12/02/2011

just be truth to who you are

    itulah lumrah hidup. bukan semua yang ada di muka bumi ni memaparkan karakter sebenar masing-masing. dan bukan jugak sebab sengaja tak nak memaparkan, mungkin malu dengan sifat yang akan tak disenangi, mungkin jugak sebab nak sama dengan orang lain.

    tapi mengenai yang memegang prinsip sendiri, dan menjadi diri sendiri. sebenarnya benda ini bukan semudah yang disangka. demi mencapai kehendak manusia bukanlah tugas kita sebenarnya. kita jadi diri kita sendiri dan tak perlulah nak hirau samada orang lain selesa atau tidak dengan kita, atau orang suka atau tidak kita bersifat begini.

    permasalahannya disini bukanlah tentang manusia yang menjadi diri sendiri. tetapi tentang penerimaan orang terhadap diri kita sebenarnya. orang selalu cakap 'be yourself'. tapi saat kita nak menjadi diri kita sendiri tu, orang lain bersedia ke nak terima kita seadanya? mungkin ada dan mungkin tidak. dan pada masa itu sebenarnya, kita menjadi tak keruan dan cuba fikir 'eh, okay ke aku buat benda ni?' 'tak salah ke aku cakap tadi?'. dah kalau itu diri kita, nak fikir apa lagi. mungkin kalau yang outspoken tu kena jadi pendiam demi menjaga hati orang, begitu?

    contohnya beginilah :

si A : eh okay tak aku nyanyi tadi?
si B : haa? HAHA. macam nak halau seladang je suara. okay apa!
    maka si A terasa hati. oleh sebab itu, si B kena menipulah? contoh :
si B : isy, aku gurau je. sedaplah sebenarnya.
    dan si B terus berpura-pura demi menjaga hati si A. di situ dah nampak, dia tak boleh menjadi diri sendiri sebab penerimaan orang terhadapnya bukan sama.

    bagaimana pun orang itu, kita bukan siapa-siapa nak menentukan sikap mereka. mungkin dah ditakdirkan mulut mereka begitu. berbisa, mungkin? terimalah manusia itu seadanya. tak perlu nak kecam mereka dengan pelbagai cara. kadang-kadang susah jugak asyik nak ikut hati je.

ni post sentap punya pasal.

No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...