7/09/2014

STPM susah tak?



Salam and greetings.


Baru nak menulis dah nak tergelak. Lately ramai sangat adek-adek tanya pasal level kesukaran STPM. Ramai jugak yang kompius nak ambik diploma, atau matrikulasi, atau tingkatan 6. Kadang tu pulak, lagi ramai yang allergic kepada Tingkatan 6 ni, dengan alasan :


1. Paper paling susah di Asia


2. Kena pakai baju sekolah. Eeeew tak freedom sangat rasanya! (Freedom is not free, guys)


3. Tak paham dengan syllabus, lagi-lagi dengan pengenalan sistem baru ni.


...dan banyak lagilah alasan yang aku dengar. Iyela, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau dah taknak, takyah reka-reka alasan ye dik. Just go on with your choice ;)


Pertamanya, ermmm...takdela susah sangat. Agak susah, tapi tak susah sangat. Senang sangat pun tak jugak. Die cam neutral gitu. Yang membezakan paper tu susah ke tidak, adalah dengan bacaan korang. Kalau baca sehelai sehari, kemudian nak merungut suusaaahhhhh suuusaaahhhh, bolehla tutup buku dan cari cangkul. Sila tanam pokok kacang belakang rumah.


Cerita dia, camnilah. Aku masa mula-mula masuk dulu, memang on the spot dalam otak ni eee ntah hape hapelah nak baca buku ni. Nak kena hafal itu ini. Sebab pesen aku ni study tak suka baca buku. Jadi bosan. Lama-lama, aku biarkan je buku tu, aku tak baca. Aku malas. Dan nak dekat exam, barulah macam orang meroyan buat nota. (Bayangkan buat nota last minute!)


Gambar sekadar hiasan.


Jadi kalau nak benda tu senang,


1. Awal-awal masuk cover terus syllibus yang ada. Take time la jugak. Tapi JANGAN MEMBUANG MASA (just like i did).


2. Tanam konsep , kalau tak ingat, paper akan jadi susah. Kalau tak ingat, paper akan jadi susah. Baca dan ingat semua definisi dan konsep yang ada, (huraian boleh goreng).


3. Jangan pura-pura study. Contohnya dengan bagitau orang yang ko study sampai tak tidur, padahal tak pun. Akhirnya nanti, orang akan bersaing dan buat lebih dari ko. So? Siapa yang rugi? Buat rilek sudaahh


4. Ikut je undang-undang sekolah. (Hikhik).


5. Kalau sem pertama dah ade subjek B- ke bawah, sila repeat! Begitu juga untuk sem yang seterusnya. Ambil kertas ulangan yang berharga RM50 untuk satu paper. 'Murah' dan efisien. Kesan dia nanti tengok pada result penuh.


6. Buat paperwork dengan kemas, dan pastikan dapat markah tinggi time presentation. Yang ni la uol, pembantu korang nanti. Yang result C tu boleh naik ke B+ kalau perform tang ni.


7. JANGAN SIBUK NAK BERHENTI kalau first sem dah result teruk. Penyelesaian die adalah repeat paper dan jangan malas lagi!


8. Say no to 'couple'. Mengarutla time sekolah. Bantu time susah konon. Tingkatkan persaingan konon. Blah la. Yang jadinye nanti asyik curi masa untuk dating je.


9. Eemmm. Pastu.. Make sure result sem pertama tu, mesti 3.00 ke atas. Camtu jugak la dengan sem seterusnya. Kalau maintain, in shaa Allah pointer tak jatuh jadi 2. Tapi kalau jatuh jugak, repeat aje! Hehe


10. Time dalam kelas tu salin nota yang cikgu bagi. Jangan melopong je. Buat nota untuk setiap subjek. Mudah untuk revise balik bila dekat-dekat exam.


Dah la kot. Kirenye, STPM ni takdelah susah sampai 'paper paling susah di Asia' gitu. Kalau kena yang susah nasibla. Tapi bagi aku yang pioneer untuk sistem baru ni, senang je. Sebab dalam sistem baru ni, boleh repeat sehingga mampu. Sehingga duit simpanan ko kering la jawabnye.


Tapi kalau dah berhabis usaha, takkan la susah jugak kan. Heheh.



No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...