Kerisauan aku yang tiada ending.



Jari menari-nari girang atas keyboard ala Diversity menari dekat stage Britain's Got Talent. Sambil tengok berita pulak tu. Menunjuk. Yang aku ni ambik tahuuuuuuu sangat soal-soal berita TV3 nih. *Gelak sopan.


Kalau masa kerja dulu jangan harapla nak tengok berita nii. Perkataan TV pun tak sempat nak sebut, apatah lagi nak tengok. Datang pagi, balik tengah malam. Kadang-kadang tu balik pagi pulak. Macam-macam hal menghalang.


Pernah sekali tu kerja hari minggu, dengan penat badan dan otak ni, gigih gak nak balik tengah malam. Terbayang-bayang dah katil aku yang tak berapa empuk tu. Tak kisahla tu. Yang paling penting bantal. (Obviesli not a bantal busuk okeh!)


Dah duk syok start motor, termenung jap sambil pandang jalan. Jalan kosong gak walaupun ni hari minggu. Tiba-tiba bedezup dezup mat-mat motor yang bawak motor-motor depa tu laju-laju. ---- (Kata ganda sangat kan)


Terkesima aku. Bukan lagi terkesima, aku terus jadi skema tak hingat. Lagi pulak bila mat-mat motor tu duk lepak kat jalan yang aku bakal lalu kejap lagi. Dalam 20 bijik motor tak silap. Masa aku kerja tu, kedai tu bukak 24 jam, tapi ade certain kedai je yang macam tu. Kebanyakan nye tutup awal. 


Memang nak menyumpah. Sebab aku nak balik.


Pastu aku terfikir. Jap jap jap. Fikir jap fizaa. Adakan aku akan lalu je dekat mat motor tu atau duduk sini, tunggu depa blah? Masa tu yang ada dalam otak aku ialah...


Aku melalui mat-mat motor itu dengan berdedikasi. Baik dan santun sekali. Aku. Yang seorang. Perempuan pulak tu. Bawak motor. Tengah malam. Pastu 2 minit kemudian, aku dengar bunyi motor yang macam-banyak-je kat belakang aku. Aku takut. Aku takleh lari mana-mana sebab sekarang ni aku kat highway. Aku takleh pecut sebab aku tak reti bawak laju-laju. Adakah aku perlu bawak je sambil diiringi oleh mat-mat motor kat belakang. Yang niatnya aku tak tahu....


Oh tidak, tidak. Paranoid sangat kan?


Kemudian aku pilih jalan selamat, iaitu duduk kat kedai, sambil mengantukkan diri, menunggu hari pagi. Aku tak sempat kira kali ke berapa aku telelap masa tu. Hah! Tahap ngantuk aku time tu memang tak boleh kira dah. Kalau kira pun mau tercabut spring! (Tu pun kalau wujud ler alat kira tahap ngantuk yang pakai spring)


Semua tu sebab aku yang terlalu risau. Overthinking. Tak pernah hilang benda ni. Menyusahkan. Please. Aku harap sangat aku takde mental disoder. Haha.


Dah terlalu banyak benda yang berlaku, dan rancangan yang gagal sebab aku terlalu risau. Eh nanti jadi gini pulak... Nanti jadi gitu pulak... Ade je dalam kepala aku ni memikirkan masalah akan datang. Padahal tak wujud pun.


Dan akhirnya, kerisauan aku ni memang tiada pengakhiran. 


No comments:

Post a Comment