Salah faham lagi dan lagi.



Salam and greetings.


Masuk harini, dah berapa tahun korang hidup? Dah berapa duit simpanan korang untuk kahwin? Dah berapa boipren/gelpren yang korang ada? Boleh kira pakai jari ke, kena tambah kuku cagu? 


Ah senang sangat soalan ni. Ni ada soalan yang susah sikit.


Dah berapa kali kita bercakap, kita tak sedar yang kita sakitkan hati orang lain? Berapa kali pulak yang kita sedar? Banyak mana pulak kebencian orang tu terhadap kita, sebab kata-kata kita? Berapa saja kemaafan yang kita peroleh dari semua tu?


Ha. Manusia memang buat silap. Tapi tak semuanya salah. Get it?


Kadang-kadang kita buat silap tapi kita tak sedar. Kita silap, tapi tak salah. Lain citer la kalau sengaja kan. Tapi yang anehnya, ayat yang aku rasa dibuat untuk bergurau tu terjadi bahan sindir lak kadang-kadang. Mungkin orang lain tak faham joke aku. 


Kadang-kadang bila marah, kita cakap sikit orang ingat kita mengherdik. Walaupun bunyinya cam mintak-tolong-sangat-supaya-ko-guna-akal.


Dah pernah jadi ayat "Kalau cakap tu boleh fikir tak?" ditafsir oleh orang jadi "Kau ni memang bodohla". Padahal hakikatnya makna dia lain sangat. Lari. Jauh. Macam dari Vladivostok ke Selat Melaka dia punya jauh.


Pelik. Kadang-kadang tu orang ni suka memandai. Tafsir perabih kononnya. Kalau betul takpa jugak. Ni jadi ntah ape-ape. Sampai boleh jadi fitnah pulak.


Aku suruh kau fikir, tak bermakna aku kata kau bodoh. Mungkin kau cerdik, tapi ade certain situation yang kau ni susah sangat nak pakai akal. Jadi sebab tu. Kalau nak mengaku bodoh pun jangan nak menuduh kata aku yang cakap gitu. Senyap-senyap sudahla.


Jadi salah faham ni sentiasa berkitar dekat aku. Ade je yang salah anggap apa yang aku cakap. Terlebih fikir. Ini yang aku kata silap, tapi tak salah. Memang aku tersilap, tapi yang salah tu, orang yang salah anggap tu la. Konon dia betul sokmo. Dah pegang jawatan 'sarcasm translator'. 


Mungkin orang macam ni cepat terasa hati. Haha. Mungkin. Bersangka baik di bulan romadhon. 



No comments:

Post a Comment