Cakap pasal harga-mengahargai ni, baca cerita pendek ni dulu :
Situasi : Ali sedang buat kek untuk Abu.
Ali : Abu, kau nak tak kalau aku letak whipping cream kat tengah? So untuk topping aku boleh campak krim cheese yang ngko suka tu. Nak tak? Nak tak?
Abu : Ah, peliknye cadangan ngko ni. Taknaklah! *jeling
Ali : Oooo ngko tak suka ke? So ngko nak yang macam mana?
Abu : Aku nak kek warna merah.
Ali : *Sengih lebar* Ha senang je! Aku buat kek red velvet je ekkk.
Selepas kek siap dihias, Ali dengan semangatnya bawak kek red velvetnya ke Abu.
Ali : Sedap tak Abu?
Abu : Ngko pernah rasa t*ik tak? Ha macam ni lah rasa dia!!!!
Jadi, apa perasaan korang kalau jadi Ali?
Benda ni selalu jadi dekat kita, tapi dalam situasi yang lain, namun perasaan, penerimaan orang terhadap kita tu masih sama. Dalam situasi ni Ali tak dihargai oleh Abu.
Apa rasanya bila usaha kita terhadap seseorang tu dipandang macam sampah? Dipandang macam bangkai?
Sedangkan kita berpenat lelah berusaha buat macam-macam, tapi tak dihargai. Apatah lagi nak dengar perkataan terima kasih tu. Dalam mimpi je.
Lagi-lagi kalau kita dalam situasi berniat membantu orang lain. Tetiba orang lain tersebut menganggap kita dengan perkara bukan-bukan, tuduh kita, jauh sekali nak hargai dan berterima kasih. Sedangkan usaha kita tu bukan ada niat lain, nak BANTU je.
Benda ni memang nampak kecil, tapi cuba bila kita hadapi, memang nak mencarut rasanya.
Satu lagi, individu yang macam Abu ni susah sangat ke nak berterima kasih? Susah sangat ke nak hargai?
Paling teruk, bila individu macam Abu ni kata dia tak bersalah kemudian tuntut si Ali untuk mintak maaf padanya. Sebab dah sediakan sesuatu yang di luar tastenya. Manusia apa ni?
Faham tak, Ali dah cuba, dah berusaha nak sukakan hati Abu. Tiba-tiba dituduh sebagai pesalah.
Siapa patut mintak maaf sebenarnya?
Kalau korang jadi Ali, korang taknak mintak maaf. Lepastu Abu kata korang sombong. Apa korang nak buat?
No comments:
Post a Comment