Memadam memori.




Memori yang itu penting. Yang itu.


Memori yang itu mengajar kita supaya jangan terlalu percaya. Jangan terlalu ikut flow. Jangan terlalu keras hati. Banyak yang perlu diambil kira dari memori yang itu.


Ya, pernah juga aku kata, forgive but not forget. Tapi buat apa nak ingat memori yang itu? Buang masa.  Terlalu banyak kenangan manis yang perlu diingat, berbanding memori yang kelat. 


Kelat.


Pahit.


Peranan manusia iri hati yang keterlaluan mewujudkan perasaan benci. Lagi-lagi bila memori itu tidak dipadam. 


Hari ini aku minta maaf dan memaafkan. Aku dah padam memori itu. Mungkin aku juga dah memadamkan memori tentang mereka, manusia itu. Forgive and forget juga diakhirnya.








No comments:

Post a Comment