Kepelbagaian.



Berapa banyak kepelbagaian yang ada dalam diri kita? Berapa kepelbagaian yang ada pada diri orang lain? Skala mana penerimaan kita terhadap kepelbagaian mereka? Bagaimana pula penerimaan mereka terhadap kepelbagaian kita?


Aku suka melihat kepelbagaian dari sudut dalam diri. 


Sebab kepelbagaian yang diluar tu senang dilihat, mudah dijustifikasi, dan tidak ada cabaran. Bagi aku mencari kepelbagaian dalam diri tu satu cabaran. Menerima kepelbagaian dalam diri itu juga cabaran. Melihat dan menerima kepelbagaian diri orang lain itu cabaran paling besar.


Betapa bosannya hidup mereka yang tiada kepelbagaian. Mungkin mereka takut mencari, dan takut menjadi lain dari yang lain.


Dulu aku sangat ntah apa apa. Aku tak kenal diri sendiri, aku punyai cita-cita yang aku sendiri malas nak capai. Sebab aku tak tahu betul ke tidak pilihan aku tu. Aku hanya mahu berjaya. Berjaya yang bagaimana, aku pun tak boleh nak jelaskan. 


Rupanya aku ada cita-cita yang pelbagai. Dari sudut bahagia, aku ada cita-cita yang lain. Dari sudut ekonomi, aku ada cita-cita yang lain. Dari sudut kerjaya juga begitu. Dari sudut ilmu juga begitu. Terlalu banyak sudut yang aku pandang.


Terlalu banyak sampai tak tercapai? Tidak juga. Aku masih berada di tengah jalan. Tidak lambat dan tidak terlalu cepat. Aku bahagia dengan jalan yang aku pilih ke arah mencapai cita-cita yang pelbagai tu.


Embrace diversity.




No comments:

Post a Comment