10/29/2013

Aku sebagai Melayu




Setiap kali entri baru dihapdet, saya mesti fikir 'cemane nak tulih intro ni. nak fikir ayat yang sesuai agar orang yang baca tu tak sentap lebih-lebih / perasan'. Setiap kali juga, angan kecil aku ni gagal. Dan setiap kali kegagalan ini berlaku, aku sedang ulang perkara yang sama. Useless intro. Ngko tak kisah kan? Wakaka.


Melayu. Memang tak reti bersyukur. Pandai membaca tu pun nikmat besar yang Allah bagi tau dak? Kata aku kepada diri sendiri.


Pendekkan cerita pendek ni, aku nak kongsi pengalaman waktu aku bekerja dulu. 


Sebagai cashier waktu tu, aku memang kena hadap kastemer. Terpaksa hadap kastemer yang pelbagai tu. Masa tu aku pun tau macam mana rasa cashier yang selalu buat muka masam tu. Kalau boleh ukur pakai nilai pH, petunjuk asid seasidnya. Punyalah masam.


Tapi, mereka ada sebab. Semestinya berpunca dari kastemer sendiri, yang rata-ratanya adalah kaum Melayu. Kalau yang boleh belah tu, takpe lagi. Yang tak boleh belah ni...rasa nak belah belah pakai golok belakang kedai. Tak terbelah bahagi rasa marah waktu tu.


Oleh kerana kedai minum ni pakai khidmat layan diri, orang ramai yang nak beli ni kena datang, order dan tunggu air siap. Lepas bayar, blah. Contoh kalau A nak order tapi tengok ada B depan kaunter. So A kena beratur belakang B dengan penuh iman yang tak dapat dijual beli. Menjadi tugas kami pulak kalau si A taknak beratur, kami kena cakap 'Cik...tolong beratur ye..'. Ni biasanya kakak yang dah biasa kerja sini. Penuh sopan dan intelek je caranya.


Kalau aku? 'Cik. Tolong la beratur. Nampak tak dah tulis tepi tu', sambil tunjuk kasar ke arah tanda tolong beratur, terima kasih tu. Ok ni salah satu sebab aku malas sangat nak jadi cashier. Kesabaran nipis macam masker koko. Kalau tiup pun dah tersiat.


Persoalannya sekarang, makhluk mana yang takde sivik malas beratur tu? - Melayu.


Kemudian bila orang ramai, kami memang tak cukup tanganlah nak buat air on the spot. Sebut terus tercampak air yang mereka nak tu depan muka, takkan la macam tu. Kenalah buat ikut order, terlambat tu perkara biasa. Apa yang kami kena? 'Tak siap lagi ke teh o saya tu? Teh o segelas je kut, pun buat lembap.' Kata seorang pakcik yang entah muncul dari mana tetiba bercekak pinggang di belakang orang yang berkerumun dan tak reti nak beratur tu. 


Realitinya, ya. Pakcik tu Melayu.


Ketiganya, mentaliti tahap apebende ntah yang diorang pakai ni, asal yang tengah kerja situ je dipandang macam orang hina, bodoh, malas belajar, tak habis sekolah dan sebagainya. Diorang tak tahu kot istilah part-time tu pemenda. Yang diorang tahu hanyalah..


'Dik, baru kerja ke?', tanya seorang bro yang bizibodi. 


'Ha'ah, baru la jugak', jawab gadis manis. Hikhik


'Oooo. Umur berapa ni, nampak cam budak je lagi'.


'x tahun'.


'Baru x tahun dah kerja. Ish ish.' Cara dia respon tu bersimbolkan yang aku ni budak bodoh yang tak belajar, jadi kenala cari kerja untuk tanggung diri. Gitulah.


Dan, bro ini juga Melayu. Mental tak mental.


Kalau nak banding, kaum lain tak ada yang macam ni. Serious. Kalau ada pun minoriti sangat. Mungkin mereka ni malu nak buat adegan pelik-pelik depan orang, dan masih tahu hormat orang lain walaupun berlainan kaum. Nampak tak betapa non-resis nya aku? Kah kah.


Habis tu, apa nak jadi dengan kita yang Melayu ni? Sama-samalah kita perbaiki diri. Kadang tu, takdelah aku tak pernah buat semua benda di atas tu, ada je. Maka ini merupakan peringatan buat semua dan diri sendiri. 


Kita selalu judge orang by their cover, dan berpegang pada sangkaan sendiri. Walaupun kita tahu kemungkinan sangkaan itu adalah salah, tapi kita ego, masih nak percaya. Kalau kita kata orang tu jahat, maka jahatlah di pandangan mata. Tak cuba pulak nak selidik ke apa ke.


Kita selalu jugak rasa diri ni betul, 'alah takyah beratur pun takpe, bukan ramai orang pun'. Tapi tindakan kita tu memang kompem la bawa ke jinjang pelamin. Eh silap. Bawa kepada akibat yang besar. Dah kalau ngko cari pasal dengan cashier, maunye cashier tak marah? Lepas tu ngko tangkap gambar cashier tersebut, buat aduan. 


Cashier tu bukan manusia ke? Tak reti rasa marah? Ngko banggalah lepas tu cakap 'kastemer izz always rightt' sambil herot herot mulut.


Cubalah buatnya masa tu duit kaunter short. Mesti cashier ni fikir macam manalah dia nak cari balik duit tu. Takkan nak kena potong gaji? Hish penat aje keje. Lepastu tetiba ngko buat kurang ajar, takke terganggu teknik imageri dia tu? Ngko pun kalau nak selesaikan math eq lepastu orang sergah, memang ngko marah. Ha macam tu la rasa dia.


Sepatutnya, kita sesama Melayu saling menolong, bekerjasama, memaafkan. Ni asyik nak jatuhkan orang Melayu jugak. Punyala sebab darjat ngko tinggi sikit, pakai lawa sikit, dah nak riba. Eh, riak.



10/28/2013

K-pop dan peminatnya.




Di satu tengah hari yang aku sangka panas hingga petangnya, aku menggodek-godek jari membuka laman sosial tuiter sambil dengar lagu di telinga. Kenapa? Ngko dengar lagu ikut lutut? Kelaghoan jari aku tak dapat dinafikan lagi pada waktu itu. Lagho selagho lagho nya.


Oleh kerana intro yang terlalu cam gelabah tu, aku pendekkan cerita. Taknak lah entri ni nanti intronya yang dihighlight lebih-lebih. Nanti mulala nak cerita pasal lagu la, pasal patela la, lagu tiga kupang saku penuh padi enam ekor burung masuk dalam kuali la, macam-macam lagi. Tanpa sedar perenggan untuk memendekkan intro ni dah jadi satu lagi perenggan intro yang semakin panjang. Gelabah lagi.


Kali ni tajuk entri memang bersabik dengan entrinya. Bukan macam entri-entri lepas. 


Kpop. Ya itulah isu yang aku pilih berdasarkan apa yang aku amati kat tuiter tadi. Masa aku berjinak-jinak merpati dengan bende bende intenet ni dulu takdela aku tekejut sangat dengan kemunculan orang-orang pelik gaya depa ni. Aku lebih over mendengar lagu jepun masa tu. Dah habis baca intro yang ketiga ni? Kah kah. 


Lepas tu tak lama, aku TERtahu la dengan kewujudan penyanyi penyanyi kpop ni. Yang potongan dan kaler rambut yang sentiasa tak boleh belah, joget nak sama sokmo, dan lagu yang takda makna. Setakat 'ring ding dong ring ding dong ring diggi ding' tak ubah seperti tarian ke***g. Sampai aku rasa, diorang ni buat lawak hambar ke apa.

Rupanya nilah objek yang kita bincangkan di atas.


Masa ni memang akulah orang yang mengutuk sekeras-kerasnya menatang kpop ni. Tapi semakin hari fansnya semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang aku sangka panas sampai ke petang tadi. Kah kah. Apa lagi, fans yang menggelar diri mereka kpopers ni lagila kena bahan. Lagi-lagi yang gedik-gedik guna nama orang korea dekat tuiter, lepas tu apdet tulisan korea. Bajet betei. Biasanya, nama G-Dragon lah paling femes. Aku pun hairan, G-Dragon tu benda apa? (masa ni tahap ignorance tentang orang korea memang bawah tanah)


Sampailah satu masa, kawan aku yang bertanggungjawab atas kelaghoan saya ni, (hehehe gurau je) mencadangkan saya untuk tengok benda running man. Ye saya memang tengok selalu benda ni lepas kawan aku cadangkan, dan dah nak mula kenal orang-orang korea yang diorang dok puja sangat ni. Dan aku ngakula yang aku tak pernah tinggal episod running man ni, dan aku minat semua ahli-ahli dia. Hi hi hi. Soft hearted sangat kan. Salah satu sebab ialah ahli-ahli dia terdiri dari orang tua yang bukan immersed k-pop dan bukan bajet bibir kaler pink dan bukan kaver hensem/cantik semedang.


Tambah teruk lagi, aku dah mula menghapal lagu-lagu Leessang yang dianggotai oleh Gary yang turut menjadi ahli yang dalam RM tu. Banyak tak yang aku? Ok, yang ni boleh diberi pengecualian. Tentang lagu mereka ni, memang liriknya penuh makna. Bukan semberono macam bonamana bonamana boo tu.  Contoh je.


Tapi yang masih dimenyampahi oleh aku ialah kpopers yang kefanatikannya bagai tiada pengakhiran. Fana sungguh mereka ni kan. Ecehh. Aku sendiri pun segan nak letakkan diri sendiri sebagai kpopers. Malu besaq hang tau dak. Kalau buka mata luas-luas memang bersepah bersepailah anti-kpopers ni. Ha ha ha. Nak minat boleh, janganlah sampai dunia ngko kat situ jer. Cuba tengok-tengok sikit Creed ke, The Fray ke. Ha ha ha gelabah lagi.

Yang ni The Script. Tahap kecoolan, kehenseman, kesedapan suara memang takleh tanding k-pop k-pop sekalian.


Kadang-kadang kalau tengok rakan-rakan tuiter pun beria sungguh menamakan diri mereka sebagai Choi Gong Gu atau apa apa saja nama korea. Kononnya nak bagitau akulah orang pertama yang minat retis ni, retis ni aku punya, korang tak boleh minat! Ha lebih kurang macam tu la. 


Apa yang aku dapat konklusikan, k-pop ni boleh belah lagi sebenarnya (aku masih anti snsd, 4 minute, 5 minute, atau apaper jela. Just for you to know). Ki ki ki. Cuma...peminat diorang yang lebih lebih. Dok gabung gabung nama la. Ha ha ha. Lawak sangat. Yang ni memang taksub gilababy. Contoh : Joong Ki + Latipah = Joong Pah. 



10/26/2013

Kesiankan hati




A berniat nak sakitkan hati B. Maka A pun buat sesuatu yang menarik perhatian semua orang. Suka sangat tarik perhatian si A ni. Kurang kasih sayang.


Caranya berjaya, C tertarik dengan A. Mereka berpacaran. C bahagia sebab dapat A, orang yang dia sayang sangat. Tapi..


Tapi A hanya bahagia bila dapat sakitkan hati B. Maka kebahagiaan C bukanlah tujuannya. Jadi dia tidak kisah samada C bahagia atau tidak. Kadang-kadang C dipandang macam dinding aje. Dinding mesia takpela, ini dinding macam kat india, yang kena ludah dek minachi yang kuat makan sireh tu.


Dan A tidak sedar, yang hatinya sakit kerana hidup dalam cinta yang pura-pura. A berlakon bahagia di hadapan semua orang, kononnya dengan cara itu si B akan sakit hati dan cemburu. A sendiri lupa yang dia tidak ada sebarang hubungan dengan B di mana si B takde motif lansung nak rasa cemburu.


Perkara yang dia paling takut sekali, kini jadi dekat dia kerana langkahnya sendiri yang silap. A sudah memainkan hati dan perasaan C kerana menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. A juga merasakan dirinya gagal menyakitkan hati B. Akhirnya, A sudah sakitkan dua hati. Hati C yang berharap padanya dan hatinya sendiri.


B pula? Masih hidup tenang dan bahagia. Sekarang B sedang main pistol air dengan rumetnya. Mungkin la.


* * *

Jangan selalu fikir tindakan anda sentiasa memberi kesan yang baik pada diri sendiri. Dan jangan selalu sangka orang lain kisah sangat pasal anda.



10/25/2013

Apaper je




Cuba menulis lagi konon-konon ada yang ketor kepala sangat nak baca entri baru ni

Bukan, entri ini bukan tentang Bajet 2014. Bukan juga tentang Nora Danish kelahi dengan pakwenya. Bukan juga pasal adik aku yang baru reti nak melukis, ataupun kisah kami makan mi bandung tadi. Semuanya bukan.


Habis apa? What? Why? Where? Satu demi satu soklan dicampak kemuka. Konsep menjawab geografi ni. Lawak sungguhla.


Ha ni aku nak tanya ni. Entri ni untuk apa sebenarnya?


Dah tak payahlah nak berdalih lagi. Apa kaitan dengan dalih pulak? Nampak kebodohan aku kat sini. Jarang nak jumpa orang yang tunjuk bodoh depan orang ni tau. Tau berangan je nak jadi pandai. Bila orang dok apdet pasal minyak, diri ni pun sibuklah nak ambik tahu pasal minyak, kononnya agar orang pandang diri ni intelek. Gila.


Sekarang ni pun, exam dah dekat ni, tau nak tunjuk study je. Faham? Tau beza kan study dengan tunjuk study tu cemana?


Suka sangat buat-buat tahu pasal isu semasa. Padahal kalau nak dibandingkan dengan otak-otak (ni bukan makanan tu) ekosistem lautan, otak aku la paling lembap. Kalah ikan yu dan naga laut. Ni lagi satu. Ada naga ke dalam laut?


Paling tak boleh blah sekali masa hak kecoh-kecoh kat lahad datu dulu. Kah kah. Aku tahu la pasal tu sikit-sikit. Ini masa sabjek pengajian am cikgu tu bantei tanye pendapat dan cadangan terhadap isu ni. Gila lagi. Tanya orang yang tak reti bukak tv ni. Jangankan berita, cerita mister erogen pun aku tak tau. Kalau tanya pasal cara buat masker secara alami kat tenet tu taula. Ha ha.


Ke bulan betul entri ni. Tak suruh baca pun. Ketor sangat kenape.


Gila nak harap ada isu gula naik harga kat sini? Atau ciptaan formula tukar orang jadi mengkarung? Muka aku ada gaya Dr. Curt Connor ke? Blog saintis mana yang kelabu asap ni, cer kabo?


Sempat lagik nulis sampah sambil selak-selak bab kecederaan sukan Achilles tendinitis. Nampak? Tunjuk study lagi. Tau beza kan study hard dengan selak-selak tu cemana? 


Sebenarnya terhenti selak ke bab ni sebab gambarajah yang dia kasi tu gambar budak skate. Dekat situ adala label segala extensor hallucis tongus, peroneus brevis dan segala nama yang aku selalu abai dan lantakkan. Jangan ingat gadis suci cam aku ni ada impian ngada-ngada nak berpacar dengan budak skate pulak. Jauh simpang. 


Cuma kelakor. Gambar budak yang tengah skate tu terjojol je otot kaki dari luar. Jadahnye. Kalau nak tunjuk otot takyah lah beria lukis orang tu tengah skate. Berdiri tegak pun boleh dah. Ah sudah jadi pengkritik buku teks lak dah. 


Ini la namanya nak kena selam tau? Orang apdet entri baru ngko pun sibuk apdet. Apentah isinye sekuman pun takde. Kata aku kepada diri aku yang aku gelar aku ini.


Tak taulah kalian rasa apa ni. Diri sendiri pun rasa nak bagi tumbukan lenting sempurna yang akan berlaku kekekalan momentum dan kekekalan tenaga kinetik di mana koefisien retritusinya bernilai e = 1. Atau bahasa kampungnya, penumbok. Gila lagi.


10/24/2013

Bicara Remaja



Rapeah (bukan nama sebenar) mensekeroll fesbuk. Satu perkara yang dia memang akan buat bila dia bosan, kononnya sedikit sebanyak dapatlah mengurangkan bosannya. Namun, telahannya salah. Setiap kali dia buka fesbuk, memang semakin bosanlah dia akan jadi.


Sambil sekerol, Rapeah akan mencebik sekali sekala. Geli dan menyampah benar hatinya dengan remaja yang suka post sampah di situ. Bahasa pelik sudah sekian, kaki gaduh dan carut dah sekian. Tambah pulak yang suka bajet-bajet trend bahasa ni. Contoh : "Comell gila gambar ni ohhh"


"Pemenda ntah fungsi 'ohhh' kat situ". Rengus beliau.


Tuink!


Tetiba notification Rapeah masuk. (Kononnya 'tuink' tu bunyi notification la.)


Leman Todi invited you to join 'Luahkan Perasaan Kepada Crush Anda's group. 


Ni lagi satu. Rapeah hampir saja memaki.


"Sudahlah nama group tersebut cukup mengada, pebenda Crush tu pun aku sendiri tak tahu". Selalu sangat dia nampak kanak-kanak buat status 'lepaking with my crush todayy' dan sebagainya. Ingatkan sampah apa.


Rapeah mengeluh lagi. Tapi tangannya laju saja klik sana sini.




Ecok ada clzz lagy. hurmm malzznyer larh


lagi


Jangan ingat ko baguss sangad, nak hentam orng ske aty ko. Bukannyew ko tu prfect


"Tegur sesama kita la. Typical Malayisan, asal tegur sikit je dah kata orang tu perfect, ahli sorga dan sebagainya", Rapeah bermonolog lagi. Marah benar gayanya.


Hang out with hubby today (sambil post gambar tengah cium)


'Astargfirullah'. Rapeah makin menyampah dengan friendsnya di fesbuk. Oleh sebab banyak sangat benda yang boleh membuatkannya sakit limpa, siku, buku lali dan sebagainya, dia mengambil keputusan untuk deactivate akaunnya. 


'Puas hati', desisnya.


Tak lama kemudian, Rapeah membuat akaun twitter. Dan dia membuat tweet pertama yang berbunyi :


Rasew nyampah dengan fesbook. Kitew dah buat tuiter niy, bolehla tuit tuit nan kiteww. 


Dan seterusnya mengapdet bio di tuiternya berbunyi :


@JongosXoxo hubby kitew, jangan rampas kalau tak nak susahh. I lafff yu so mucchhkkkk. Folow kitewww kalau nak kitew tegow, or yg kitew dah folow tu jangan lupa folow balexx k. Kalau tak kitew unfollow muachhh


Begitulah kisah Rapeah. Sekian.



10/20/2013

Hati




Dari segi saintifiknya, hati itu memang tiada kaitan dengan perasaan. Kerana perasaan itu dikuasai oleh otak. Dan fungsi hati adalah menyimpan glikogen.


Tapi malam itu, hatinya benar-benar sakit. Bukan salah glikogen.


Perasaan yang berbuku itu tidak dapat diluah.


Dia tidak dapat bertindak. Dia sedar, perasaannya dimainkan. Dia diberi harapan. Namun dalam situasi ini, dia tidak dapat menyalahkan satu pihak sahaja. Dirinya sendiri pun, sudah cukup salah kerana membiarkan hatinya dikawal orang lain.


Dari dahulu lagi, dia tidak mahu terjebak dengan perkara sebegini. Dia tahu. Perit. Perit yang teramat. 


Dia membiarkan hatinya jatuh ke pihak yang salah.

10/16/2013

Kita Yang Perempuan




Ini tahun 2013. Dah nak masuk 2014 pun, tapi aku baru tahu tentang kewujudan blog jejaka ini - Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau. Kemain, masa beraya di rumah rakan-rakan semalam, aku adela juge sebut pasal ini, dan mereka ketawa berdekah dekah sambil mencadangkan aku untuk taruk nama blog seperti berikut :


BLOG AKU BUKAN BLOG OMAKKK KAUUU!


Kah kah kah. Bukan main lagi memasing. Enthusiastic benor bila bab letak nama blog ni. Namun tidakla aku ingin dan teringin untuk melakukan sedemikian, karang dituduh mempelagiat dan curi curi idea. 


Semasa beraya di rumah rakan semalam, aku begitu asyik memandang seorang anak kecil yang merupakan saudara kepada rakan aku. Suci dalam debu aje wajahnya. Sinar matanya pula....bagai api yang menyambar. Kah kah kah. Kalau mata ni tetibe sakit kemudian nampak pulak pipi budak tu macam lemang, dah lama aku kunyah.


Teringin ada anak sendiri ke jah?


Tidaklah macam tu. Cuma bila fikirkan anak kecil ni, pasti orang akan kaitkan dengan kahwin. Dan bila fikir pasal kahwin ni pula, pasti orang akan kaitkan dengan soal ilmu dan agama. Bila saling kaitan ini saling melengkapi dan membentuk satu sistem yang kompleks, barulah kebahagiaan boleh diraih. Hi hi hi.


Tahun 2013. Dah nak masuk tahun 2014. Masih ada yang mempunyai pendapat berbeza tentang soal kahwin, ilmu dan agama ini. Masih juga kita dengar bunyi-bunyi begini :


"Buat apa kahwin, nanti bukan boleh kerja pun. Tak guna dapat ijazah untuk kerja bagus kalau suami tak bagi kerja."


atau


"Tak gunalah belajar pandai-pandai, nanti duduk dapur jugak. Terutamanya perempuan tu, takyah sibuk nak bersaing sangat la, sibuk sangat nak kejar ijazah"


atau


"Takyah belajar tinggi-tinggi pun takpe, kalau muka lawa, kompem ada orang nak"


dan banyak lagi. Rase nak bagi penampor pun ade mereka ni. Ha ha.


Kemudian wujud pulak senarai harga mas kahwin mengikut taraf pendidikan ni. Lepasan UPSR, PMR, SPM dan segala bagai tahap pendidikan, semua ada harga tertentu. Kalau aku ni lelaki, memang kompemla aku tak setuju dengan penetapan harga macam tu. Suka hati je. Ingat senang nak cari duit?


Sedangkan aku yang perempuan ni pun tak berapa setuju. Terasa bagai didagang pulak. Sudahlah harga PHD kemahen mahal. Bayangkan kalau wanita-wanita kat luar sana belajar tinggi-tinggi kemudian tidak laku kerana harga mas kahwin terlalu mahal? Sudahlah macam tu, lepas tu umur dah lanjut! Siapa lah yang nak? Balik-balik yang laku ni budak UPSR jugak. Masih muda dan murah harganya.


Kalau kita yang perempuan ni berhempas pulas nak masuk universiti, sibuk nak belajar, nak dapat ijazah, master dan sebagainya, apa yang kita rasa? Ya, demotivated! Dehidrated! Kah kah. Kerana balik-balik kita yang perempuan ini akan dikaitkan dengan dapur, jeruk sawi, ikan masin dan sebagainya. Jauh menyimpang dari segala laptop, cecair-cecair kimia dan buku sekolah ni. Dan balik-balik yang belajar tinggi tu pun akan jadi andartu.


Pada sesetengah orang, mereka rasa hanya lelaki saja patut belajar tinggi, hanya lelaki saja yang patut kerja keras, lelaki saja yang patut berjaya. Semuanya lelaki saja! Kenapa? Kerana, lelaki ini yang selalu mencintamu...selalu...tanpa ragu.. Dan yang perempuan ni pula, kata mereka, layaknya di dapur, memahirkan diri dalam hal rumah tangga saja.  Kok bisaaa?


Sepatutnya kalau masih ada lagi fikiran yang macam ni, tak perlulah buat Deklarasi Putrajaya dahulu, yang kononnya mengangkat peranan wanita dalam pembangunan ekonomi. Eh, tersasul ke sabjek exam kite pulak.


Apa-apa pun, ilmu Allah itu luas. Takda siapa yang berhak tentukan sempadan ilmu seseorang. Tak termaktub dalam Al-Quran pun. Biarlah orang nak belajar ke tahap macam mana pun. Ilmu yang mereka ada akan digunakan bukan saja di dunia, malah diakhirat kelak. 


Juga tak perlulah kita menjadi penentu arah hidup orang lain berdasarkan ilmu yang mereka milki. Tak semestinya belajar tinggi balik-balik lepas ke dapur. Tak juga belajar tinggi hidupnya senang. Dan tak juga orang yang belajar tak tinggi, tak akan berjaya. Masa hadapan mereka, kita tak boleh teka. 


Usaha saja sebaik mungkin, ganjarannya nanti pasti ada. Pasti. Gittew.



10/13/2013

Bergerak Kehadapan

Dalam hidup ini, setiap manusia akan berhadapan dengan masalah. Kah kah kah. Tidak patut lansung saya menaip begini di awal penulisan. Umpama membuka aib diri yang sememangnya tiada bakat dalam penulisan ini.


Memang, jika dilihat dari segi fizikal pun, saya tiada lansung ciri-ciri yang dikehendaki. Malah penulisan saya juga seperti kanak-kanak tadika yang baru mengenal ayat sama erti. Saya terfikir pula pada sang pembaca yang tiba-tiba tergerak hati mereka untuk membaca penulisan saya ini. Adakah mereka akan termuntah? Mengkritik dalam diam? Ataupun mengerutkan dahi sambil mengeleng-gelengkan kepala? Tetapi saya yakin, setiap dari mereka akan memaparkan reaksi tidak puas hati dan menyampah.


Sejujurnya, entri kali ini memang tiada motif, jauh menyimpang dari tajuk di atas. Kah kah kah.


Sudahlah jalan cerita yang dicipta oleh saya (dalam cerpen-cerpen terdahulu) sangat basi. Pengakhiran yang tergantung, penggunaan nama yang tidak alaf baru. Malah, penggunaan tatabahasa juga membuatkan adik-adik yang akan mengambil UPSR tahun hadapan akan tergelak sebaik membacanya. 


Bagi penulis amatur seperti saya ini, apa sangatlah isi penting yang kalian akan dapat. Malah semasa membaca perenggan ini, kalian akan menyedari yang dahi kalian masih berkerut kerana tidak faham tentang penyampaian sebenar saya, kan? Saya menyedari hal itu, namun saya lansung tidak mengambil tindakan bijak untuk memperbaiki diri sendiri, seperti mengambil kelas penulisan, atau memperbanyakkan lagi bacaan. Saya masih ingin menjadi seperti ini. 


'Teruklah budak ni', desis kalian dalam hati.


Oh ya, tentang tatabahasa tu, saya memang suka menulis yang dapat mereflekkan cara saya bercakap sebenarnya, tapi tak berapa menjadi. Dan sengaja juga nak meng'annoykan guru-guru tatabahasa sekolah rendah dahulu (yang saya hormati sangat). He he he. 


Semasa saya baru sahaja tergedik-gedik menceburkan diri dalam kerja-kerja menulis sampah ini, saya selalu merasakan yang saya akan menjadi seorang penulis novel, atau seorang penulis artikel di readers digest. Kah kah kah. 


Kebebasan menulis yang saya dapat bukan kepalang lagi, walaupun tulisan saya tidak sebaik kalian, namun saya lega kerana dapat menulis apa sahaja yang saya rasa. Saya dapat meluahkan dalam pelbagai bentuk. Malah, penulisan saya juga mampu menggerakkan hati sesetengah pihak di mana mereka akan bengang, terasa hati dan sebagainya. Itu hanya minoriti. 


Kalian boleh belah dari sini jika tahap kebosanan dah menjangkaui langit ke tujuh.


Namun semua itu tidak bertahan lama, saya juga pernah merasa di mana sesebuah entri yang saya cipta berbekalkan pengalaman dan perasaan yang membeku dalam jiwa ini (ewah) dibelasah dan dikritik dengan hebat. Kalian perlu faham ya, penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog beliau selagi tidak mencetuskan sensitiviti sesetengah pihak. Penulis tidak bersifat resis, tidak pula memention sebarang agama dan tidak juga menghina. 




Yang ini pun terpulanglah pada korang untuk menerimanya bagaimana. Kah kah kah.


Ya, aku dapat menerima itu dengan senyuman lebar. Untuk menjadi penulis yang hebat yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. (masih berangan nak menulis di readers digest). Kononnya. Tetapi penekanan tentang 'suka-hati-akulah-nak-tulis-apa' tu perlu diambil serious oleh pembaca. Semua penulis picisan mahukan penulisannya menjadi sebahagian dalam dirinya. Mereka tidak mahu penulisan mereka itu berbaur penipuan, atau hipokrit atau ciptaan, hanya kerana ingin disukai.


Tidak. Sudah tentu tidak. Bagaimana seorang penulis dapat mengeluarkan idea sebegitu dengan banyak sekali. Alangkan Hlovate pun menulis berdasarkan pengalamannya, berdasarkan apa yang dia rasa. Sebab itulah penulisannya hidup, karakter dalam novelnya pun seakan-akan wujud di dunia sebenar. Walaupun dia terpaksa mengutuk dirinya sendiri dalam novelnya, yang penting penulisannya itu jujur.


Bukan kata Hlovate aje, Iain S Thomas yang aku kagumi sangat tu pun masih, menceritakan kisah hidupnya kepada semua. Beliau takde pulak mereka watak, atau menipu dari segi keadaan yang beliau hadapi. Beliau luahkan apa sahaja yang ada dalam dirinya. Dan ramai, memang ramai yang mengkritiknya sebab terlalu immersed dan taksub dengan kehidupan sendiri. Peduli apa. Yang senang itu hidupnya, yang kaya raya itu dirinya. Tak sabit lansung ke orang lain.


Betapa bebas dan bosannya aku rasa dikala menulis ini.


Aku tak peduli. Yang penting aku bebas. Freedom is not free kata orang. Kah kah kah.




Refleksi Diri

sumber : gugel


Situasi 1 : "Ahmad, lain kali aku taknak tengok kau hisap rokok, kau faham? Haram tahu tak!", tengking Pak Abu kepada anaknya sambil bermain judi.


Situasi 2 : "Aku rasa kau ni dah terlalu melampau lah. Jagalah hati orang sikit. Ingat kau tu bagus sangat ke? Ahli syurga ke? Asyik nak hina orang", kata si A kepada si B.


Situasi 3 : "Siti, aku nak kau tukar warna dinding tu. Biru tu nampak terlalu biasa dan warna tu pun cepat kotor. Better kau pilih warna putih." kata Ola.


Masih, ada lagi manusia yang sering nampak kesilapan orang sahaja, tanpa cermin diri mereka sendiri, tanpa sekelumit cubaan untuk memperbaiki diri sendiri.


Begitupun, masih ada juga manusia yang nampak kelebihan orang lain sahaja, tanpa sedar ada pihak yang ingin benar menjadi seperti dirinya.


Masih juga, ada yang memaki orang lain, dah makian itu seperti terkena diri mereka sendiri, kerana pada hakikatnya mereka juga melakukan perkara yang sama.


Ibarat meludah ke cermin, terkena muka sendiri.


Dan masih, ada juga manusia yang suka mengkritik orang lain, padahal pada masa yang sama perbuatan mereka juga layak dikritik. Namun mereka tidak sedar.


Masih, bila kau melakukan sesuatu dengan tujuan yang lain, mereka akan menafsir sesuatu yang buruk. 


Masih, masih dan masih, setiap perbuatan orang di mata mereka adalah buruk. Buruk seburuknya. Kerana persepsi negatif yang berlegar di otak mereka kekal. Selamanya.


***


Entri ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ini sekadar pesanan penulis kepada semua dan kepada dirinya sendiri. Semoga di masa akan datang, kita boleh menjadi yang terbaik kepada semua orang, dan kepada yang berada di sekeliling orang-orang tersebut juga. 


Memang, bukan mudah untuk menjadi yang terbaik, untuk memuaskan hati semua orang. Dan dalam melalui proses ini jugalah kita perlu belajar untuk menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang. Pengalaman mengajar erti dewasa, kata orang.


Sekian dari saya. Semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

10/02/2013

Perutusan




Dont assume people just to create hatred.
or else your life will get into trouble.


you can ask.
you can talk.
you can bicang elok-elok with us tanpa ada sifat hipokrit.
just spill.


but after all this time,
the things that you do is just throwing us a lot of nasty comments,
make assumptions about all things we never do,
WITHOUT ANY SUPER BRILLIANT IDEAS


kalau pandai sangat bagilah cadangan yang bernas.
we give you your own space to talk.
but the only thing yang keluar dari mulut adalah untuk bermegah, menunjuk, meniru.


sorry, but we have our own ideas which requires our own creativity,
not just to follow others.
tu menunjukkan fikiran yang sempit.


you just keep living in your judge world
keep ordering people.
while you just sitting around,
and hoping that everything will be going smoothly and perfect,
AND  YOU NEVER TAKE ANY EFFORTS.
dont get mad if you read this, tetapi teserlah perangai gila kuasa anda.


p/s : is this a poem? no.



the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...