BT.




Assalamualaikum dan salam sejahtera. rasanya tak perlu kot buat statement ala ala "tiup cikett blog ni, dah bersawang gila dah. fuhhh fuhhhhhhh" tu. perlu ke?



Ok, buat masa sekarang aku dah di sem dua. Alhamdulillah semua macam berjalan lancar. cuma....sem 2 ni dah macam orang tak hidup je. Memandangkan aku ada mengambil subjek sains sukan sebagai mata pelajaran tak wajib aku (haha), agak lawak menggelarkan diri sebagai ahli sukan sebenarnya. oh, tajuk BT tu, bukan boys terrace. - bleep test


Kehidupan aku bagai ditiup taufan katrina tambahan lagi di sem dua ni terlalu banyak amali bagi subjek sains sukan. Aku....bukanlah terlalu aktif dalam sukan, tapi nak cakap lembik tu tak lah jugak. Sebab pernah jugak dapat nombor 9 dalam rentas desa dulu. Tapi....kaedah sukan yang diterapkan dalam tingkatan enam ni agak mencabar fizikal dan mental aku apabila ada amali yang bertajuk 'bleep test'.


Bleep Test. dengar macam aku melawak, tapi mungkin kalian percaya kalau aku kata aku hampir gagal buat amali yang ni. haha, larian ulang alik 20 meter yang menguji kardio respiratory dan setiap 1 level memerlukan 7 kali pusingan! *pengsan


untuk itu, aku memulakan hidup saya sebagai orang yang sihat dan cergas. setiap petang termasuk hari persekolahan, aku akan berjoging di jog lane sedia ada. bukanla jog lane sangat.....tapi bolehla nak gelar macam tu. setiap kali joging, alahai...aci semput je -..-


maka hasilnya : 1) latihan amali bleep test 1 : level 2.3
                        2) latihan amali bleep test 2 : level 3.6
                        3) amali bleep test : level 4.2


amali bleep test yang sebenar belum diadakan lagi. wish me luck - isnin depan.


sampai sini saja. aku rasa bosan menulis, apatah lagi yang tukang baca. salam, bye



No comments:

Post a Comment