Hidup baru.



Salam and greetings.


Dah lama. Ok taknak cliché, jadi straight to the point.


Aku dah jadi student UUM, mengambil jurusan Business Administration (Logistics and Transportations) dan berada di semester satu. Junior sangat lagi. Pergi kelas pun terkedek-kedek dan sesat dan selalu masuk lambat. Mostly aku skip kelas sebab tak jumpa kelas tu kat mana dan kalau jumpa pun jauh sangat.


Tapi untuk minggu ni je la. Melampau sesat sampai sebulan.


Seronok aku dengar cerita dari geng-geng lain, yang baru masuk jugak, macam aku. Ada yang senior baik, ada yang sporting, yang tak sporting, belaka ada. Biasalah nak adapt benda baru ni, kalau awal-awal kita dah tanam perasaan tak suka tu, jadi tak bestla. So kalau tak suka buat-buat je la suka.


Cerita aku. Ok la. Best.

Nampak tak muka aku dah runcing? Aku dah turun kilo tau. Ok bye.


Senior baik sangat. Tak pernah aku jumpa senior camni (ni bukan nak bodek tau). Tempat tinggal pun ok, roommate ok, geng satu course pun dah jumpa, dan memang geng yang jenis masuk air. Makan super ok. Servis bas ok. Lecturer ok (walaupun English die slang Yaman), classmates ok.


Pendek cerita, environment kat sini sangat meng’happykan aku sampai aku lupa apa itu rasa homesick. Aku tak nangis. Aku tak rasa jauh pun, malah I feel like I’m home.


Terdengar jugak cerita budak lain (yang aku tak kenal, tahu cerita pun dari group apentah) life diorang macam kena dera. Macam duduk kem askar. Kemudahan ntah pape. Lecturer ajar syok sendiri. Dan macam-macam rungutan.


Ni benda yang aku paling benci. Merungut sikit-sikit takpe, tapi mencipta perasaan benci untuk wujudkan pandangan dari orang lain kononnya tempat belajar ko paling kesian, paling buruk.


Ko tak bersyukur.


Itu salah, ini salah. Susah sikit merungut, bersesak sikit merungut, salah aje. Merungut 24/7. Sampai kononnye berpesan kat budak intake rayuan suruh bersedia mental dan fizikal, eh blah la. Takdenye susah sangat.


Dapat university bukan pilihan merungut, katanya tak mencabar. Dapat roommate pendiam merungut. Dapat bas tapi bas jalan lambat pun merungut. Benda-benda leceh camni la yang buatkan ko tak rasa nak duduk situ sampai 3-4 tahun ko tau tak? Ko yang cipta perasaan tak suka tu sapa suruh.


Sekurang-kurangnya ko dapat. Sekurang-kurangnya ko ada. Dan ko takkan boleh bayang betapa orang lain nak rasa semua benda ni. Ko memang anggap benda ni menyusahkan. Tapi orang lain yang tak dapat, yang tak ada, menangis mintak kat Tuhan. Ko boleh rungut? Ko sedar tak ko tengah angkuh dengan Tuhan?


Muhasabah diri. Kbai



No comments:

Post a Comment