keserabutan yang tak pernah surut

    "ah! peduli apa aku. asyik nak jaga hati orang je!" beginilah antara dialog yang akan diucap sekiranya seseorang mencurahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kita. aku pun macam tu jugak kadang-kadang. tapi bila bercakap memang mudah, sebab selalunya otak takkan sempat menapis segala percakapan yang akan disampaikan bila kita tengah marah, sedih, serabut dan sebagainya.

    terutamanya bila berhadapan dengan kawan-kawan. macam biasalah, hati mereka kena jaga. sebab mereka kan kawan kita. kawan ni memang kena letak ditempat selepas kedudukan mak. tapi mungkin kita tidak tahu, samada kita ni diletak di bawah tapak kasut mereka. ya, kita tidak tahu semua tu. hanya mereka yang layak letakkan kita kat mana. hanya mereka yang layak nak judge kita macam mana. hanya mereka juga layak nak kawan kita sampai bila. mereka juga layak letak kita kat tempat keberapa selepas kawan-kawan mereka yang lain. Grrr~

    kadang-kadang rasa bosan jugak ada kawan ramai-ramai ni. nak kena jaga hati si A, hati si B, bla bla bla. tapi malangnya hati kita ni senang-senang je direnyukrentungkan. bila fikir-fikir balik, diam adalah cara yang terbaik. tapi bila diam, datang pulak satu masalah. yaa, dicop sebagai sombong pulak. bila banyak cakap, orang rasa anoyyed. contohnya macam aku, komen-komen kat fesbuk tu habis kena remove. menjengkelkan kut aku ni.

    sorry, bukan nak cakap aku ni sempurna tapi ni lah kelemahan aku yang paling besar bila ada dengan orang. aku memang takkan pernah pandai menjaga hati orang sampai aku tua nanti. eh, sampai aku mati. mungkin.

    sering aku cakap pada diri sendiri, tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati kita ni pun mudah-mudah je orang buat macam mainan Barbie Maraposa. menyesal pulak menjadi begitu peramah. lepas ni kena jadi semi-peramah jela. eh, apa pulak? SUKA HATI AKULAH NAK JADI APA PUN! terpulanglah kepada mereka-mereka tu, kalau faham aku macam mana, mereka akan terima aku seadanya. setakat ni aku bersyukurlah, kawan-kawan terdekat aku memang faham aku.

    ya, sedih. aku memang jiwa malam ni. sebab aku tak faham dan cukup blank bila ada yang berperangai begini. apa salah aku?? setiap manusia diberi personaliti yang berbeza. begitu juga perasaan. aku yang memang cukup kenal diri aku ni, dan aku tau aku memang susah nak tersentap macam ni.

    aku seorang yang sangat tidak hirau terhadap sekeliling. semua benda aku tak suka nak hirau. setiap kata, cacian, aku takkan sematkan walaupun semua tu betul. dan semestinya, semuanya bukan kearah kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan. semuanya berbaur kedengkian dan kelakhnatan. tapi aku tak ambil pusing. tapi hari ni, malam ni...

2 comments:

  1. a'ah btl btl..... ak un gitu gak... kalau cakap x suke nak betapis tapis ney...... DAH MEMANG MACAM NEY NAK BUAT CAM NEW EN.... pepe pown lantak org la nak cakap pew pown.... setiap manusia ney dicipta berbeza. heheh. loike loike loike....

    ReplyDelete
  2. humm. thanks laa. tapi macam kite lak yg berie nak bekawan kan? so, baik takyah ambik tau dah lepas ni, nnti org lain rase serabut lak ngan kita yg sibuk2. :)

    ReplyDelete