Kabur 1

"Sekarang cakap! Siapa Yusuff ni?? Aku tanya jawabla, jawaabbbb!" tali pinggang mula dirungkai dari pinggang. Perasaan marahnya tak siapa yang tahu.

"Kawan bang, kawan ofis Uma." tersedu dia menuturkan. Tak sanggup lagi berdepan dengan kemarahan suaminya seperti kerasukan syaitan. Sudahlah berwajah buruk, ditambah lagi dengan muka bengis yang sengaja dibuat-buat sebentar tadi, cukup untuk membuatnya pengsan. Dia sendiri seperti sudah terperangkap dengan permainan rakannya sendiri. Dia sendiri tak pernah tahu rakannya itu ada hati padanya, sehingga sanggup mencipta satu cerita yang membuahkan hasil seperti sekarang.

"Kawan? kepala hotak otak kau! Kawan apa kalau panggil sayang??! Kau ingat aku bodoh?". Arjuna semakin berang. Terasa seperti budak kecil apabila isterinya mempermainkannya begitu. Dia ada maruah juga.

"Abang, dengar sini. Saya...saya......"

"Saya apa?! Kau ni memang...." PANG! Satu libasan tali pinggang melekat pada paha Uma. Dia menjerit kesakitan.

Kelibat mereka berdua di hentian bas itu menggamit pandangan orang awam. Namun apabila hal yang berkaitan dengan rumah tangga, mereka sendiri pun jadi takut untuk masuk campur, apatah lagi si suami itu sedang memegang tali pinggang. Khuatir juga mereka kalau-kalau mereka pun dilibasnya sekali.

"Abang...dengar dulu penjelasan sayaa....." Suara Uma hampir tenggelam dek tangisannya. Terasa sebak sekali bila diperlakukan sebegitu. Dia bukan anak kecil, dia sendiri pun tidak mengerti apa-apa tentang pesanan ringkas yang dimaksudkan oleh suaminya. Setahu dia Yusuff rakan pejabatnya itu tidak pernah menghubunginya melalui telefon.

"Aku jaga kau, aku kutip kau dari ayah tiri kau yang gila tu. Kau tak ingat jasa aku. Kau sedar tak aku ni siapaaa???! Aku suami kau!" Suaranya meninggi.

Dan mereka terus diperhati oleh pejalan kaki yang lalu disitu, termasuklah pemandu-pemandu bas yang hampir terlewat kerana leka dengan drama di depan mereka.

1 comment:

  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete