Tidak semua suka kejutan. Kerana pada definisi kejutan itu tidak semuanya menggembirakan.
Kejutan yang paling sukar adalah apabila kebenaran dilontarkan. Emosi sang penerima gagal dikawal, berkecamuk seperti diramal.
Lalu apa jadi pada dunia, bila kebenaran dianggap satu kesalahan? Apa jadi pada manusia?
Kata orang barat, truth hurts and lies worse.
Jika namanya kebenaran, terimalah walaupun payah. Semua merasa, betapa berpasirnya rasa menelan kebenaran yang tidak diduga.
Jadi tak perlu nafi. Tak perlu beremosi tiap kali kebenaran diluah. Itu kebenaran. Berhenti menghukum pada mereka yang berkata benar.
Berhenti. Tolong.
No comments:
Post a Comment