1/25/2014

Zaman sekarang : Kena belajar agama tinggi-tinggi baru layak menasihat orang




Lawak. Sangat lawak.


Mentaliti manusia mana entah pakai. Yang layak menasihat orang ni ustaz dan ustazah sahaja. Kalau bukan ustaz atau ustazah yang memberi nasihat, dikatanya bajet alim, jaga tepi kain orang.


Sejak bila pulak menasihat ni jadi satu kesalahan? Termaktub dalam perlembagaan ke? Tolonglah.


Dan kenapa pulak perlu kecam pada orang yang memberi nasihat ni? Terlalu bodohkah orang tu sampai tak layak menasihat? Perlu ada tahap IQ yang tinggi dulu ke baru boleh menasihat? Perlu dapat gelaran ustaz dulu? Atau ustazah?


Janganlah keras hati sangat. Orang tu berkongsi ilmu pun dah cukup baik. Menegur ke arah kebaikan, pun dah cukup baik. Kalau dia pembunuh sekalipun itu urusannya dengan Tuhan.


Kita Tuhan ke?


Jadi kenapa perlu pakai mentaliti macam orang tak cukup akal ni? Janganlah merasa terlalu bagus dan baik berbanding orang lain, sampai terlalu judgemental dan tak nak dengar nasihat. 


Orang beri nasihat, kalau taknak ikut sudah, tak perlu kritik dan kecam seolah-olah orang tu terlalu hina. Hipokrit? Pergi mati dengan istilah ni. Dia buat jahat, kemudian dia menasihat, apa masalahnya dekat situ? Tak perlu guna statement seperti orang bodoh, dengan berkata "Ingat perfectlah tu nak nasihat orang". 


Sekali lagi, itu urusannya dengan Tuhan. 




No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...