life is a climb.

    ...tapi tak perlulah sampai melebamkan betis dan mendarahkan kaki.

    semakin dekat nak spm ni, semakin taksub lak aku nak makan jeruk. (hipotesis. heh). belakang asrama, there's a lot of mempelam yang sedap gila! maka alasan nak ke dewan untuk study terencat seketika, dek kerana penangan si mempelam yang berbuah lebat. dengan baju sekolah, aku pun panjatla si pokok. GAYAT PULAK!

    aku turun balik. and then terloncat-loncat gaya benda ntah nak capai buah tu. dapat la dalam 7-8 bijik. rasa macam tak cukup banyak tu. ikhtiar lagi. pastu nampak la benda plastik yang keras kaler oren bawah pokok pisang tu. macam boleh buat galah je. maka aku teruskan usaha aku dengan dorongan kengkawan. (kengkawan?)

    tengah asyik mengutip pelam, tak semena-mena aku ternampak pulak kelibat orang berbaju biru. ERK! jaga deathbell! dia pandang macam nak tembus. aku pun menggelabah, panjat pagar tu balik. terpukang jatuh.

....keesokan harinya..

    alasan ke dewan untuk study aku rencatkan lagi demi mengupas mempelam. aku bawak buku kimia dan pensil kalau-kalau ada warden usha. tapi benda tu tak berusik pon!

    dah kupas-kupas, kitorang pun balik.

    ingatkan nak ambik kuih kat dalam dewan makan tu. tapi tengah panjat, terberdarah pulak kaki, bergesel dengan mozek pecak. ianya berdarah dan aku menangis. sememangnya aku bukanlah superwoman nak tahan nangis, bukan jugak lone ranger nak hadap sengsorang. so, buat jela muka tak malu.

    memang lah Travis ada cakap, 'life is a climb, but the view is great'. tapi berbaloi ke?

No comments:

Post a Comment