teknologi. mana yang buruknya?


bercakap mengenai teknologi, pastinya yang berada di fikiran korang bukan sahaja Ipad, mesti tentang laman sesawan sosial Facebook. ya, Facebook. selain Facebook, teknologi berkelas tinggi juga memperkenalkan Twitter, Blog (sigh), Tumblr, dan banyak lagilah! haa, Pocodot pun termasuk gak. ape Pocodot tu, janganlah tanye aku, memang aku tak arif benda-benda pelik macam ni.

aku jadi kagum. impressed. teknologi kita sekarang memang tak dapat dinafikan lagi, memudahkan urusan kita yang selalu kusut dek kerja, anak-anak, rumah tangga dan sebagainya. Facebook lah contohnya, memang memberi kemudahan kepada orang ramai.

yang pasti, kalau ada yang cakap mereka memang tak tahu atau tak ada akaun Facebook, benar nampak ancient. bagus jugak Facebook ni, boleh menyebarkan dakwah. macam sekarang, aku di'add untuk group Halaqah. bagus jugak, selain boleh memperingatkan orang mengenai agama, boleh juga menimba ilmu yang kian cetek ibarat ombak pilu menghempas pantai ni. selain menghubungkan sahabat lama, sekarang yang aku nampak business online dah semakin aktif menggila di Facebook. tu satu kaedah yang bagus jugak, nak cari pendapatan sampingan kan. huih, kalau nak tulis memang panjang, konklusinya memang banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari teknologi sekarang ni.

tapi, ayuh kita renungkan. adakah kita benar-benar menggunakan teknologi ini ke arah yang baik? betul ke semua manusia yang merasai teknologi ini tidak menyalahgunakan laman sesawan ni? kalau nak berhujah dekat sini, memang payah nak cari keburukan teknologi sekarang. tapi kali ni aku nak kongsi apa yang aku nampak, aku rasa..

1) masyarakat menjadi lebih pemalas.
bila banyak kemudahan yang diberi, mulalah orang kita jadi naik minyak. mentang-mentang ada MMBM Online, boleh buat bayaran terus tanpa perlu kita membazirkan minyak. (ayat aku macam nak buat promosi). orang kita dah payah nak bangun pagi, sebab buat apa nak bergegas? kan boleh buat bayaran melalui online. selain itu, anak gadis yang terlalu asyik dengan Facebook sekarang ni, pagi petang siang malam terbit gerhana tenggelam matahari pasti menghadap Facebook aje kerjanya. maka, emak-emak mereka terbeban dek segala kerja rumah. aku sarankan kepada emak-emak yang geram sangat tu, hempas jelah netbook atau laptop diorang tu. habis cerita.

2)melahirkan pelajar yang tak kreatif dan inovatif
pelajar sekarang, kalau disuruh buat karangan atau ape benda ntah jenis kerja yang guru-guru bagi, mesti diorang tak gunakan kepala otak mereka dengan betul. pasal apa? goole je lah! kan boleh copy paste je sekarang ni. mudah, cepat, dan efektif tapi tak menjanjikan minda yang telus, bernas dan berkelas.

3)pemutus sillaturrahim
untuk lebih faham, aku selitkan sedikit dialog kat sini.

sebuah keluarga sedang makan-makan di restoran terkenal.
AYAH : haa, orderlah nak makan ape? cepat cepat. (sambil sibuk memandang Samsung Galaxy Tabnya)
IBU : ibu ikut je. along nak makan ape? orderlah.
ALONG : ayah lah order. (menjawab malas sambil melihat iPad miliknya)

perbualan mereka terhenti di situ setelah si ibu yang memesan makanan. suasana sunyi sepi disambut oleh bunyi keriuhan pelanggan lain. nampak tak kat situ, teknologi sekarang dah menguasai fikiran mereka sepenuhnya, sampai masa dengan keluarga pun terbatas. *kesian si ibu. haha.

err, nampaknya minda aku dah tak mampu dicerna dah saat ni. sorrylah, baca pendahuluan macam gempak je kan? padahal tiga point je aku bagi. aku memang macam ni, dari zaman sekolah lagi ;B



No comments:

Post a Comment