Bergerak Kehadapan

Dalam hidup ini, setiap manusia akan berhadapan dengan masalah. Kah kah kah. Tidak patut lansung saya menaip begini di awal penulisan. Umpama membuka aib diri yang sememangnya tiada bakat dalam penulisan ini.


Memang, jika dilihat dari segi fizikal pun, saya tiada lansung ciri-ciri yang dikehendaki. Malah penulisan saya juga seperti kanak-kanak tadika yang baru mengenal ayat sama erti. Saya terfikir pula pada sang pembaca yang tiba-tiba tergerak hati mereka untuk membaca penulisan saya ini. Adakah mereka akan termuntah? Mengkritik dalam diam? Ataupun mengerutkan dahi sambil mengeleng-gelengkan kepala? Tetapi saya yakin, setiap dari mereka akan memaparkan reaksi tidak puas hati dan menyampah.


Sejujurnya, entri kali ini memang tiada motif, jauh menyimpang dari tajuk di atas. Kah kah kah.


Sudahlah jalan cerita yang dicipta oleh saya (dalam cerpen-cerpen terdahulu) sangat basi. Pengakhiran yang tergantung, penggunaan nama yang tidak alaf baru. Malah, penggunaan tatabahasa juga membuatkan adik-adik yang akan mengambil UPSR tahun hadapan akan tergelak sebaik membacanya. 


Bagi penulis amatur seperti saya ini, apa sangatlah isi penting yang kalian akan dapat. Malah semasa membaca perenggan ini, kalian akan menyedari yang dahi kalian masih berkerut kerana tidak faham tentang penyampaian sebenar saya, kan? Saya menyedari hal itu, namun saya lansung tidak mengambil tindakan bijak untuk memperbaiki diri sendiri, seperti mengambil kelas penulisan, atau memperbanyakkan lagi bacaan. Saya masih ingin menjadi seperti ini. 


'Teruklah budak ni', desis kalian dalam hati.


Oh ya, tentang tatabahasa tu, saya memang suka menulis yang dapat mereflekkan cara saya bercakap sebenarnya, tapi tak berapa menjadi. Dan sengaja juga nak meng'annoykan guru-guru tatabahasa sekolah rendah dahulu (yang saya hormati sangat). He he he. 


Semasa saya baru sahaja tergedik-gedik menceburkan diri dalam kerja-kerja menulis sampah ini, saya selalu merasakan yang saya akan menjadi seorang penulis novel, atau seorang penulis artikel di readers digest. Kah kah kah. 


Kebebasan menulis yang saya dapat bukan kepalang lagi, walaupun tulisan saya tidak sebaik kalian, namun saya lega kerana dapat menulis apa sahaja yang saya rasa. Saya dapat meluahkan dalam pelbagai bentuk. Malah, penulisan saya juga mampu menggerakkan hati sesetengah pihak di mana mereka akan bengang, terasa hati dan sebagainya. Itu hanya minoriti. 


Kalian boleh belah dari sini jika tahap kebosanan dah menjangkaui langit ke tujuh.


Namun semua itu tidak bertahan lama, saya juga pernah merasa di mana sesebuah entri yang saya cipta berbekalkan pengalaman dan perasaan yang membeku dalam jiwa ini (ewah) dibelasah dan dikritik dengan hebat. Kalian perlu faham ya, penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog beliau selagi tidak mencetuskan sensitiviti sesetengah pihak. Penulis tidak bersifat resis, tidak pula memention sebarang agama dan tidak juga menghina. 




Yang ini pun terpulanglah pada korang untuk menerimanya bagaimana. Kah kah kah.


Ya, aku dapat menerima itu dengan senyuman lebar. Untuk menjadi penulis yang hebat yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. (masih berangan nak menulis di readers digest). Kononnya. Tetapi penekanan tentang 'suka-hati-akulah-nak-tulis-apa' tu perlu diambil serious oleh pembaca. Semua penulis picisan mahukan penulisannya menjadi sebahagian dalam dirinya. Mereka tidak mahu penulisan mereka itu berbaur penipuan, atau hipokrit atau ciptaan, hanya kerana ingin disukai.


Tidak. Sudah tentu tidak. Bagaimana seorang penulis dapat mengeluarkan idea sebegitu dengan banyak sekali. Alangkan Hlovate pun menulis berdasarkan pengalamannya, berdasarkan apa yang dia rasa. Sebab itulah penulisannya hidup, karakter dalam novelnya pun seakan-akan wujud di dunia sebenar. Walaupun dia terpaksa mengutuk dirinya sendiri dalam novelnya, yang penting penulisannya itu jujur.


Bukan kata Hlovate aje, Iain S Thomas yang aku kagumi sangat tu pun masih, menceritakan kisah hidupnya kepada semua. Beliau takde pulak mereka watak, atau menipu dari segi keadaan yang beliau hadapi. Beliau luahkan apa sahaja yang ada dalam dirinya. Dan ramai, memang ramai yang mengkritiknya sebab terlalu immersed dan taksub dengan kehidupan sendiri. Peduli apa. Yang senang itu hidupnya, yang kaya raya itu dirinya. Tak sabit lansung ke orang lain.


Betapa bebas dan bosannya aku rasa dikala menulis ini.


Aku tak peduli. Yang penting aku bebas. Freedom is not free kata orang. Kah kah kah.




No comments:

Post a Comment