Perempuan : Pendek akal.



Salam and greetings everibadeh!


Sambil menunggu waktu berbuka ni, sempat lagi otak ni mencerna apa yang nak ditulis. Makin lama makin sendu. Makin lama makin sendu. Patut tukar je nama blog ni jadi Blog Sendu dot blogspot. Pikiaq punya pikiaq, banyak sangat benda yang berlaku di sekeliling aku, tanpa aku sedari. Tanpa aku ambil pengajaran setiap darinya.


Yalah, aku ni perempuan. Akal pendek.


Kadang-kadang aku tersedar, yang patut aku ambil pengajaran bukannya dari orang lain. Tapi diri aku sendiri. Apa salah yang aku dah buat. Apa kata-kata aku tulis, yang menyakitkan hati orang. Apa perkataan yang aku dah spit out, yang juga menyakitkan hati semua orang.


Itu semua patut diambil pengajaran. Pengajaran dari kesilapan aku sendiri. Sebab tu orang kata, belajar melalui kesilapan.


Lagi-lagi bila aku sebagai orang perempuan. Orang perempuan ni MOSTLY pendek akal. (Baca : Mostly. Makna : Bukan semua, cuma kebanyakan). Pendek akal, tak bermakna bodoh. Bukan bermakna lembab, bangang, tak reti bahasa atau sebagainya.


Pendek akal. Maknanya tak berfikir panjang. Buat keputusan tapi tak fikir. Nak cakap pun, tak fikir. Nak marah tak fikir. Lepas buat baru fikir. Eh Jemah tu terasa ke dengan ayat aku tadi ek? Hmm tak kot. Mintak-mintaklah dia open minded gituuu.


Itula pendek akal. Tak fikir. Dan bila ada kes yang dah super viral di laman sosial baru-baru ni, baru aku terfikir, sebenarnya perempuan kalau marah memang tak tapis. (Bergantung pada penggunaan bahasa harian gak la, kesat ke, tidak ke). Tapi kalau die nak marah, marah la. Takde tahan-tahan.


Aku pun selalu macam tu. Dah umur 20 tahun ni, baru aku terfikir, annoying betul la aku selama ni. Dah la masa jadi pengawas darjah lima dulu asyik menengking orang je. Eeee bukan gadis idaman sungguh. Kenapala aku tak fikir sebelum marah tu. Kenapa laa ek ek ek.


Pastu sekarang, aku banyakkan bersabar bila apa-apa yang berlaku kat aku. Bak kata Ellie Goulding, anything could happen. Bila aku nak marah, aku aktifkan perasaan 'lantak-kau-la' dan hormon 'i-dont-mind' aku. Terbukti ianya berkesan. Aku tak jadi marah dah lepas tu. Kalau marah pun, simpan dalam hati je. Dan bila aku simpan dalam hati tu, esoknya aku lupa.


K. Cekidout.

No comments:

Post a Comment