Hanya kerana seorang LOSER, tak semua orang dapat jadi diri sendiri. Pointnye kat sini ialah, 'diorang nak jadi diri sendiri tapi dihalang'.
Jadi diri sendiri tak bermaksud korang post kat fesbuk 'Be yourself', atau dengan setiap status-status yang ada tu, korang letak segala quote tentang 'be yourself' yang korang google 2 minit sebelum post kan ia. Kononnya bila orang baca nampak inteleklah. Tu kerja loser je.
Aku kurang pasti kalau aku dah tulis pasal benda ni dulu-dulu, tapi lantaklah. Siapa sangat nak baca.
Pertama, tentang tak-semua-orang-dapat-jadi-diri-sendiri. Lebih-lebih lagi bila korang hidup dalam kalangan manusia yang rasa dia beza sangat dengan korang. Mungkin dia lebih kaya, lebih berupa, lebih bijak, lebih segala-galanya, sehinggakan korang dipandang macam memiliki IQ tahap lembu.
Apa yang korang buat, tapi dia tak boleh buat - ini memang pantang besar dia. Buatlah perkara baik mana pun, korang akan ditentang. Pertama sebabnya dia rasa die jauh beza dengan korang. Kedua dia hairan, kenapa dia tak dapat fikir perkara-perkara yang hebat seperti yang korang buat. Jadi dia akan tentang dan menjadikan korang rasa diri korang adalah yang terpelik, dan memaksa korang mengubah perkara tersebut, intsead of kembangkannya, sebab takut dikecam lagi. (Salah korangla siapa suruh duduk dalam puak-puak loser)
Jadi korang gagal menjadi diri sendiri. Sebenarnya diri korang hebat, tapi ada halangan untuk korang rasa korang boleh.
Dan, korang pun mengikut haluan yang 'benar' di mana semua idea korang adalah lapuk, tapi idea mereka adalah paling bernas. Tunggu saja mereka apdet status contohnya, segala kata-katanya adalah wajib diikut dan kononnya memberi kesan kepada korang. Kononnya korang akan tersentap dan melakukan perkara yang sama. Ish loser sungguh semua ini.
Untuk diingat, jangan buat apa yang loser dah buat. Ini kerana, korang dah meletakkan diri korang sama dengan loser-loser tersebut (Grammar failed).
Untuk diingat, seorang loser akan melakukan apa sahaja untuk nampak hebat. Nama je loser, tapi mereka mampu buat, termasuklah memfitnah. Contoh.
Untuk diingat, seorang loser akan kata yang pencapaian korang adalah tak seberapa, walaupun pada hakikat sebenar mereka memang loser.
Untuk diingat, seorang loser akan guna balik idea korang yang hebat tanpa korang sedari. Kerana mereka adalah loser dan gagal beri idea yang jauh lebih hebat.
Untuk diingat, seorang loser akan kata korang 'Hebat' atau 'Perfect' dalam nada perli kerana mereka tidak mampu melakukan perkara yang lebih hebat dari itu. Tak boleh fikir hujah yang berkelas sikit.
Untuk diingat, mereka sebagai seorang loser akan suka mengadu dan meraih simpati pihak lain untuk menampakkan koranglah yang loser padahal sebaliknya.
Untuk diingat, seorang loser cepat terkesan, walaupun entri ni bukan tentangnya.
Untuk diingat, seorang loser takkan mengaku dirinya loser. Kalau ada, dialah loser tahap tertinggi.
Untuk diingat, loser takkan berbaik dengan winner, kerana mereka rasa maruah mereka jatuh, apatah lagi nak mengaku kemenangan orang lain.
Kenapa aku tulis semua ni? Ada permintaan dari seseorang yang kononnye mintak aku tulis cara-berhadapan-dengan-loser kerana dia rasa macam terkena penyakit massive personality disoder disebabkan loser yang berada di sekelilingnya. Just kidding. Tapi di akhirnya tak ade pun semua tu. Mungkin ada satu tip :
Jangan berkelakuan macam loser.
That's all.
No comments:
Post a Comment