3/24/2012

it was happened.


Salam, hai.

Nampaknya aku memang bukan orang yang kaya dengan rezeki.

Keluar result semalam memang buat aku betul-betul pana. Tengok slip terus berpinar mata. Tapi tak apalah, I’m cool with it. Dan sekarang baru aku faham macam mana rasanya nak menghadapi saat-saat macam ni. Tengah tengok tv pun boleh ternganga-nganga dek fikir ke result. Bukan result sangat sebenarnya, ia lebih kepada jalan keluar untuk membantu diri sendiri.

Rasanya memang tak menangis lagi dari semalam. Sampailah Teacher Yusra call. Mula-mula terkejut la jugak dapat call dari beliau, tapi sebagai seorang manusia normal dan sedaya-upaya menangkis segala rasa paranoid ni, aku gagahkan jua menekan punat hijau. Terus berair bijik mata. Kat situlah aku mengadu segala, walaupun nampak macam iron lady (pheww) tapi aku pun lembik jugak kadang-kadang. Oh ya, beliau nak belanja aku makan ;D

Keluar pukul 10 pagi, balik pukul 2 petang. Ada logik tak kalau rumah tu jaraknya cuma 400 meter dari sekolah? Memang tak. Sebab tadi aku terkujat lama sangat maka proses untuk sembuh tu memakan masa yang lama. Top student pun down, apatah lagi aku yang memang tak top ni? Serious aku down.

Nasib baik. Mak aku tak banyak komen dan hanya memberi galakan untuk interview itu ini. Pilih mana patut. Tang medic tu sila masuk kubur siap-siap. Aku dah agak. Benda yang aku paling taknak jugak nak jadi. Yang separuh taknak tu taknak jadi pulak. Uh, sorry ayat ‘comel’. Perasaan sekarang buat aku jadi pelik.

AKU.TAKNAK.BENDA.NI.JADI.KAT.AKU

Masalahnya memang dah terjadi. Aku tak pernah mintak. Maafla bunyi memang macam orang tak bersyukur kan? Aku bersyukur. Dan redha. Tapi kenapa mesti aku? Last-last pilihan terakhir yang aku buat masa sebelum exam dulu dah jadi pilihan pertama. Untuk sekarang nilah. Nampak sangat yang lain-lain tu macam malap.

Pemain bola? Maaf, aku tak suka bola dan tak suka main bola. Muka aku ni ada macam minah gila bola ke? soalan pelik coach bola ntah dari ceruk mana tadi patutnya aku jawab dengan tempeleng sebijik. Dah la haritu sorang pakcik ajak buat konvoi naik motor besar. Ajakla Dira Abu Zahar, beliau ada Harley.

#NowPlaying The Fray – Never Say Never 

live it.

 Memandangkan musim mengambil keputusan spm ni dah menjelang, aku mencuri peluang untuk menyatakan sebanyak mungkin perkara yang telah lama bersirat serabut dalam otak kusut ni. Amatlah tidak wajar kiranya kalau aku post benda-benda yang seumpama dengan ini di facebook mahupun twitter. Semuanya sebab sudah terang lagi bersuluh, memang aku yakin 170% yang news feed di facebook hanya dipenuhi dengan budak-budak yang sebaya dengan aku, manakala di twitter pulak tak menang tanganlah aku ni mengadap TL yang panjang berjela, semuanya sebab satu perkara  - TAKUT.

Tidak dinafikan, aku pun mempunyai perasaan yang sama, kerana aku juga seorang manusia, dilahirkan mempunyai perasaan takut walaupun kadang-kadang tidak memberi reaksi yang sepatutnya jika sesuatu perkara itu berlaku. Namun, apalah daya, tak dapat jugak aku membuang perasaan takut tu, walau dah bermacam usaha yang aku usahakan.

Mana taknya, memang tak hilang la perasaan takut tu. Ni SPM beb. Bukan ujian P1 ke P2 ke. Sebab-sebabnya mungkin seperti yang tersenarai : satu.sebab aku takut. Dua.sebab aku memang takut. Tiga.aku takut dan takut. Kesimpulannya memang aku fikir ‘yang aku ni kenapa takut sangat?’. Agakla, perkara tak boleh dielak, kan?

Tapi dalam takut-takut aku tu pun, aku berserah dan redha sekiranya ditentukan result aku terbalik seperti diharapkan. Aku ikhlas menerima ujian ini. Dan aku percaya tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dan aku berpegang teguh pada lirik lagu Son Of Man yang berbunyi : ‘trust your heart, let fate decide, to guide this lives we see’. Theme song cerita Tarzan tu.

Kalau dibuat ujikaji ataupun comparisons sekarang, bandingkan riak muka aku dengan sawi layu kat belakang kedai makan ni, aku rasa serupa je. Tak lain, tak ubah. Ditambah pulak ujian phsycology yang aku hadapi tiap saat apabila makcik-makcik cleaner yang penyayang dan mengambil berat itu bertanya, “macam mana? Ketar tak nak tunggu result?” ß ada nada mengejek di situ.

Tak apalah. Aku terima dengan hati terbuka setiap ejekan dan tomahan itu. (emo. Padahal takde sape ejek pun). Aku sedar diri aku yang bukan sebagai top student ni. Aku sedar, aku sedar. 

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...