Hidup lagi


Hi

Errr hihihi awkward rasa macam nak jumpa mak mertua pulak bila nak naip blog yang dah lama tinggal ni. Lama nokharom aku rasa. Dulu semua benda berupdate walaupun takdak sapa pun baca, alih alih aku sendiri je yang scroll blog. Teheheh

Sekarang aku tengah sibuk nak final exam. Cehh sibuk tang mana la sangat. Kalau dah nama fiza tu memang terkanal la dengan dia punya chill walaupun nota tak berusik lansung. Malam sebelum exam barula menggelepar nak baca sambil moody sebab orang lain dah khatam segala isi ilmu kat dunia ni kecuali aku. Todia

Puasa life? Haha macam ni lah kalau puasa kat tempat orang. Kengkadang masak sendiri kengkadang rasa kaya sikit beli je. Tapi tak syok sebab nak fikir exam lagi. Terangguk angguk jugak la sambil menaip ni sebab dengar lagu Ayumi Hamasaki. Dulu ingat tak lagu Trauma, Ayu punya lagu? Femes baiii siap ada tarian para para apemende ntah hahaha

K skip pasal Ayumi Hamasaki jap walaupun cerita pasal dia pekak tu aku tak habis canang lagi. Sedihh bai

Hmm apa lagi apa lagi... Selain sem depan adalah sem last aku kat sini, berita tentang aku konvo Silat Cekak baru baru ni haruslah update jugak. Haa nah gambar seketui

Cakk muka sebesen

Classmates dan tenaga pengajar (Kakzu dan Acad)

Kehidupan 2017 aku secara keseluruhannya okey. Not so bad, not so good. Biasa biasa je. Cuma waktu yang 'not so good' tu entah bila aku pun tak ingat. Sebab memang pesen dari dulu lagi ada masalah je senyap membisu sampailah terlupa sendiri yang aku ada masalah. Hahaha harap takde siapa yang anggap aku saiko ya.


Kengkadang teringin je macam orang lain, ada masalah je pomm share on the spot tanpa memikirkan tanggapan diorang. Me iz so berat mulut uols. Kesian pulak kang kena dengar kalau aku cakap dah la tak berenti haaa

Fiza dah jadi perempuan ke belum? Beragak la gais watak kasar tetap ada okey walaupun nampak manis camni hahahahah berat tak bakul berat tak. Hehe. Hm taktau nak tulis panjang macam mana lagi dah, maybe after this i'll keep writing yo lama tak tulis cerpen ngarut dulu siap keluo zine lagi padahal ngarut nokharom. Hahahaha 

Tata, salam


No comments:

Post a Comment