12/06/2013

Latipah Pamatun




"Mak, Tipah nak sangat merasa popular," suara Tipah memecah kesunyian di pagi itu, sekaligus memecahkan gegendang telinga emaknya.


"Popular apa kejadah pulak engko ni," rungut emak Tipah, kasar. Kemudian dia menyambung kerja menumbuk sambal membuat rencah nasi goreng untuk pagi itu.


"Ala, yang selalu masuk surat khabar tu. Nanti kalau popular, ramai orang minat. Lepastu kan mak, kalau betul-betul dah capai tahap popular yang tinggi, boleh menang kereta tau mak. Hmm." Tipah meneruskan angan-angannya. Sampai juling-juling matanya meramal masa depan.


Emak Tipah mencebik.


"Hisy emak ni, kalau Tipah cakap emak bukan nak dengar kan. Nak kata Tipah berangan la tu," kata Tipah seakan tidak puas hati.


"Dah memang engko tu kuat berangan, aku yang beranakkan engko, aku kenal sangat Tipah oi."


Tipah meneruskan kerja memotong sayur kangkung. Emaknya memang payah dibawak bercerita. Apatah lagi nak berunding, berbincang, bermain besikal dan bermain pondok-pondok. Tipah pun sudah biasa akan hal itu. Emaknya mungkin dilihat seperti kasar, namun hatinya baik.


Emak mana yang tak baik hati. Ada ke emak jahat di muka bumi ni? Kut ye pun ada, mereka masih mempunyai sekelumit kebaikan kerana masih sanggup melahirkan anak-anak mereka.


*  *  *


"Tipah, cepat tengok siapa datang tu. Aku tak boleh tinggal menumis ni karang hangit pulak."


Tipah pun berlari-lari cucu ke beranda rumah. Keningnya sedikit kerut melihatkan kereta besar yang berada betul-betul di hadapan rumahnya. Tipah sendiri pun tidak dapat memberi nama yang spesifik bagi kereta itu, kerana dia sendiri jarang melihat kereta.


Lepas tu seorang pemuda yang boleh tahan wajahnya keluar dari kereta mewah tersebut. Tangannya menarik-narik coat di dada kemudian membetulkan letak cermin matanya. Ala, macam cerita Sterwei Tu Heven tu..


Tipah terkesima.


"Maaf, adik, boleh saya tanya, ini ke rumah Latipah Pamatun?" tegur lelaki muda itu.


"Ye sayala Latipah. Pamatun tu nama ayah saya. Panggil saya Tipah aje. Kenapa encik cari saya?" Terang Tipah panjang lebar.


Pamatun? Macam nak sama dengan pomegranate aje. Pemuda itu bermonolog sendiri.


"Errr, macam ni. Saya diberitahu adik Tipah ni..." Belum sempat pemuda itu menghabiskan saki baki ayatnya, emak Tipah dah meluru keluar. Mulut pemuda itupun masih belum tutup sepenuhnya, dek terlalu kaget dengan cara emak Tipah tu.


"Ha, nak cari apa ni??" Tanya emak  Tipah. Agak kasar di situ. Baginya dirinya itu dah cukup peramah, cuma tanggapan orang je yang selalu menganggapnmya sombong. Perasan friendly la kiranya emak Tipah ni.


"Assalamualaikum makcik. Err nama saya Hazama. Saya diarah untuk menjemput Latipah Pamatun ke Kuala Lumpur, oleh bos saya." Walaupun kurang lancar, niat pemuda itu sampai jelas ke emak Tipah.


Emak Tipah mula kerutkan dahi ala baju yang kedut seribu tu. Bukan patah seribu hatiku tau.


"Amboi mudah benor bos ngko ni. Sape bos ngko sape? 


"Bos saya? Datuk Rosyam Nor. Kenal tak? Entahlah, dia bagi saya nama dengan alamat ni ha. Saya ikut je lah. Dia nak jadikkan Tipah ni pelakon la agaknya," jawab pemuda tersebut, penuh tenang.



No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...