Salam, hai.
Kali ni aku nak mencurahkan isi hati aku yang tengah kembang
kuncup ni (sebab tadi ada orang puji blog aku bagus), semuanya berkisarkan
tentang filem melayu. Mula-mula sekali, aku nak minta maaf dari hujung gerai
Pak Lah hinggalah gerai Manis Madu (haha, dekat je) kalau post aku ni sangat
mengusik sensitiviti beberapa kaum, terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Kadazan dan
Melayu terutamanya, sebab aku bukan nak mengutuk, cuma melahirkan apa yang terkumpul
di benak tak berkelas aku ni sejak aku mula mengenal jenis-jenis filem dan reti
menghayatinya.
Filem melayu ni bukanlah tidak sebagus seperti yang kalian
anggap. Sebenarnya filem-filem Melayu ni memang bagus. Cuma, ada sedikit
ketidakbagusan dalam banyak-banyak bagus tu. Pertama sekali, bila filem
berkisarkan seram contohnya, hantu-hantu yang berlakon mesti berbaju putih dan
berambut panjang. MESTI! Kredit to jurumekap yang memang pandai mengolah muka
hantu-hantu tu. Dari buruk jadi bertambah buruk cantik. Tak perlu memakai
Olay Total Effects atau Garnier, muka mereka tetap nampak menyerlah. Berbalik
kepada hantu yang berambut panjang tadi, sememangnya kat Malaysia ni tak ada
dah ke hantu lelaki? Cubalah buat benda yang baru, asyik-asyik hantu perempuan.
Lepas tu kuku panjang, baju putih. Kalau baju putih tu serupa kain kafan tak
apa jugak, tapi sebijik baju kelawar yang aku bawak tidur tu. Hmm, mungkin
waktu malam hantu tu nak tidur, pakai lah baju kelawar. Kot?
Seterusnya, setelah aku membuat researches dengan menonton
beberapa filem cinta melayu, aku dah dapat kesan satu benda yang wajib ada
dalam pasangan kekasih dalam sesebuah filem tu. Sudah tentulah tentang harta
dan kebendaan. Kalau tak si lelaki tu miskin, yang perempuan mesti kaya, anak dato’.
Vice versa. Lepas tu mesti ada kes berlagak-berlagak sikit, pada tahap klimaks
mesti jatuh cinta sebab keikhlasan bla bla bla. Last-last yang berlagak tadi
pun berubah.
Kalau cakap pasal filem aksi pulak, mesti ada kostum. Kalau
tak ada kostum tak boleh ke? Sibuk nak tiru spiderman tu buat apa? Peter parker
tu kalau pakai macam tu orang tak pelik, sebab dia memang kacak dan jambu.
Haha. Mungkin, mereka nak ada style sendiri kot. Nanti bolehla syarikat pakaian
menerbitkan baju kanak-kanak yang lebih kurang sama dengan kostum mereka ni.
Lalu mereka pun bangga. Aku taklah cakap semua filem, cuma tentang filem yang
aku pernah tengok jelaa. Mungkin ada yang ok, aku je tak tahu kot.
Filem komedi. Hmm, pasal komedi ni memang aku tak ada
masalah. Kecuali yang selalu buat lawak bodoh dan hambar tu, henti-hentikanlah.
Cukup mengundang umpat dari manusia je.
Eh, masyaAllah, banyaknya aku mengumpat melahirkan
pandangan bernas dan telus kat sini.
Okaylah. Itu saje J
No comments:
Post a Comment