Kita Yang Perempuan




Ini tahun 2013. Dah nak masuk 2014 pun, tapi aku baru tahu tentang kewujudan blog jejaka ini - Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau. Kemain, masa beraya di rumah rakan-rakan semalam, aku adela juge sebut pasal ini, dan mereka ketawa berdekah dekah sambil mencadangkan aku untuk taruk nama blog seperti berikut :


BLOG AKU BUKAN BLOG OMAKKK KAUUU!


Kah kah kah. Bukan main lagi memasing. Enthusiastic benor bila bab letak nama blog ni. Namun tidakla aku ingin dan teringin untuk melakukan sedemikian, karang dituduh mempelagiat dan curi curi idea. 


Semasa beraya di rumah rakan semalam, aku begitu asyik memandang seorang anak kecil yang merupakan saudara kepada rakan aku. Suci dalam debu aje wajahnya. Sinar matanya pula....bagai api yang menyambar. Kah kah kah. Kalau mata ni tetibe sakit kemudian nampak pulak pipi budak tu macam lemang, dah lama aku kunyah.


Teringin ada anak sendiri ke jah?


Tidaklah macam tu. Cuma bila fikirkan anak kecil ni, pasti orang akan kaitkan dengan kahwin. Dan bila fikir pasal kahwin ni pula, pasti orang akan kaitkan dengan soal ilmu dan agama. Bila saling kaitan ini saling melengkapi dan membentuk satu sistem yang kompleks, barulah kebahagiaan boleh diraih. Hi hi hi.


Tahun 2013. Dah nak masuk tahun 2014. Masih ada yang mempunyai pendapat berbeza tentang soal kahwin, ilmu dan agama ini. Masih juga kita dengar bunyi-bunyi begini :


"Buat apa kahwin, nanti bukan boleh kerja pun. Tak guna dapat ijazah untuk kerja bagus kalau suami tak bagi kerja."


atau


"Tak gunalah belajar pandai-pandai, nanti duduk dapur jugak. Terutamanya perempuan tu, takyah sibuk nak bersaing sangat la, sibuk sangat nak kejar ijazah"


atau


"Takyah belajar tinggi-tinggi pun takpe, kalau muka lawa, kompem ada orang nak"


dan banyak lagi. Rase nak bagi penampor pun ade mereka ni. Ha ha.


Kemudian wujud pulak senarai harga mas kahwin mengikut taraf pendidikan ni. Lepasan UPSR, PMR, SPM dan segala bagai tahap pendidikan, semua ada harga tertentu. Kalau aku ni lelaki, memang kompemla aku tak setuju dengan penetapan harga macam tu. Suka hati je. Ingat senang nak cari duit?


Sedangkan aku yang perempuan ni pun tak berapa setuju. Terasa bagai didagang pulak. Sudahlah harga PHD kemahen mahal. Bayangkan kalau wanita-wanita kat luar sana belajar tinggi-tinggi kemudian tidak laku kerana harga mas kahwin terlalu mahal? Sudahlah macam tu, lepas tu umur dah lanjut! Siapa lah yang nak? Balik-balik yang laku ni budak UPSR jugak. Masih muda dan murah harganya.


Kalau kita yang perempuan ni berhempas pulas nak masuk universiti, sibuk nak belajar, nak dapat ijazah, master dan sebagainya, apa yang kita rasa? Ya, demotivated! Dehidrated! Kah kah. Kerana balik-balik kita yang perempuan ini akan dikaitkan dengan dapur, jeruk sawi, ikan masin dan sebagainya. Jauh menyimpang dari segala laptop, cecair-cecair kimia dan buku sekolah ni. Dan balik-balik yang belajar tinggi tu pun akan jadi andartu.


Pada sesetengah orang, mereka rasa hanya lelaki saja patut belajar tinggi, hanya lelaki saja yang patut kerja keras, lelaki saja yang patut berjaya. Semuanya lelaki saja! Kenapa? Kerana, lelaki ini yang selalu mencintamu...selalu...tanpa ragu.. Dan yang perempuan ni pula, kata mereka, layaknya di dapur, memahirkan diri dalam hal rumah tangga saja.  Kok bisaaa?


Sepatutnya kalau masih ada lagi fikiran yang macam ni, tak perlulah buat Deklarasi Putrajaya dahulu, yang kononnya mengangkat peranan wanita dalam pembangunan ekonomi. Eh, tersasul ke sabjek exam kite pulak.


Apa-apa pun, ilmu Allah itu luas. Takda siapa yang berhak tentukan sempadan ilmu seseorang. Tak termaktub dalam Al-Quran pun. Biarlah orang nak belajar ke tahap macam mana pun. Ilmu yang mereka ada akan digunakan bukan saja di dunia, malah diakhirat kelak. 


Juga tak perlulah kita menjadi penentu arah hidup orang lain berdasarkan ilmu yang mereka milki. Tak semestinya belajar tinggi balik-balik lepas ke dapur. Tak juga belajar tinggi hidupnya senang. Dan tak juga orang yang belajar tak tinggi, tak akan berjaya. Masa hadapan mereka, kita tak boleh teka. 


Usaha saja sebaik mungkin, ganjarannya nanti pasti ada. Pasti. Gittew.



No comments:

Post a Comment