12/28/2013

Kain pasang vietnam.




Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menghirup nafas di hari ini.


31 Disember yang dinanti, seperti yang kita sedia maklum, Himpunan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup akan diadakan di Dataran Merdeka. Himpunan ini merupakan anjuran golongan bawahan dan bukannya anjuran parti politik tetapi telah ditukar oleh Buletin Utama menjadi 'Himpunan Gulingkan Kerajaan'. 


Diulang, bukan anjuran parti politik.


Alhamdulillah, syukur. Kita perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya negara kita tak teruk macam sesetengah negara lain. Naiklah harga banyak mana pun, rakyat perlu bersyukur.


Apa kata kerajaan? Tak suka Malaysia tak payah duduk Malaysia. Alhamdulillah, masih ada negara-negara lain.


Tak mampu bayar tol? Alhamdulillah masih ada jalan biasa. Harga ayam naik? Boleh beli daging pula kata mereka. 


Tak mampu bayar harga minyak? Naik basikal, atau jalan kaki. 


Tak mampu beli rumah? Tak payah beli rumah.


Memang rakyat nanti-nantikan jawapan bodoh begini dari pihak kerajaan.  


Rakyat yang membantah kenaikan kos sara hidup kini digelar pengkhianat agama, bangsa dan negara, kata mereka. Rakyat yang redha dan give up dan menyokong adalah rakyat yang baik, bersopan santun serta patut menjadi contoh rakyat, mungkin.


Mungkin.




p/s : Maaf sebab takde promosi kain pasang vietnam di sini.




No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...