Tidak dinafikan, aku pun mempunyai perasaan yang sama,
kerana aku juga seorang manusia, dilahirkan mempunyai perasaan takut walaupun
kadang-kadang tidak memberi reaksi yang sepatutnya jika sesuatu perkara itu
berlaku. Namun, apalah daya, tak dapat jugak aku membuang perasaan takut tu,
walau dah bermacam usaha yang aku usahakan.
Mana taknya, memang tak hilang la perasaan takut tu. Ni SPM
beb. Bukan ujian P1 ke P2 ke. Sebab-sebabnya mungkin seperti yang tersenarai :
satu.sebab aku takut. Dua.sebab aku memang takut. Tiga.aku takut dan takut.
Kesimpulannya memang aku fikir ‘yang aku ni kenapa takut sangat?’. Agakla,
perkara tak boleh dielak, kan?
Tapi dalam takut-takut aku tu pun, aku berserah dan redha sekiranya
ditentukan result aku terbalik seperti diharapkan. Aku ikhlas menerima ujian
ini. Dan aku percaya tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dan aku berpegang
teguh pada lirik lagu Son Of Man yang berbunyi : ‘trust your heart, let fate decide, to guide this lives we see’.
Theme song cerita Tarzan tu.
Kalau dibuat ujikaji ataupun comparisons sekarang,
bandingkan riak muka aku dengan sawi layu kat belakang kedai makan ni, aku rasa
serupa je. Tak lain, tak ubah. Ditambah pulak ujian phsycology yang aku hadapi
tiap saat apabila makcik-makcik cleaner yang penyayang dan mengambil berat itu
bertanya, “macam mana? Ketar tak nak tunggu result?” ß ada nada mengejek di situ.
Tak apalah. Aku terima dengan hati terbuka setiap ejekan dan
tomahan itu. (emo. Padahal takde sape ejek pun). Aku sedar diri aku yang bukan
sebagai top student ni. Aku sedar, aku sedar.
No comments:
Post a Comment