mengejar mimpi, menggantung harapan

    setelah berusaha gigih saat peluang berada di genggaman, tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain berdoa dan berharap. selagi di hati kita masih mempunyai sebuah harapan, maka kehidupan kita akan dapat berjalan menuju kepada kecemerlangan pada masa hadapan.

    selagi kita mempunyai harapan dan motivasi, penderitaan yang dikandung pun tidak menjadi beban yang menyiksa. kerana HARAPAN seperti satu keindahan hidup yang akan datang bila ada kemahuan untuk meraihnya. jadi, walau betapa sukarnya kita menghadapi sesuatu keadaan itu, seperti paper spm yang membuat kekacauan, gantunglah jua sebuah harapan.

    saat dunia anda gelap, percayalah, akan ada suatu hari dimana Tuhan akan merestui untuk menjadi sebuah kenyataan bagi sesiapa yang mempunyai harapan.

    kualiti hidup bukanlah bergantung pada apa yang anda temui, tetapi pada apa yang anda lakukan untuk menangkis kesemua halangan. janganlah takut untuk mempunyai harapan, kerana pada suatu hari nanti harapan itu pasti menjadi nyata dan indah apabila kita percaya.

happy reading ;)

2 comments:

  1. kegagalan, kejayaan, kesilapan semua tu warna warni hidup. tanpa semua tu kita tak akan belajar untuk menghargai sebuah kehidupan. ;) selagi ada harapan selagi tu akan ada sinar ^_^

    ReplyDelete