2/08/2012

saying hi :)


Assalamualaikum.

hai :)

Sekian lama menyepi, hadir dah aku kat sini. LAMA. GILA. Lama gila tak update. Bukan sebab sibuk kerja, bukan jugak sibuk melancong, nak kata takde idea tu..mungkinlah kot. Sebab utama, aku dilanda penyakit yang pelbagai jenis, sampai menjejaskan kotak memori aku, maka tak bolehla mencurahkan idea kat sini seperti selalu. Alah, kalau aku tak update pun ada orang kisah?

Baru-baru ni aku agak aktif di tempat kerja. Sebab selama ni aku terperuk kat kedai, lansung tak bertegur sapa dengan orang lain, terutama yang baru-baru tu. Memang jenis aku agaknya, lebih suka perhatikan kelibat orang ramai, berbanding menjadi tumpuan. Low profile? Tak lah sangat.. kakak kat depan ni boleh tak perasan kat aku, padahal berkurun dah aku melangut kat sini. “kerja kat mana?”. Eh tolonglah, bukak mata tu sikit.

Oh ya, cakap pasal penyakit tadi kan, memang banyak gila penyakit yang aku dapat. Dalam bulan ni saja dah berkoyan penyakit. Demam, sakit perut tu takyah cerita la. Penyakit wajib. Tetiba baru-baru ni tumbuh pulak sang allergi yang aku sendiri tak dapat kenalpasti punca dan sebabnya. Takkan sebab terlebih makan sayur kot? Kena buat kajian ni.. kat muka aku, Allah.. gaya kebenda jek. Bayangkan kalau kulit kena ulat bulu tu? Ok, stop imagine J

So aku kan sekarang ni rajin survey kedai lain, ada lah jugak kedai ubat kat sini. Tapi aku tak berminat..dengan pekerja dia yang pemalas tu. Ngeh ngeh.. tetibe kedai asam tu jugak jadi tumpuan aku melepak. Pekerja sama umur kot, sebab tu boleh ngam. Siap boleh lawan-lawan sale lagi, memang confirm la kedai aku paling tinggi. Ah ye, tak ke pelik, kedai asam ada jual sabun muka? Ha. Ha. So funny, boleh pura-pura gelak sekarang. Maka aku belilah, dapat 50% less. Aku je dapat harga macam tu ye J. Tu lah, selama ni pemalas sangat nak menjaga muka, kalau takde pencuci muka aku bedal yang mak aku. Kalau mak aku sorok yang dia aku bedal je krim mandian tu.

Kejap aaa. Bukan selalu nak jadi tak matang macam ni. Masuk minggu ni, dah tak terkira berapa kali entah aku termimpi situasi nak ambik result. Cuak segala kecuakan bala segala kebalaannya. Fuhh, kenapalah mimpi macam tu? Baik mimpi kahwin dengan anak raja. Pergh ayat aku macam kanak-kanak tengah main patung Barbie sungguh.

Hmm. Kali ni nak cerita pasal kawan, yang suka mengetepikan aku dalam apa jua rahsia dan waktu-waktu gemilang beliau. Memang akulah orang yang diketepikan. Aku tak kisah, tapi..janganlah buat muka tak malu mintak tolong dengan aku macam-macam. Hipokrit macam tu, hisy.. sumpah aku tak berkenan beno. Kan dah buat aku benci dengar bunyi handphone. Kalau berbunyi rasa macam nak baling dalam paya je, walaupun yang call tu bos aku. Ginilaa sikap manusia, bila aku susah main humban je aku sana-sini. Bila aku senang sikit (sikiiittttt je) berkoyan mesej masuk.

Hergh, satu lagi cerita. Aku cukup cukup cukuplah benci kiranya gerangan umat manusia yang tetibe je “done follow you, follow me back”. No offence aa, aku memang nak cakap benda ni lama dah. Mind you, aku buat blog ni bukan nak kumpul followers. Sapa nak follow tu follow je lah, tak perlu paksa aku nak follow balik. Macam kanak-kanak je. Faham?  Mungkin dulu aku main taram je lah kan nak follow sesape pun. Sekarang tak dah.

Sebenarnya aku tengah menonggang isi kepala aku, sebab nak update wordpress yang dah bersawang tu. Takde idea, sumpah.

No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...