Sekarang lain.




Dunia ni macam roda, ya kau tau. Kadang kau diatas dan kadang kau dibawah, ya, kau tau jugak tu. Bila kau di atas mereka mencantas, bila kau di bawah merekalah dewa.

Kadang kadang orang buat kau macam alat. Kau biar je. Penat pening demi orang lain, tapi kau sabar je melayan.

Tapi bila marah kau dah sampai, sabar kau dah habis, orang tuduh kau tak proffesional. Kata kau selfish. Kata kau lupa kawan. Lupa itu lupa ini.

Masa mintak tolong dulu kau dianggap macam malaikat. Senyum orang tak lekang terhadap kau. Ya, mungkin sebab masa tu kau di atas. Betapa agungnya kau waktu itu. Tapi kau sedar tak kenapa?

Kau hebat? Kau gempak dari orang lain?

Tak. Sebab kau boleh dibuat alat. Kau boleh dipergunakan dengan sewenangnya. 

Bila kau cuba marah, tunjuk diri kau yang sebenar. Kau perasan tak betapa bodohnya diri kau dulu? Buat macam-macam semata-mata nak puaskan hati semua orang. Konon sekadar nak tolong, tapi lama lama kau develop satu karakter yang orang anggap kau ni 'confirm dengar arahan.'

Pergi mampus.

Kadang kadang dah malas nak kawal emosi sebab dah letih. Benda benda bodoh macam ni lebih berlegar dalam otak kau sedangkan betapa banyak lagi benda penting untuk kau fikir. 

Mungkin kau terlalu banyak buang masa dengan orang tak sepatutnya, fikiran kau jadi cetek. Berjangkit.




No comments:

Post a Comment