12/23/2011

teknologi. mana yang buruknya?


bercakap mengenai teknologi, pastinya yang berada di fikiran korang bukan sahaja Ipad, mesti tentang laman sesawan sosial Facebook. ya, Facebook. selain Facebook, teknologi berkelas tinggi juga memperkenalkan Twitter, Blog (sigh), Tumblr, dan banyak lagilah! haa, Pocodot pun termasuk gak. ape Pocodot tu, janganlah tanye aku, memang aku tak arif benda-benda pelik macam ni.

aku jadi kagum. impressed. teknologi kita sekarang memang tak dapat dinafikan lagi, memudahkan urusan kita yang selalu kusut dek kerja, anak-anak, rumah tangga dan sebagainya. Facebook lah contohnya, memang memberi kemudahan kepada orang ramai.

yang pasti, kalau ada yang cakap mereka memang tak tahu atau tak ada akaun Facebook, benar nampak ancient. bagus jugak Facebook ni, boleh menyebarkan dakwah. macam sekarang, aku di'add untuk group Halaqah. bagus jugak, selain boleh memperingatkan orang mengenai agama, boleh juga menimba ilmu yang kian cetek ibarat ombak pilu menghempas pantai ni. selain menghubungkan sahabat lama, sekarang yang aku nampak business online dah semakin aktif menggila di Facebook. tu satu kaedah yang bagus jugak, nak cari pendapatan sampingan kan. huih, kalau nak tulis memang panjang, konklusinya memang banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari teknologi sekarang ni.

tapi, ayuh kita renungkan. adakah kita benar-benar menggunakan teknologi ini ke arah yang baik? betul ke semua manusia yang merasai teknologi ini tidak menyalahgunakan laman sesawan ni? kalau nak berhujah dekat sini, memang payah nak cari keburukan teknologi sekarang. tapi kali ni aku nak kongsi apa yang aku nampak, aku rasa..

1) masyarakat menjadi lebih pemalas.
bila banyak kemudahan yang diberi, mulalah orang kita jadi naik minyak. mentang-mentang ada MMBM Online, boleh buat bayaran terus tanpa perlu kita membazirkan minyak. (ayat aku macam nak buat promosi). orang kita dah payah nak bangun pagi, sebab buat apa nak bergegas? kan boleh buat bayaran melalui online. selain itu, anak gadis yang terlalu asyik dengan Facebook sekarang ni, pagi petang siang malam terbit gerhana tenggelam matahari pasti menghadap Facebook aje kerjanya. maka, emak-emak mereka terbeban dek segala kerja rumah. aku sarankan kepada emak-emak yang geram sangat tu, hempas jelah netbook atau laptop diorang tu. habis cerita.

2)melahirkan pelajar yang tak kreatif dan inovatif
pelajar sekarang, kalau disuruh buat karangan atau ape benda ntah jenis kerja yang guru-guru bagi, mesti diorang tak gunakan kepala otak mereka dengan betul. pasal apa? goole je lah! kan boleh copy paste je sekarang ni. mudah, cepat, dan efektif tapi tak menjanjikan minda yang telus, bernas dan berkelas.

3)pemutus sillaturrahim
untuk lebih faham, aku selitkan sedikit dialog kat sini.

sebuah keluarga sedang makan-makan di restoran terkenal.
AYAH : haa, orderlah nak makan ape? cepat cepat. (sambil sibuk memandang Samsung Galaxy Tabnya)
IBU : ibu ikut je. along nak makan ape? orderlah.
ALONG : ayah lah order. (menjawab malas sambil melihat iPad miliknya)

perbualan mereka terhenti di situ setelah si ibu yang memesan makanan. suasana sunyi sepi disambut oleh bunyi keriuhan pelanggan lain. nampak tak kat situ, teknologi sekarang dah menguasai fikiran mereka sepenuhnya, sampai masa dengan keluarga pun terbatas. *kesian si ibu. haha.

err, nampaknya minda aku dah tak mampu dicerna dah saat ni. sorrylah, baca pendahuluan macam gempak je kan? padahal tiga point je aku bagi. aku memang macam ni, dari zaman sekolah lagi ;B



12/21/2011

dapat diagak jalan ceritanya walau baru diiklankan


Salam, hai.

Kali ni aku nak mencurahkan isi hati aku yang tengah kembang kuncup ni (sebab tadi ada orang puji blog aku bagus), semuanya berkisarkan tentang filem melayu. Mula-mula sekali, aku nak minta maaf dari hujung gerai Pak Lah hinggalah gerai Manis Madu (haha, dekat je) kalau post aku ni sangat mengusik sensitiviti beberapa kaum, terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Kadazan dan Melayu terutamanya, sebab aku bukan nak mengutuk, cuma melahirkan apa yang terkumpul di benak tak berkelas aku ni sejak aku mula mengenal jenis-jenis filem dan reti menghayatinya.

Filem melayu ni bukanlah tidak sebagus seperti yang kalian anggap. Sebenarnya filem-filem Melayu ni memang bagus. Cuma, ada sedikit ketidakbagusan dalam banyak-banyak bagus tu. Pertama sekali, bila filem berkisarkan seram contohnya, hantu-hantu yang berlakon mesti berbaju putih dan berambut panjang. MESTI! Kredit to jurumekap yang memang pandai mengolah muka hantu-hantu tu. Dari buruk jadi bertambah buruk cantik. Tak perlu memakai Olay Total Effects atau Garnier, muka mereka tetap nampak menyerlah. Berbalik kepada hantu yang berambut panjang tadi, sememangnya kat Malaysia ni tak ada dah ke hantu lelaki? Cubalah buat benda yang baru, asyik-asyik hantu perempuan. Lepas tu kuku panjang, baju putih. Kalau baju putih tu serupa kain kafan tak apa jugak, tapi sebijik baju kelawar yang aku bawak tidur tu. Hmm, mungkin waktu malam hantu tu nak tidur, pakai lah baju kelawar. Kot?

Seterusnya, setelah aku membuat researches dengan menonton beberapa filem cinta melayu, aku dah dapat kesan satu benda yang wajib ada dalam pasangan kekasih dalam sesebuah filem tu. Sudah tentulah tentang harta dan kebendaan. Kalau tak si lelaki tu miskin, yang perempuan mesti kaya, anak dato’. Vice versa. Lepas tu mesti ada kes berlagak-berlagak sikit, pada tahap klimaks mesti jatuh cinta sebab keikhlasan bla bla bla. Last-last yang berlagak tadi pun berubah.

Kalau cakap pasal filem aksi pulak, mesti ada kostum. Kalau tak ada kostum tak boleh ke? Sibuk nak tiru spiderman tu buat apa? Peter parker tu kalau pakai macam tu orang tak pelik, sebab dia memang kacak dan jambu. Haha. Mungkin, mereka nak ada style sendiri kot. Nanti bolehla syarikat pakaian menerbitkan baju kanak-kanak yang lebih kurang sama dengan kostum mereka ni. Lalu mereka pun bangga. Aku taklah cakap semua filem, cuma tentang filem yang aku pernah tengok jelaa. Mungkin ada yang ok, aku je tak tahu kot.

Filem komedi. Hmm, pasal komedi ni memang aku tak ada masalah. Kecuali yang selalu buat lawak bodoh dan hambar tu, henti-hentikanlah. Cukup mengundang umpat dari manusia je.

Eh, masyaAllah, banyaknya aku mengumpat melahirkan pandangan bernas dan telus kat sini.

Okaylah. Itu saje J

12/17/2011

12/15/2011

asap berkepul keluar dari telinga.

    okay, ni memang tahap gaban dah kepanasan hati aku ni. kalau letak sulfur kat sekitar aku ni boleh jalankan proses sentuh hape. hergh! angin betul aku dengan keparat sorang ni. parasit! patogen! dah ketar tangan aku ni. patut ke... patut ke.. aku letak gambar dia kat sini? bagi dia malu? "eh, jangan. tak baik aibkan orang", kata afiza versi baik.

    k, tak mampu nak cerna apa-apa dah ni.

12/14/2011

keserabutan yang tak pernah surut

    "ah! peduli apa aku. asyik nak jaga hati orang je!" beginilah antara dialog yang akan diucap sekiranya seseorang mencurahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kita. aku pun macam tu jugak kadang-kadang. tapi bila bercakap memang mudah, sebab selalunya otak takkan sempat menapis segala percakapan yang akan disampaikan bila kita tengah marah, sedih, serabut dan sebagainya.

    terutamanya bila berhadapan dengan kawan-kawan. macam biasalah, hati mereka kena jaga. sebab mereka kan kawan kita. kawan ni memang kena letak ditempat selepas kedudukan mak. tapi mungkin kita tidak tahu, samada kita ni diletak di bawah tapak kasut mereka. ya, kita tidak tahu semua tu. hanya mereka yang layak letakkan kita kat mana. hanya mereka yang layak nak judge kita macam mana. hanya mereka juga layak nak kawan kita sampai bila. mereka juga layak letak kita kat tempat keberapa selepas kawan-kawan mereka yang lain. Grrr~

    kadang-kadang rasa bosan jugak ada kawan ramai-ramai ni. nak kena jaga hati si A, hati si B, bla bla bla. tapi malangnya hati kita ni senang-senang je direnyukrentungkan. bila fikir-fikir balik, diam adalah cara yang terbaik. tapi bila diam, datang pulak satu masalah. yaa, dicop sebagai sombong pulak. bila banyak cakap, orang rasa anoyyed. contohnya macam aku, komen-komen kat fesbuk tu habis kena remove. menjengkelkan kut aku ni.

    sorry, bukan nak cakap aku ni sempurna tapi ni lah kelemahan aku yang paling besar bila ada dengan orang. aku memang takkan pernah pandai menjaga hati orang sampai aku tua nanti. eh, sampai aku mati. mungkin.

    sering aku cakap pada diri sendiri, tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati kita ni pun mudah-mudah je orang buat macam mainan Barbie Maraposa. menyesal pulak menjadi begitu peramah. lepas ni kena jadi semi-peramah jela. eh, apa pulak? SUKA HATI AKULAH NAK JADI APA PUN! terpulanglah kepada mereka-mereka tu, kalau faham aku macam mana, mereka akan terima aku seadanya. setakat ni aku bersyukurlah, kawan-kawan terdekat aku memang faham aku.

    ya, sedih. aku memang jiwa malam ni. sebab aku tak faham dan cukup blank bila ada yang berperangai begini. apa salah aku?? setiap manusia diberi personaliti yang berbeza. begitu juga perasaan. aku yang memang cukup kenal diri aku ni, dan aku tau aku memang susah nak tersentap macam ni.

    aku seorang yang sangat tidak hirau terhadap sekeliling. semua benda aku tak suka nak hirau. setiap kata, cacian, aku takkan sematkan walaupun semua tu betul. dan semestinya, semuanya bukan kearah kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan. semuanya berbaur kedengkian dan kelakhnatan. tapi aku tak ambil pusing. tapi hari ni, malam ni...

12/08/2011

the essence flow in my vein


then after that your heart were hardened and become as stones,
or even worse in hardness.
and indeed, there are stones out of which rivers gush forth
and indeed, there are of them which split asunder so that water flows from them.
and indeed, there are one of them which fall down for fear of Allah,
and Allah is not unaware of what you do.
~alBaqarah, 74.

12/02/2011

just be truth to who you are

    itulah lumrah hidup. bukan semua yang ada di muka bumi ni memaparkan karakter sebenar masing-masing. dan bukan jugak sebab sengaja tak nak memaparkan, mungkin malu dengan sifat yang akan tak disenangi, mungkin jugak sebab nak sama dengan orang lain.

    tapi mengenai yang memegang prinsip sendiri, dan menjadi diri sendiri. sebenarnya benda ini bukan semudah yang disangka. demi mencapai kehendak manusia bukanlah tugas kita sebenarnya. kita jadi diri kita sendiri dan tak perlulah nak hirau samada orang lain selesa atau tidak dengan kita, atau orang suka atau tidak kita bersifat begini.

    permasalahannya disini bukanlah tentang manusia yang menjadi diri sendiri. tetapi tentang penerimaan orang terhadap diri kita sebenarnya. orang selalu cakap 'be yourself'. tapi saat kita nak menjadi diri kita sendiri tu, orang lain bersedia ke nak terima kita seadanya? mungkin ada dan mungkin tidak. dan pada masa itu sebenarnya, kita menjadi tak keruan dan cuba fikir 'eh, okay ke aku buat benda ni?' 'tak salah ke aku cakap tadi?'. dah kalau itu diri kita, nak fikir apa lagi. mungkin kalau yang outspoken tu kena jadi pendiam demi menjaga hati orang, begitu?

    contohnya beginilah :

si A : eh okay tak aku nyanyi tadi?
si B : haa? HAHA. macam nak halau seladang je suara. okay apa!
    maka si A terasa hati. oleh sebab itu, si B kena menipulah? contoh :
si B : isy, aku gurau je. sedaplah sebenarnya.
    dan si B terus berpura-pura demi menjaga hati si A. di situ dah nampak, dia tak boleh menjadi diri sendiri sebab penerimaan orang terhadapnya bukan sama.

    bagaimana pun orang itu, kita bukan siapa-siapa nak menentukan sikap mereka. mungkin dah ditakdirkan mulut mereka begitu. berbisa, mungkin? terimalah manusia itu seadanya. tak perlu nak kecam mereka dengan pelbagai cara. kadang-kadang susah jugak asyik nak ikut hati je.

ni post sentap punya pasal.

12/01/2011

mengejar mimpi, menggantung harapan

    setelah berusaha gigih saat peluang berada di genggaman, tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain berdoa dan berharap. selagi di hati kita masih mempunyai sebuah harapan, maka kehidupan kita akan dapat berjalan menuju kepada kecemerlangan pada masa hadapan.

    selagi kita mempunyai harapan dan motivasi, penderitaan yang dikandung pun tidak menjadi beban yang menyiksa. kerana HARAPAN seperti satu keindahan hidup yang akan datang bila ada kemahuan untuk meraihnya. jadi, walau betapa sukarnya kita menghadapi sesuatu keadaan itu, seperti paper spm yang membuat kekacauan, gantunglah jua sebuah harapan.

    saat dunia anda gelap, percayalah, akan ada suatu hari dimana Tuhan akan merestui untuk menjadi sebuah kenyataan bagi sesiapa yang mempunyai harapan.

    kualiti hidup bukanlah bergantung pada apa yang anda temui, tetapi pada apa yang anda lakukan untuk menangkis kesemua halangan. janganlah takut untuk mempunyai harapan, kerana pada suatu hari nanti harapan itu pasti menjadi nyata dan indah apabila kita percaya.

happy reading ;)

11/30/2011

nothing seems to change

    heyya.

    tadi baru balik dari hostel. patutnya dah balik dah, tapi demi nak teman kawan-kawan aku yang lemah semangat a.k.a penakut tuu, pasal diorang ada paper seni hari ni. so kenalah tidur sana sambil ajar-ajar melukis sikit-sikit.

    last je paper bio semalam, terus rasa macam nak masuk wad. celaka betul soalan. k, malas nak cakap panjang pasal tu, jadi migrain aku. oke, aku and my classmate tangkap gambar. nah, tengok :

( put your own caption )

    HAHA. biasalah, budak sekolah ;) 

kalau lepas ni aku jadi gila, salahkan paper biology.

    oo, demit! memang bangang soalan. kalau orang cerdik bolehla kata senang.

    (telinga tengah keluar asap ni)

    k, chow!

p/s: sorry, post macam gila.

10/23/2011

mencuba.


    dan cuba lagi. itulah yang hanya aku mampu buat di musim hott masa ni. dan itulah jugak perkataan yang mampu aku motivate diri sendiri. zaman main jet kertas dah berlalu. sekarang memang zaman main kalkulator pulak.

    inspirasi aku untuk berjaya tidak ada orang lain melainkan mak aku. dan kena ingat jugak, kita belajar kerana siapa? kerana Allah.seandainya ditakdirkan aku tidak berjaya maka aku akan terima seadanya. manusia apa jika tidak ditakdirkan untuk gagal? tapi setidaknya taknak lah gagal spm kann. nak makan kertas ke aku ni kalau failed semedang? dari lahir sampailah ke trial baru ni, result macam daun semalu. lulus yang tak cemerlang.

    tak pernah aku jadikan cikgu atau orang-orang lain sebagai penghalang untuk aku berjaya. kalau nak cakap pasal persekitaran tuu, bukanlah dilabelkan sebagai penghalang. cuma ujian sikit. nak berjaya mesti ada ujian. nak berjaya dalam upsr pun kena ada ujian. ujian apa? UPSR lah!

    situasi kusut yang tak lagi menjadi mudah untuk aku menimba ilmu aku anggap ia sebagai iklan hidup. macam aku cakap tadi, aku tak pernah anggap cikgu sebagai faktor kegagalan. kalau jenis cikgu yang mudah tersentuh macam mana pulak? umm, sama la kott =.='

    tapi aku taklah sesibuk pm. boleh je lagi nak buat post, boleh je lagi nak online akaun fb tuu. aii maklumlah, bukan ijazah lagi. baru spm. kalau ijazah nanti barulah SIBUUUKKK bebeno kann! atau bajet sibuk, aku pun tak tau.

    terus terang, aku tak target pun straight a's. kalau baca post aku yang dulu tu, semangat je lebih! kalau korang perasan aku delete post tuu. kalau tak perasan aku biarkan jee >.< 

* oklah, thats all.
keep reading and shoutouting!

10/20/2011

berbuat lebih untuk mendapat lebih

    kalau buat sederhana, Allah bagi ganjaran yang sederhana. tak kan ada orang yang tak usaha tapi dapat ganjarannya walau sedikit. dan takkan pernah ada orang yang berusaha sedikit tapi ganjarannya banyak. begitulah rukun hidup ni. tak ada satu pun yang kita akan raih melainkan dengan usaha. nak ambik mempelam, kena ada usaha - panjat. setiap perkara pasti begitu.

     dan apa yang aku nak utarakan kali ni ialah 'what you give you get back'. dan tak payahla nak salahkan orang lain pasal benda yang kau buat tu memang salah. kalau asyik nak salahkan orang lain, bila masa kau nak judge diri sendiri tu macam mana? rasa bagus semedang. saudara, janganlah rasa kau tu betul sangat. ok?

    benda yang dah jadi, anggaplah ia sebagai takdir. musim exam ni, tak payah la nak berburuk sangka dengan orang. dan jangan pulak anggap orang memburukkan kau. takde pun sebenarnye. orang lain semua tau silap kau ape, lain kali jangan buat macam ni. jangan malu dengan kesalahan kau sendiri sebab ini yang kau pilih.

    pernahke orang hidup kat dunia ni takde masalah? semua ada. kalau kau plankton mungkin tak. bila orang turut kemahuan kau, kau hormatilah ia sebagai satu penghargaan sebab lepas ni mungkin kau takkan dapat balik. tulah masalahnya. tak pernah nak respect pendirian orang. yang kena siapa, kawan aku jugak. tak kisahlah kalau kau nak buat apepun, even kau melalak kat assembly aku takkan kisah. whos the hell cares kan?

    sekarang ni macam nilah. stop blaming others. look at yourself dulu macam mana. layak ke nak tuduh orang itu ini, layak ke nak buat kawan aku jadi toy kau. kau pilihlah jalan kau sendiri, sebab kau kan bagus.

9/30/2011

only silence


when i try my best but i dont succeed
people couldnt believe what i had become
no one knows.

life is a climb.

    ...tapi tak perlulah sampai melebamkan betis dan mendarahkan kaki.

    semakin dekat nak spm ni, semakin taksub lak aku nak makan jeruk. (hipotesis. heh). belakang asrama, there's a lot of mempelam yang sedap gila! maka alasan nak ke dewan untuk study terencat seketika, dek kerana penangan si mempelam yang berbuah lebat. dengan baju sekolah, aku pun panjatla si pokok. GAYAT PULAK!

    aku turun balik. and then terloncat-loncat gaya benda ntah nak capai buah tu. dapat la dalam 7-8 bijik. rasa macam tak cukup banyak tu. ikhtiar lagi. pastu nampak la benda plastik yang keras kaler oren bawah pokok pisang tu. macam boleh buat galah je. maka aku teruskan usaha aku dengan dorongan kengkawan. (kengkawan?)

    tengah asyik mengutip pelam, tak semena-mena aku ternampak pulak kelibat orang berbaju biru. ERK! jaga deathbell! dia pandang macam nak tembus. aku pun menggelabah, panjat pagar tu balik. terpukang jatuh.

....keesokan harinya..

    alasan ke dewan untuk study aku rencatkan lagi demi mengupas mempelam. aku bawak buku kimia dan pensil kalau-kalau ada warden usha. tapi benda tu tak berusik pon!

    dah kupas-kupas, kitorang pun balik.

    ingatkan nak ambik kuih kat dalam dewan makan tu. tapi tengah panjat, terberdarah pulak kaki, bergesel dengan mozek pecak. ianya berdarah dan aku menangis. sememangnya aku bukanlah superwoman nak tahan nangis, bukan jugak lone ranger nak hadap sengsorang. so, buat jela muka tak malu.

    memang lah Travis ada cakap, 'life is a climb, but the view is great'. tapi berbaloi ke?

celebrating seventeen :)

    I'd gone professional when I was about seventeen. HAHA ;D



 
    and of course, it took me seventeen years to be a professional.

7/22/2011

plkn

    hati ternanti
    jiwa gundah tak henti
    tiada siapa mengerti
    kerana ini bagaikan mimpi ngeri
    bagi mereka yang tak punya hati
    bersorak macam nak mati
   
    yang tak suka akan menolak
    malah di malam sepi mereka melalak
    aku hanya mampu wish good luck
    semoga tahan di sana kelak
   

     HA. HA. thank god. aku tak terpilih ~ weee.

7/09/2011

random~




communication is not only the essence

it consist of love provided with

no one can make you feel inferior without your consent

because this is the life that cannot live

some may say i need more senses

because there are nothing that i believe

i said by doing the best we can

and receive any soar thet they give

you can be the one whos lightens

even when the tears begin to flow from the grief

yet you still can make a repentance

the conclusion ~ just be brave

5/31/2011

fault



Nobody is a mistake, it is what it is, nothing is wrong or right, just things happened.

5/15/2011

lantaklah tajuk ape pon!

    *geram*

    okey, malangnye aku terpakse membuang masa sebab nak edit semula blog ni. sebab? blog ni diedit secara tiba-tiba kot. automatic? yeah, something like that.

5/06/2011

dear readers.

    ye, aku tau aku bajet hot macam ade orang sangat nak bace blog ni semedang kan. tak kesahla, tapi nak kate kat sini, buat sementare waktu ni aku akan jadi bebayang di waktu senja yang korang memang takkan jumpa kalau cari sekali pun. (kekecualian kepada rakan sekolah dan sanak saudara ye.) reason ~ sebab minggu depan is my midyear exam and tak lame is my spm pulak.

    means ~ lepas je midyear kena study for trial pulak. balik sekolah pukul 2.40 and then ade tuisyen stf smpai pkul 5. lepas tu study grup pulak, sampai pkul 6. bile mase nak hadap blog, fb segala? aku akan jadi seperti robot terminator yang tak lalu dipukul, disepak terajang tu. kebal. boleh ke?

    kalau ikut countdown, lagi 192 hari je lagi nak spm. tolak masa tidur, tolak cuti segala tu takke membuang mase lagi? kalau nak dikira tolak masa for ngadap blog dan segala benda luar sillybus ni, tinggal brape hari lagi?

    oh ye. sambung cerita pasal bebayang di waktu senja cam samurai x tadi. sekarang fon dah ditolak tepi. fb dah tutup. blog takkan dibukak dah lepas ni. no contact-contact aaa. in case of emergency, kol polis la weh! haha. okey, serious - kalo papehal yg tak bape penting tu, tak yah la menyemak neuron kepale otak aku ni. if penting sekalipun, lantak korangla!

babai ~

4/18/2011

THE MIDDLE - JIMMY EAT WORLD

Hey, don't write yourself off yet
It's only in your head you feel left out or looked down on.
Just try your best, try everything you can.
And don't you worry what they tell themselves when you're away.

It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine, everything (everything) will be alright (alright).

Hey, you know they're all the same.
You know you're doing better on your own, so don't buy in.
Live right now.
Yeah, just be yourself.
It doesn't matter if it's good enough for someone else.

It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine, everything (everything) will be alright (alright).
It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine, everything (everything) will be alright (alright).

Hey, don't write yourself off yet.
It's only in your head you feel left out or looked down on.
Just do your best, do everything you can.
And don't you worry what the bitter hearts are gonna say.

It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine, everything (everything) will be alright (alright).
It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine, everything (everything) will be alright (alright).

3/19/2011

THIS ENTRY IS USED TO COVER UP LAST POST :)

    post yang sebelum ni agak kurang ajar kan? hee~ begitulah aku kalo dah meradang. grrr. untuk cover balik kemeradangan aku yang tidak elok untuk dilihat oleh current person, aku nak cerita panjang kat entry ni.

    okeh, ingat tak aku ada story pasal kem kat batu 5 yang dikuasai sepenuhnya oleh askar tu? ala, yang ni. memang sisa-sisa marah tu still ada kat diorang (askar) sebab aku tak pernah diperlakukan sebegitu rupa! (dasat ayat aku). tapi lepas baca blog seseorang ni, rasa sedih pulak.

    nikmatinya :


The Armed Forces is like the air... u can't feel it... n u can't even see it... u even don't pay for it... but when the air is gone... U WILL DIE!!

Seminggu berada di Kem Rejimen 505, Sungai Miang, Pekan.. dilatih oleh askar-askar membuatkan diri rasa sedih. Mereka berkorban segala-galanya. Perjalanan hidup mereka membuatkan kita sepatutnya malu dengan diri sendiri.

Selalunya jika Jabatan baru atau Kementerian berpindah ke bangunan baru.. Syarikat Pembersihan akan dilantik untuk membersihkan bangunan... pengubahsuaian akan dilakukan bagi mencantikkan bangunan...tapi di Kem Sungai Miang...juga bangunan baru..dan kami peserta Kursus DPA merupakan pengguna pertama di Kem ini yang masih tidak dirasmikan lagi.

Memandangkan ia bangunan baru, pelbagai kemudahan masih belum ada.

Makanan kami pagi petang siang malam di masak oleh askar2 negara.. tiada katering yer sepertimana di jabatan2 kerajaan yang lain...

Askar2 ini bukan sahaja dilatih untuk berlawan di medan perang, tapi segala-galanya.

Padang rumput tempat kami bersenaman pagi dan bersukan di waktu petang...pagi dan petang dimesin oleh askar2 secara bergilir... bila tengok semangat mereka...Kagum dan sedih...

Ketika latihan di pondok skuad... kata jurulatih kami yang berpangkat Lans Koperal... "Saya ni belajar sampai darjah 3 sahaja...jika ada sebutan bahasan Inggeris saya yang tidak betul...mohon kamu semua betulkan.."  Sedihnya kami semua mendengarnya..

                                                   
Walaupun kami amat amat kagum dengan semangat, keberanian dan segala2nya tentang mereka.. tetapi mereka amat baik dan amat merendah diri.

Inilah askar kebanggaan negara!!

Kata seorang penceramah dari ATM... "suatu masa nanti...jika terjadinya perang atau bencana... ketika itu mahkamah tidak lagi berfungsi.. sistem perbankan pun lumpuh... ketika itu askar negara akan mengambil alih mempertahankan negara..walaupun ketika itu tiada gaji pun yang dibayar kepada mereka..."


"Apabila kamu memakai baju loreng, maka kamu berjalan di atas titisan darah manusia..." Sarjan Hazezul, Rej. 502.

 Ketika latihan menembak di pondok skuad... Sarjan Fairi yang melatih kami berkata " Saya bagi pihak staff yang lain memohon maaf terlebih dahulu jika nanti di padang sasar akan terkeluar kata2 yang kasar. Kerana kami sejak rekrut memang telah dilatih sebegitu...

"Lagipun, apabila masuk ke padang sasar...kami askar akan menjadi tidak waras...kerana latihan menembak di padang sasar menggunakan peluru hidup.. kami kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.. kerana di lapang sasar jika anda tersilap langkah akan membawa masalah besar kerana senapang di situ semua menggunakan peluru hidup"

Mereka2 ini komando...tetapi layanan mereka terhadap kami amat baik..tersangat baik. Walaupun training yang diterima oleh mereka ketika rekrut dan komando amat tough, tetapi latihan yang diberikan kepada kami mengikut kesesuaian memandangkan kami bukanlah askar..sekadar orang awam yang baru mengetahui betapa sukarnya hidup askar..menerangi hidup orang lain dengan mengorbankan hidup mereka...


    
    agak pilu lah jugak baca blog dia ni. okey, aku admit aku banyak menyumpah seranah askar kat situ sebab suruh aku macam-macam. the worst part kena cangkung separuh ~ saket wooo! and air mata aku hampir meleleh bila kena tolak masuk dalam air, cam hina sangat je rasa :'( aku SORRY kat semua askar kat sana yek! sebab banyak mengumpat anda.

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...