12/07/2013

Entri yang agak panjang - tajuk masih dalam proses



1


"Heyyy Fiza! Lama tak nampak awak. Makin gemuk kenapa ni?" tegur Dilah di pagi Isnin. Satu-satunya hari di mana mood Fiza akan down. Apatah lagi bila ditegur Dilah sebegitu. Dilah ni memang nak kena penampar agaknya. 


Dilah merupakan pelajar terbaik semester dua. Namun cara dan gayanya tak lansung menunjukkan ciri-ciri pelajar cemerlang. Lebih kepada kartun punya watak adalah. Entah apa rahsia dia pakai. 


"Lama tak nampak apanya. Cuti dua hari je kot," balas Fiza tidak puas hati.


"Weh jomlah cepat turun dewan, aku emcee hari ni. Karang tak pasal-pasal berasap hangus orang kat bawah tu," Ely memecah suasana bad mood lepas ambil blazer dia dalam locker kelas. 


Begitulah setiap Isnin.


Mereka bertiga berjalan laju menuju ke Dewan Al Farabi. Laju dia tu kalau ukur kalah kelajuan cahaya. Punyalah segan kalau masuk dewan lambat. Maklumlah pengawas kat belakang tu suka sangat pandang dengan mata berapi kat orang yang masuk lambat ni. 


Seperti biasa, rakan-rakan mereka yang lain sudah sedia beratur. Laila, Minda dan Shida, macam biasa juga dah siap bercekak pinggang kat barisan belakang. Kalau singa tengok jatuh saham spesies singa tu. Muka garang sokmo.


"Aii awal sampai," tegur Laila bernada perli. Ely sudah lesap dari pandangan umat manusia apabila dia memecut mengalahkan pelesit ke belakang dewan untuk persediaan emcee.


"Aku nampak korang belakang lori tadi, lori tu mak aihh. Bapak la besarnya! Kalaulah boleh bertukar macam Transformer, awesome sangat!" kata Minda. Ketawa berdekah-dekah dari mereka didengari sampai ke pendengaran Cikgu Memen yang sememangnya dok perhati mereka sejak tadi.


"Shhh. Mama Memen kat belakang tu pandang kitalah. Sakan berborak," Shida menyedarkan mereka dari perbualan yang memecah gegendang telinga.


Sekali lagi Fiza dan Dilah berlari anak ke barisan pelajar non-pengawas.


* * *


2


"Seha, kau siap PP tak? Nak pinjam. Isyy aku ngantuk betul malam tadi. Rasa nak terkeluar bijik mata hadap kerja ni. Tapi tak siap jugak. Meh sini nak pinjam," Nana gigih terang panjang lebar demi mendapatkan kerja Seha. Copycat betul tau.


Dan seperti biasa, Seha akan kata :


"Aku siap. Senang je ada kat jawapan buku latihan. Nah ambik la."


Proses tiru meniru kerja berlanjutan sampailah habis masa ketiga iaitu waktu MUET, yang lansung tiada guna. Entah kenapa masih ada subjek ni walaupun exam MUET dah habis. Obviously melaghakan pelajar yang memang suka melagha.


Semasa proses tiru meniru ni berjalan, tak dengar satu suara pun melainkan :


"Woi bak jawapan yang bahagian B."


Takpun,


"Weh Kaklu, soalan 4 ade kat kau ke?"


Atau


"Mira O, pinjam soalan kau jap."


Dan


"Yaya, kau tengok ni, kau salin jawapan ni dua kali. Bak la sini bagi aku sehelai."


Ni semua sebab Cikgu Rasyid.


Takut sangat mereka dengan Cikgu Rasyid, merangkap cikgu PP, merangkap bapa bagi kelas itu. Segala amaran yang diberi olehnya dianggap realistik bagi pelajar sekelas, walaupun mereka tahu Cikgu Rasyid tak pernah memukul. Acah-acah pegang rotan besar tu selalu la. 


Namun ketekunan mereka semua ini tidaklah lama mana. Ketebalan iman yang mereka miliki sangatlah tidak tebal, malah nipis, orang kata kalau ukur pakai mikrometer sekrup tak capai ukuran 0.01 mm pun. Lebih-lebih lagi bila godaan yang berkaitan dengan KANTIN.


"Weh dah rehat wehhhh. Moh rehat moh rehat! Tengok jam dah pukul berapa," Kata Syuk sambil menunjukkan jam yang baru pukul 10.00 pagi.


Diikuti dengan Amir, Hafey, Mat, Mus dan lain-lain, sambil jalan langkah panjang menuju ke kantin. Paling drama bila mereka berjalan sambil gosok-gosok perut. Membuatkan orang lain turut melangkah kaki. 


Pergerakan mereka diikuti oleh mata pelajar-pelajar perempuan yang seolah bengang dengan tindakan mereka yang tidak mematuhi undang-undang tu. Rehat pukul 10.10 pagi! Sesedap kerabu je buat jadual sendiri! Getus pelajar perempuan. Sebenarnya mereka dengki, sebab dah cadang nak keluar paling awal.


"Hello, sorry sikit! Rehat pukul berapa? Jangan nak buat hal," kata Fiza ala nerdy.


"Hello! Berjalan ke kantin tu dah makan masa lima minit! Nanti proses membeli makan masa lima minit! Lagipun, kami tak makan, kami beli je," jawab Syuk diselangi tawa yang berdekah-dekah.


Fiza menelan air liur. Sabar je la budak tak tau undang-undang ni.


Tapi perut manusia manalah yang tahan bila mengenangkan ayam goreng tepung mak cik kantin tu. Makan pulak dengan nasi lemak. Kalau teringat boleh berbaldi air liur. Boleh menyesal seumur hidup, ibarat sesalan yang tiada pengakhiran. Begitulah umpamanya.


Farah, Adila dan Nadiah menoleh ke arah pelajar perempuan lain.


"Bilalah diorang nak ke kantin ni. Nerd sangat pehal."


Selang dua minit lepas renungan yang hampir juling tadi, pelajar-pelajar perempuan yang bajet patuhi-peraturan-takut-cikgu-mengata ni terus meluru ke kantin. Tak boleh tahan dah. Risau kot kot nanti ayam tu habis dek Mat yang suka sangat mengayat makcik kantin.


Tanpa sedar ada mata yang memerhati langkah mereka.


* * *


3

Lakuan motor dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembelajaran motor dan kawalan motor. Pelaksanaan prestasi, pencapaian dan gaya, serta hasil proses dalaman dapat mengarahkan kepada perubahan yang kekal dalam pencapaian atlet. Lakuan motor melibatkan semua pergerakan dan gaya yang ditampilkan, serta melibatkan proses yang menuju ke arah pengekalan gaya persembahannya.


Ely mengerut dahi. Subjek sains sukan bab lakuan motor ni memang membunuh. Bahasa dia nak dekat sama dengan bahasa Serbia. 


"Pebendelah buku ni. Tulis la elok-elok. Nak bagi orang faham ke takk. Hisyy," Helaian bahagian belakang laju diselak. 


"Seriously aku baca menda ni sepuluh kali. Entah ape je ntah," Sela Laila tidak puas hati.


Fiza yang sedang khusyuk membuat nota laju mengangkat muka. 


"Apa dia? Bab apa?"


"Diorang study lakuan motor tu," Celah Minda.


Ely mengurut dahi. 


"Boleh migrain aku," Ely tangkas bangun menuju ke bilik guru yang terletak di hujung bangunan. Matanya terpaku melihat Kaklu dan Syuk yang sedang tersengih-sengih berdua. Ek? Dia meneruskan pergerakannya, malas mengambil kisah. 


"Kejap lagi masa Sains Sukan. Baik study sebelum Pokmi (nama timangan Cikgu Rohaimi) buat ujian. Kejap lagi keluar dia punya soalan tahap mega tu mau terkencing," kata Fiza.


"Bukan susah sebenarnya, tapi banyak sangat kena hafal. Malas rase," Nana mengangkat muka dari Candy Crush Saganya. Salah satu pelajar yang suka sangat seludup objek haram ni untuk main game


"Fiza, cuba awak terangkan kat Yaya tentang psikologi ni." Yaya meluru ke arah Fiza yang tengah terkumat kamit menghafal simptom hipoglisemia.


"Yang ni....Em senang je kalau awak fahamkan. Setiap sub tu awak ingat dia punya sub-sub kecik."


Yaya mengerut dahi. Kelam.


"Bukan, maksudnya macam ni... ni," telunjuk Fiza menari-nari di atas tulisan besar di buku Yaya. "Awak tengok tajuk besar dia, pastu ingat apa yang terkandung dalam dia tu. Contoh, dalam Psikologi ada 3 bahagian, ingat setiap bahagian, sekali dengan definisi tu."


"Ohh, okey. Terime kasih!"


Fiza kembali ke simptom hiperglisemianya. Dia punya kumat-kamit tu, macam orang hafal kod nuklear. Sekali dengan riak wajah yang tak lansung nampak tenang tu.


Kepalanya terangkat sikit apabila mendengar kuakan pintu kelas. Cikgu Rohaimi dengan kemeja hitammya macam biasa masuk ke kelas ala ceti mintak hutang. Terus menerpa ke meja paling hadapan.


"Mana yang lain?" Soalan biasa dari beliau.


"Keluar. Buat hal sendiri," jawab Shida yang berada dihadapannya.


"Ok, harini kita bincang pasal amali untuk esok. Kita buat fartlek ye,"


Mendengar perkataan fartlek itu, suasana tegang tadi jadi riuh serta merta. Bunyi macam lembu kena sembelih, bunyi lebah kena kacau dengan Abu, macam-macam bunyi tiba-tiba muncul.


"Alaaa, penatla amali ni,"


"Cikgu, skip jela yang ni. Letih aaa,"


"Seriously???? Fartlek? Damn," Entah suara kurang ajar mana ntah ni.


"Em nampaknye kena berlari 4 jam la kat jog lane petang ni,"


"Ok, nak atau tak, kita buat amali ni esok. Siapkan alatan yang atas kertas tu," Encik Rohaimi meneruskan taklimatnya walaupun muka pelajar dah macam bayi tertelan belacan.


* * *


4


"Saya memang tak faham dengan kamu semua! Cuba sedar sikit! Exam dah dekat! Kalau macam ni usaha kamu, mintak maaf saya cakap, kamu tak akan kemana. Tolonglah korbankan masa sikit," Cikgu Thubiahana berkata tegas. Kening dia harini lain macam. Nampak garang sungguh!


Semua pelajar memaparkan wajah kesal. Betul kata cikgu tu. Namun mereka tak pernah sedar. Sibuk melakukan perkara yang tidak memberikan kesan jangka panjang. Event itulah, majlis inilah. Minggu hadapan pula kena handle annual dinner.


Kalau ikutkan hati mereka tak ingin pun attend benda alah dinner tu. Sudahlah renyah, nak buat benda tiga jam tu pun macam mencari musuh futuristik. Ingat nota PP tu dah khatam sangat? Over nak handle majlis.


Minda mengeluh. Dia penat berhadapan dengan situasi macam ni.


Begitu juga dengan yang lain. Memaparkan muka bersalah-sebersalahnya di hadapan Cikgu Thubiahana, lebih-lebih lagi yang terlibat dengan panggung haram.


Boleh pulak, waktu senggang dihabiskan dengan tayangan panggung haram dalam kelas? Itu belum kira sesi potluck yang entah berapa kali seminggu.


Segalanya berpunca dari Laila dan Fiza. Laila berperanan menyediakan koleksi rancangan yang menghibur hati (dirahsiakan di sini), diseludup melalui pendrive dengan alasan nak print PBS. Fiza pula dengan gigihnya membawa laptop kesekolah kononnya PBS masih tak siap. Takpun, guna alasan nak buat presentation. Takpun, nak edit itu ini, dan macam-macam alasan.


Setiap kali nak dekat waktu rehat, mereka yang berminat akan berkumpul di belakang dan menanda tempat paling dekat dengan skrin. Semuanya nampak macam budak empat tahun yang baru jumpa cerita Upin dan Ipin.


Oleh kerana kelas mereka soundproof, gelak dekah-dekah pun tak jadi masalah.


Tapi pada hari tu, mereka dengan gedik-gedik manja demand untuk tutup lampu. Melebih-lebih ke tahap tinggi. Dah kasi wayang free, demand nak bergelap pulak.


Kebetulan pulak, Cikgu Thubiahana masuk dalam keadaan mereka semua gelak ternganga, berkumpul di satu tempat memandang ke hadapan.


"Assalamualaikum. saya nak jumpa.." Cikgu Thubiahana belum sempat menghabiskan ayatnya terkesima melihatkan posisi pelajar yang sangat menimbulkan tanda tanya.


Matanya bulat.


Mereka menjadi kaget. Kalau selama ini mereka boleh bagi seribu satu alasan, kini tidak lagi bila bukti dah memang depan mata beliau. Mereka kini dah macam patung. Kaku dan hanya tunggu dihambur kemarahan.


Kejadian tu semestinya lekat di ingatan pelajar, apatah lagi cikgu. Nasib menyebelahi mereka apabila cikgu tidak menghebohkan hal itu di bilik guru. Juga bernasib baik, mereka tidak didenda dengan benda yang pelik-pelik.


'Ala lepas ni start la balik.' Minda bermonolog sendirian. Dijelingnya Fiza dan Ely yang berada di sebelah.


Wujudnya masalah dengan guru-guru di musim exam adalah perkara yang sangat mereka nak elak, kalau boleh mereka tak nak termimpi pun, taknak terbayang dek akal sekalipun. Oleh sebab benda ni dah jadi, mereka jadi takut. Semangat mereka hilang.


Walaupun subjek PA yang diajar Cikgu Thubiahana adalah antara subjek yang senang, tapi risikonya sangat tinggi. Yang menghairankan, semester lepas merupakan soalan yang sangat senang, senang dia macam kacang dalam paket yang dah terbuka - tinggal makan je, tapi masih tak ramai yang skor.


Sebab tulah untuk semester ni, Cikgu Thubiahana agak strict, walaupun student target A macam Dillah tu pun dimarahnya jugak.


"Aku rase sem ni macam susah je soalan. Aku risaula, dah la tak cukup masa jek kalau exam," Kata Kaklu selepas Cikgu Thubiahana meninggalkan kelas. 


"Ah jangan kata kau je Kaklu. Aku ni dah la dengan repeat paper lagi. Memang masak aaa," kata Nana sambil menggelengkan kepala.


"Dari pagi tadi aku tengok cikgu bad mood. Padanla, memang mood nak marah kat kita rupanya," kata Mira O, kesal.


Perbualan mereka kalau sekali dengar tak ubah seperti orang yang menyesal bak tiada ending. Sangat muhasabah diri. Inilah sekali yang dapat dilihat Shida, Laila dan yang lain-lain tekun menghadap nota PA, tekun buat latihan PA.


Udin yang mencuri dengar perbualan mereka turut tertunduk. Tiba tiba dia terkenang kecemerlangan yang diraih olehnya pada semester-semester lepas. Sangat membanggakan. Tapi semester ni masalah yang timbul terlalu banyak. Apatah lagi masalah cintanya dengan Laila.


Sebenarnya dia sendiri malas ambil pusing dengan Laila yang kuat merajuk. Pantang bercakap dengan junior sikit, dah mulala nak cemburu, lepas tu bermasam muka dalam kelas. Tapi macam mana pun, Laila itu tetap buah hatinya. Fikirannya menjadi celaru.


'Kenapa dengan aku ni. Patutnya fokus tang exam ni,' Udin bermonolog sambil meluku diri sendiri. Sekali tengok dah macam Man Tempe yang gila di kampungnya.


Dia memerhati Mat yang sejak tadi tekun menghafal nota. Masa Cikgu Thubiahana bercakap tadi pun, dia masih menghafal. Memang confirm masuk telinga kiri keluar ikut kanan. 


* * *


5


"Mus, awak study macam mana kat hostel? Saya tengok awak asyik ngantuk je. Mesti study sampai pagi kan," kata Dillah yang tiba-tiba mewujudkan kegelian dengan membahasakan dirinya 'saya' dengan Mus.


"Haishh takdelah. Banyak lagi kena baca ni. Dah la tang esei tu kureng sikit," kata Mus, penuh strategi.


"Ish tapikan, esei ni dia takkan bagi markah kalau isi ko tak berkait dengan dasar," Celah Hanim yang entah datang dari mana.


"Saya tak pasti jugak pasal ni. Cuba tanya Ely," kata Dillah.


"Shaid dengan Abey mana, Dillah? Dari tadi tak nampak," Mus bersuara.


"Tadi kena panggil dengan Cikgu Azaman. Entah kenapa. Tapi macam serious je."


Dillah tiba-tiba bangun kemudian mundar-mandir di hadapan kelas. Seolah cuak mendengar jawapannya sendiri.


'Hishh kau ni kenapa. Kau ni kenapa.' Dillah mencepuk mulutnya sendiri.


Sepertinya ada sesuatu yang berlaku antara dia, Shaid dan Abey.


* * *


6


"Saya sebenarnya taknak benda ni dihebohkan. Jadi sebelum apa-apa berlaku, awak berdua cerita jelah dekat saya apa yang berlaku. Tak payah nak segan-segan. Sebab ni membabitkan batch awak. Membabitkan air muka cikgu," terang Cikgu Azaman selaku GPK HEM bagi batch pioneer ni.


Shaid dan Abey tunduk. Mereka tak salah, tapi kalau mereka menceritakan hal yang benar, mereka akan dilihat macam pengadu pula. Orang yang suka mengadu dekat cikgu ni orang-orang yang loser aje.


Shaid memandang Abey meminta kepastian. 


"Macam ni lah cikgu. Sebenarnya kami tak salah. Tapi kami tetap takkan cerita hal sebenar. Kami mintak maaf. Tapi kami taknak cerita tak bermaksud kami yang salah," kata Abey.


"Ye cikgu, kami tak kisah. Cikgu denda je la kami," Shaid juga tetap dengan pendiriannya.


"Awak ingat saya ni apa awak nak cakap macam tu? Suka-suka hati nak suruh saya denda, sedangkan kamu berdua tak menegakkan kebenaran. Kamu jangan nak buat lawak dekat sini, apa yang saya nampak tadi tu sangat mencurigakan. Awak berdua buat apa dengan Noor Fadzillah?"


Diam.


Kalau mereka cerita, mereka dah membabitkan pihak lain. Kalau tak cerita pulak, mereka yang kena tuduh. Mereka taknak hebohkan cerita ni, sedangkan tuan badan yang kena pun suruh senyap je. Lagipun, Abey risau tembelangnya pecah kalau budak tu disoal nanti. Kesnya dengan Cikgu Adam.


"Er..sebenarnya macam ni cikgu...." Shaid membuka cerita.


Hafey membelek-belek projector kelas yang tiba-tiba tidak berfungsi itu. Dia memang tidak mempunyai kemahiran dalam membaiki alat-alat teknologi ni. Selama ini yang dia tahu hanyalah main dam dan conteng-conteng papan putih dalam kelas.


"Isshhh susah pulak benda ni nak elok. Dillah, nampak Abey tak? Dia je pandai baiki benda ni tak silap aku." 


"Tak taulah, rasanya dia dengan Shaid pergi dewan tadi. Diorang kena prepare dewan untuk majlis esok," kata Dillah.


"Em, macam ni lah. Kau tolong aku panggil Abey kejap. Kejap je," arah Hafey ala-ala Raja Palembang. Nasib baik lah Dillah tu innocent je, boleh ikut kata orang.


Dillah pun mengatur kaki ke dewan. Dari jauh dia nampak dewan itu suram saja. Ek? Ada ke tak orang dalam ni?


Sesampainya di bahagian belakang dewan, tangannya ditarik kasar.


"Oi! Apa ni woi! Lepas lah!" ronta Dillah.


Seorang pelajar yang entah-form-berapa mencengkam tangannya kasar. Sudahlah belakang dewan tu gelap dan sunyi aje, membuatkan Dillah makin takut.


"Woi lepas lahh! Lepas lah bongok!" kaki pelajar itu ditendangnya. "Kurang ajar betul!"


"Eh kau dengar sini ek. Aku nak kau dengar betul-betul. Aku tau apa yang kau buat dekat aku dengan Tasha. Kau yang report dekat cikgu kan pasal hal kami? Eh jangan nak jipang sangat boleh tak?!"


"Hal apa? Eee gila betul lah. Saya tak kenal lansung awak. Jangan nak perasan sangat. Awak tu artis ke saya nak sebut-sebut? Ingat saya kisah sangat?" kata Dillah, bengang.


"Tak mengaku pulak minah ni," serta dengan itu, satu penumbuk diberi ke Dillah. Dasar lelaki gila.


Jeritan Dillah didengar kuat sebelum terjelopok ke bawah.


Abey dan Shaid yang kebetulan menghala ke arah dewan, berlari mengalahkan Ussain Bolt apabila mendengar suara yang familiar tu.


"Ya Allah. Dillah! Kenapa ni? Woi!" Shaid menggelabah melihatkan seorang pelajar lelaki yang entah-form-berapa itu dengan Dillah yang masih terjelopok ke lantai.


"Kurang ajar!" Abey terus mendapatkan peajar lelaki tersebut. Memang nak dibelasahnya cukup-cukup. Dahlah badan kecik, ada hati nak pukul perempuan. 


Shaid yang masih kaget hampir terlopong melihat tindakan Abey. Begitu juga dengan Dillah. 


Pelajar lelaki tersebut berusaha melepaskan diri dari Abey, dan terus lari keluar dari belakang dewan. Dia pun kenal Abey, senior hostel yang kalau marah tak pernah buat benda tak pecah, atau rosak. Pernah sekali masa dia kantoi merokok dekat belakang tandas dengan Cikgu Adam, habis kereta Cikgu Adam dipancitkannya. Tapi hal ni dia je yang tahu. Dia nampak sendiri Abey yang melakukannya.


Abey meraup wajah. "Kau okey tak Dillah? Dia buat apa sebenarnya?"


"Apa awak semua buat ni!!!" jeritan Cikgu Azaman yang mengalahkan enjin helikopter mengejutkan mereka. Dengan keadaan yang meragukan, dalam keadaan yang gelap begitu memang wajarlah Cikgu Azaman marah sangat.

* * *


7


"Apa yang paling penting untuk diingat ialah, konsep. Kalau awak tak tau konsep maka awak tak dapat lah jawab. Itu saja, konsep saja kalau awak malas membaca. Dengan konsep yang sikit tu awak boleh goreng semua soalan," Cikgu Wan Kerana menghabiskan kata-kata azimatnya sebelum mengakhiri kelas.


Seusai keluar, kelas kembali hingar.


"Huaaaa ngantuknya lah rasa. Rasa macam hilang kornea kejap," kata Shida selepas menguap sopan.


"Eh ko rasa, Kaklu dengan Syuk tu ada apa-apa ke? Dari tadi aku tengok asyih sengih je berdua." kata Minda perlahan, risau didengari rakan yang lain.


"Dah kenapanya kalau diorang ada apa-apa? Sesuai apa aku tengok," kata Shida.


"Ish kau ni. Bukan apa, aku risau Kaklu tu kena je nanti. Maklumlah, Syuk tu ramai peminat, buatnya ada die-hard-fan si Syuk tu, maunye bikin panas."


Shida ketawa kecil. Dijelingnya Dillah yang diam dari tadi. Dia cukup kenal dengan Dillah, manusia yang akan diam bila ada masalah saja. Kalau tak, mulut tu macam gunung berapi, berapi berapi ayat keluar. 


Kalau ditanya pun, Dillah akan merahsiakan masalahnya. Memang begitu sikap dia, tak suka membesar-besarkan hal.


Dia menghampiri Dillah yang muka dah macam ikan perkasam tu.


"Shidaaa! Oi Shida!" Langkahnya mati apabila namanya dijerit Laila. "Kau mari sini. Tengok wajaran kau ni. Not bad apa."


Misinya mati. Baru saja dia berniat nak korek rahsia. Hish Laila ni..


"Mana..." langkahnya diayun ke arah Laila."Memang la not bad, tapi rasa tak tenang la. Eh, aku takde mood la nak bincang pasal ni. Esok je lah ye."


Laila mencebik.


* * *


8


Kini cerita tentang Dillah dengan pelajar lelaki yang mengugutnya itu dah pun tersebar. Begitu juga dengan hal Abey dengan Cikgu Adam.


Cikgu-cikgu dah masing-masing pening. Perasaan mereka bercampur- baur. Nak dimarah karang, memberontak sakan pulak budak-budak ni. Nak dilayankan sangat nanti, naik minyak pulak.


"Aku tak sangka Dillah boleh rahsia benda ni dari kita. Abey dengan Shaid pun.." Syuk memulakan bicara dalam kelas. Masing-masing tengah termenung mendengar berita tersebut.


"Tapi kalau aku pun, taknak kecoh. Takut kot," kata Mat.


"Kesian pun ada. Apasal benda ni dia pendam sorang-sorang. Tapi kau kenal tak budak lelaki tu? Tak silap aku orang panggil dia Man Plastik Gila., duduk Taman Jaya Diri," celah Kaklu dengan bicaranya seperti Gossip Girl.


"Man Plastik Gila?? Plastik gilaaaaa," gurau Syuk, seolah teruja dengan perkataan tersebut.


"Apasal? Dia jual plastik? Ke dia gila plastik? Gila tipu-tipu." Mat menyambung mengarut yang tiada henti.


"Haishhh entahlah pulak. Tapi dia memang saiko sikit la. Satu taman tu dah kenal. Kena gantung sekolah dah pun," jelas Kaklu.


"Assalamualaikum." Perbualan mereka terhenti apabila salam diberi.


Seorang pemuda yang agak kacak berdiri di muka pintu, dengan senyuman yang sangat manis. Di sisinya terdapat Cikgu Azaman yang juga turut tersenyum macam baru lepas dapat RM130 juta.


"Ni...saya diberitahu dekat sini, ada pelajar kita yang mahir berbahasa Jepun. Jadi cik ni datang nak interview pelajar tersebut untuk teruskan pembelajaran di Jepun, sebab dia ada kelebihan dalam bahasa ni, dan aktif dalam Kelab Bahasa Jepun. Boleh saya jumpa pelajar tersebut? Siapa ye? Fiza kalau tak silap..." kata Cikgu Azaman.



No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...