma tentang filem yang aku pernah tengok jelaa. Mungkin ada yang ok, aku je tak tahu kot.

Filem komedi. Hmm, pasal komedi ni memang aku tak ada masalah. Kecuali yang selalu buat lawak bodoh dan hambar tu, henti-hentikanlah. Cukup mengundang umpat dari manusia je.

Eh, masyaAllah, banyaknya aku mengumpat melahirkan pandangan bernas dan telus kat sini.

Okaylah. Itu saje J

12/17/2011

12/15/2011

asap berkepul keluar dari telinga.

    okay, ni memang tahap gaban dah kepanasan hati aku ni. kalau letak sulfur kat sekitar aku ni boleh jalankan proses sentuh hape. hergh! angin betul aku dengan keparat sorang ni. parasit! patogen! dah ketar tangan aku ni. patut ke... patut ke.. aku letak gambar dia kat sini? bagi dia malu? "eh, jangan. tak baik aibkan orang", kata afiza versi baik.

    k, tak mampu nak cerna apa-apa dah ni.

12/14/2011

keserabutan yang tak pernah surut

    "ah! peduli apa aku. asyik nak jaga hati orang je!" beginilah antara dialog yang akan diucap sekiranya seseorang mencurahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kita. aku pun macam tu jugak kadang-kadang. tapi bila bercakap memang mudah, sebab selalunya otak takkan sempat menapis segala percakapan yang akan disampaikan bila kita tengah marah, sedih, serabut dan sebagainya.

    terutamanya bila berhadapan dengan kawan-kawan. macam biasalah, hati mereka kena jaga. sebab mereka kan kawan kita. kawan ni memang kena letak ditempat selepas kedudukan mak. tapi mungkin kita tidak tahu, samada kita ni diletak di bawah tapak kasut mereka. ya, kita tidak tahu semua tu. hanya mereka yang layak letakkan kita kat mana. hanya mereka yang layak nak judge kita macam mana. hanya mereka juga layak nak kawan kita sampai bila. mereka juga layak letak kita kat tempat keberapa selepas kawan-kawan mereka yang lain. Grrr~

    kadang-kadang rasa bosan jugak ada kawan ramai-ramai ni. nak kena jaga hati si A, hati si B, bla bla bla. tapi malangnya hati kita ni senang-senang je direnyukrentungkan. bila fikir-fikir balik, diam adalah cara yang terbaik. tapi bila diam, datang pulak satu masalah. yaa, dicop sebagai sombong pulak. bila banyak cakap, orang rasa anoyyed. contohnya macam aku, komen-komen kat fesbuk tu habis kena remove. menjengkelkan kut aku ni.

    sorry, bukan nak cakap aku ni sempurna tapi ni lah kelemahan aku yang paling besar bila ada dengan orang. aku memang takkan pernah pandai menjaga hati orang sampai aku tua nanti. eh, sampai aku mati. mungkin.

    sering aku cakap pada diri sendiri, tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati kita ni pun mudah-mudah je orang buat macam mainan Barbie Maraposa. menyesal pulak menjadi begitu peramah. lepas ni kena jadi semi-peramah jela. eh, apa pulak? SUKA HATI AKULAH NAK JADI APA PUN! terpulanglah kepada mereka-mereka tu, kalau faham aku macam mana, mereka akan terima aku seadanya. setakat ni aku bersyukurlah, kawan-kawan terdekat aku memang faham aku.

    ya, sedih. aku memang jiwa malam ni. sebab aku tak faham dan cukup blank bila ada yang berperangai begini. apa salah aku?? setiap manusia diberi personaliti yang berbeza. begitu juga perasaan. aku yang memang cukup kenal diri aku ni, dan aku tau aku memang susah nak tersentap macam ni.

    aku seorang yang sangat tidak hirau terhadap sekeliling. semua benda aku tak suka nak hirau. setiap kata, cacian, aku takkan sematkan walaupun semua tu betul. dan semestinya, semuanya bukan kearah kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan. semuanya berbaur kedengkian dan kelakhnatan. tapi aku tak ambil pusing. tapi hari ni, malam ni...

12/08/2011

the essence flow in my vein


then after that your heart were hardened and become as stones,
or even worse in hardness.
and indeed, there are stones out of which rivers gush forth
and indeed, there are of them which split asunder so that water flows from them.
and indeed, there are one of them which fall down for fear of Allah,
and Allah is not unaware of what you do.
~alBaqarah, 74.

12/02/2011

just be truth to who you are

    itulah lumrah hidup. bukan semua yang ada di muka bumi ni memaparkan karakter sebenar masing-masing. dan bukan jugak sebab sengaja tak nak memaparkan, mungkin malu dengan sifat yang akan tak disenangi, mungkin jugak sebab nak sama dengan orang lain.

    tapi mengenai yang memegang prinsip sendiri, dan menjadi diri sendiri. sebenarnya benda ini bukan semudah yang disangka. demi mencapai kehendak manusia bukanlah tugas kita sebenarnya. kita jadi diri kita sendiri dan tak perlulah nak hirau samada orang lain selesa atau tidak dengan kita, atau orang suka atau tidak kita bersifat begini.

    permasalahannya disini bukanlah tentang manusia yang menjadi diri sendiri. tetapi tentang penerimaan orang terhadap diri kita sebenarnya. orang selalu cakap 'be yourself'. tapi saat kita nak menjadi diri kita sendiri tu, orang lain bersedia ke nak terima kita seadanya? mungkin ada dan mungkin tidak. dan pada masa itu sebenarnya, kita menjadi tak keruan dan cuba fikir 'eh, okay ke aku buat benda ni?' 'tak salah ke aku cakap tadi?'. dah kalau itu diri kita, nak fikir apa lagi. mungkin kalau yang outspoken tu kena jadi pendiam demi menjaga hati orang, begitu?

    contohnya beginilah :

si A : eh okay tak aku nyanyi tadi?
si B : haa? HAHA. macam nak halau seladang je suara. okay apa!
    maka si A terasa hati. oleh sebab itu, si B kena menipulah? contoh :
si B : isy, aku gurau je. sedaplah sebenarnya.
    dan si B terus berpura-pura demi menjaga hati si A. di situ dah nampak, dia tak boleh menjadi diri sendiri sebab penerimaan orang terhadapnya bukan sama.

    bagaimana pun orang itu, kita bukan siapa-siapa nak menentukan sikap mereka. mungkin dah ditakdirkan mulut mereka begitu. berbisa, mungkin? terimalah manusia itu seadanya. tak perlu nak kecam mereka dengan pelbagai cara. kadang-kadang susah jugak asyik nak ikut hati je.

ni post sentap punya pasal.

12/01/2011

mengejar mimpi, menggantung harapan

    setelah berusaha gigih saat peluang berada di genggaman, tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain berdoa dan berharap. selagi di hati kita masih mempunyai sebuah harapan, maka kehidupan kita akan dapat berjalan menuju kepada kecemerlangan pada masa hadapan.

    selagi kita mempunyai harapan dan motivasi, penderitaan yang dikandung pun tidak menjadi beban yang menyiksa. kerana HARAPAN seperti satu keindahan hidup yang akan datang bila ada kemahuan untuk meraihnya. jadi, walau betapa sukarnya kita menghadapi sesuatu keadaan itu, seperti paper spm yang membuat kekacauan, gantunglah jua sebuah harapan.

    saat dunia anda gelap, percayalah, akan ada suatu hari dimana Tuhan akan merestui untuk menjadi sebuah kenyataan bagi sesiapa yang mempunyai harapan.

    kualiti hidup bukanlah bergantung pada apa yang anda temui, tetapi pada apa yang anda lakukan untuk menangkis kesemua halangan. janganlah takut untuk mempunyai harapan, kerana pada suatu hari nanti harapan itu pasti menjadi nyata dan indah apabila kita percaya.

happy reading ;)

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...