Jelita di hari raya? Yay or nay?



Salam and greetings to all.


Ramadhan ke 10. Aku mengambil kesempatan ini nak ucap selamat meyambut ramadhan (walaupun lambat), dan selamat melakukan ibadah dengan seronok. Bulan puasa ni, kompem ramai terlajak beli dan makan sampai susah nak buat ibadah dan susah nak turunkan berat badan. Betul tak? Hihi


Tahun ni aku tak jejak lagi ke bazaar ramadhan. Mungkin sebab mak masak sedap sangat, atau mungkin sebab darah yang mengalir dalam badan ni ada unsur-unsur jimat tak ingat. Haha. Aku harap benda ni berlanjutan hingga dah ada cucu nanti. Penjimatan diutamakan!


Ok, tanpa segan silu aku nak share sedikit eksesais penting di bulan puasa, bagi yang berpuasa ataupun tidak. So, kirenye kalau amalkan eksesais yang simple sangat ni, in shaa Allah, tiada peningkatan berat badan berlaku. Aku tak jamin kurus kering! Cuma TIADA PENINGKATAN BERAT. Maintain gitu. Kalau ngidam sangat nak kurus, aku citer kemudian.


1. Squats - 20 kali





2. Lunges - 10 kali bagi sebelah kaki. Buat berselang seli lah.





3. Cross crunches - 20 kali. (Aku buat 12 je)



4. Push up - 10 kali



5. Plank - sehingga mampu





Kalau tak tahu kaedah yang tepat, boleh tanya pada yang tahu, atau gugel. Tapi yang ni senang je, takyah tutorial sangat. Boleh buat 2 atau 3 kali sehari, tengok tahap keinginan. Macam aku, sekali cukup. Pastu kalau larat, buat cardio workout sikit-sikit. Lateral burpee ke, delayed pendulum hops, atau ape ape je. Kalau malas, buat lompat bintang 10 kali cukup.


Dan jangan lupa pulak, sebelum dan selepas buat workout ni, buat warm up dan cooling down. 


Seterusnya, untuk yang mengidam nak jadi kurus kering. Di samping mengamalkan easy workout ni, bolehla mengamalkan hidangan berbuka puasa seperti berikut :


1. Kurma + air masak. Pastu solat jap. 


2. Lepas solat, sambung makan nasi segenggam dengan lauk pauk sedia ada. Perhatikan lauk tu kalau berminyak toksah la ambik. Takkan tu pun nak cakap jugak kan. Ingat! Nasi mestilah SEGENGGAM. Kalau tak mampu, boleh mulakan dengan makan sup, letak sekali nasi dalam tu. Kaedah ni lebih mengenyangkan.


3. Pastu gi la terawih. Balik tu, bolehla sambung makan kuih sambil lepak-lepak tengok tv. Sebelum tidur, minum 2 botol kecil air masak. Minum sikit-sikit.


Konklusinya, takde siape suka kaedah kurus kering, dan takde siape pun yang kuasa. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment