Setiap kali entri baru dihapdet, saya mesti fikir 'cemane nak tulih intro ni. nak fikir ayat yang sesuai agar orang yang baca tu tak sentap lebih-lebih / perasan'. Setiap kali juga, angan kecil aku ni gagal. Dan setiap kali kegagalan ini berlaku, aku sedang ulang perkara yang sama. Useless intro. Ngko tak kisah kan? Wakaka.
Melayu. Memang tak reti bersyukur. Pandai membaca tu pun nikmat besar yang Allah bagi tau dak? Kata aku kepada diri sendiri.
Pendekkan cerita pendek ni, aku nak kongsi pengalaman waktu aku bekerja dulu.
Sebagai cashier waktu tu, aku memang kena hadap kastemer. Terpaksa hadap kastemer yang pelbagai tu. Masa tu aku pun tau macam mana rasa cashier yang selalu buat muka masam tu. Kalau boleh ukur pakai nilai pH, petunjuk asid seasidnya. Punyalah masam.
Tapi, mereka ada sebab. Semestinya berpunca dari kastemer sendiri, yang rata-ratanya adalah kaum Melayu. Kalau yang boleh belah tu, takpe lagi. Yang tak boleh belah ni...rasa nak belah belah pakai golok belakang kedai. Tak terbelah bahagi rasa marah waktu tu.
Oleh kerana kedai minum ni pakai khidmat layan diri, orang ramai yang nak beli ni kena datang, order dan tunggu air siap. Lepas bayar, blah. Contoh kalau A nak order tapi tengok ada B depan kaunter. So A kena beratur belakang B dengan penuh iman yang tak dapat dijual beli. Menjadi tugas kami pulak kalau si A taknak beratur, kami kena cakap 'Cik...tolong beratur ye..'. Ni biasanya kakak yang dah biasa kerja sini. Penuh sopan dan intelek je caranya.
Kalau aku? 'Cik. Tolong la beratur. Nampak tak dah tulis tepi tu', sambil tunjuk kasar ke arah tanda tolong beratur, terima kasih tu. Ok ni salah satu sebab aku malas sangat nak jadi cashier. Kesabaran nipis macam masker koko. Kalau tiup pun dah tersiat.
Persoalannya sekarang, makhluk mana yang takde sivik malas beratur tu? - Melayu.
Kemudian bila orang ramai, kami memang tak cukup tanganlah nak buat air on the spot. Sebut terus tercampak air yang mereka nak tu depan muka, takkan la macam tu. Kenalah buat ikut order, terlambat tu perkara biasa. Apa yang kami kena? 'Tak siap lagi ke teh o saya tu? Teh o segelas je kut, pun buat lembap.' Kata seorang pakcik yang entah muncul dari mana tetiba bercekak pinggang di belakang orang yang berkerumun dan tak reti nak beratur tu.
Realitinya, ya. Pakcik tu Melayu.
Ketiganya, mentaliti tahap apebende ntah yang diorang pakai ni, asal yang tengah kerja situ je dipandang macam orang hina, bodoh, malas belajar, tak habis sekolah dan sebagainya. Diorang tak tahu kot istilah part-time tu pemenda. Yang diorang tahu hanyalah..
'Dik, baru kerja ke?', tanya seorang bro yang bizibodi.
'Ha'ah, baru la jugak', jawab gadis manis. Hikhik
'Oooo. Umur berapa ni, nampak cam budak je lagi'.
'x tahun'.
'Baru x tahun dah kerja. Ish ish.' Cara dia respon tu bersimbolkan yang aku ni budak bodoh yang tak belajar, jadi kenala cari kerja untuk tanggung diri. Gitulah.
Dan, bro ini juga Melayu. Mental tak mental.
Kalau nak banding, kaum lain tak ada yang macam ni. Serious. Kalau ada pun minoriti sangat. Mungkin mereka ni malu nak buat adegan pelik-pelik depan orang, dan masih tahu hormat orang lain walaupun berlainan kaum. Nampak tak betapa non-resis nya aku? Kah kah.
Habis tu, apa nak jadi dengan kita yang Melayu ni? Sama-samalah kita perbaiki diri. Kadang tu, takdelah aku tak pernah buat semua benda di atas tu, ada je. Maka ini merupakan peringatan buat semua dan diri sendiri.
Kita selalu judge orang by their cover, dan berpegang pada sangkaan sendiri. Walaupun kita tahu kemungkinan sangkaan itu adalah salah, tapi kita ego, masih nak percaya. Kalau kita kata orang tu jahat, maka jahatlah di pandangan mata. Tak cuba pulak nak selidik ke apa ke.
Kita selalu jugak rasa diri ni betul, 'alah takyah beratur pun takpe, bukan ramai orang pun'. Tapi tindakan kita tu memang kompem la bawa ke jinjang pelamin. Eh silap. Bawa kepada akibat yang besar. Dah kalau ngko cari pasal dengan cashier, maunye cashier tak marah? Lepas tu ngko tangkap gambar cashier tersebut, buat aduan.
Cashier tu bukan manusia ke? Tak reti rasa marah? Ngko banggalah lepas tu cakap 'kastemer izz always rightt' sambil herot herot mulut.
Cubalah buatnya masa tu duit kaunter short. Mesti cashier ni fikir macam manalah dia nak cari balik duit tu. Takkan nak kena potong gaji? Hish penat aje keje. Lepastu tetiba ngko buat kurang ajar, takke terganggu teknik imageri dia tu? Ngko pun kalau nak selesaikan math eq lepastu orang sergah, memang ngko marah. Ha macam tu la rasa dia.
Sepatutnya, kita sesama Melayu saling menolong, bekerjasama, memaafkan. Ni asyik nak jatuhkan orang Melayu jugak. Punyala sebab darjat ngko tinggi sikit, pakai lawa sikit, dah nak riba. Eh, riak.
No comments:
Post a Comment