live it.

 Memandangkan musim mengambil keputusan spm ni dah menjelang, aku mencuri peluang untuk menyatakan sebanyak mungkin perkara yang telah lama bersirat serabut dalam otak kusut ni. Amatlah tidak wajar kiranya kalau aku post benda-benda yang seumpama dengan ini di facebook mahupun twitter. Semuanya sebab sudah terang lagi bersuluh, memang aku yakin 170% yang news feed di facebook hanya dipenuhi dengan budak-budak yang sebaya dengan aku, manakala di twitter pulak tak menang tanganlah aku ni mengadap TL yang panjang berjela, semuanya sebab satu perkara  - TAKUT.

Tidak dinafikan, aku pun mempunyai perasaan yang sama, kerana aku juga seorang manusia, dilahirkan mempunyai perasaan takut walaupun kadang-kadang tidak memberi reaksi yang sepatutnya jika sesuatu perkara itu berlaku. Namun, apalah daya, tak dapat jugak aku membuang perasaan takut tu, walau dah bermacam usaha yang aku usahakan.

Mana taknya, memang tak hilang la perasaan takut tu. Ni SPM beb. Bukan ujian P1 ke P2 ke. Sebab-sebabnya mungkin seperti yang tersenarai : satu.sebab aku takut. Dua.sebab aku memang takut. Tiga.aku takut dan takut. Kesimpulannya memang aku fikir ‘yang aku ni kenapa takut sangat?’. Agakla, perkara tak boleh dielak, kan?

Tapi dalam takut-takut aku tu pun, aku berserah dan redha sekiranya ditentukan result aku terbalik seperti diharapkan. Aku ikhlas menerima ujian ini. Dan aku percaya tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dan aku berpegang teguh pada lirik lagu Son Of Man yang berbunyi : ‘trust your heart, let fate decide, to guide this lives we see’. Theme song cerita Tarzan tu.

Kalau dibuat ujikaji ataupun comparisons sekarang, bandingkan riak muka aku dengan sawi layu kat belakang kedai makan ni, aku rasa serupa je. Tak lain, tak ubah. Ditambah pulak ujian phsycology yang aku hadapi tiap saat apabila makcik-makcik cleaner yang penyayang dan mengambil berat itu bertanya, “macam mana? Ketar tak nak tunggu result?” ß ada nada mengejek di situ.

Tak apalah. Aku terima dengan hati terbuka setiap ejekan dan tomahan itu. (emo. Padahal takde sape ejek pun). Aku sedar diri aku yang bukan sebagai top student ni. Aku sedar, aku sedar. 

No comments:

Post a Comment