6/13/2014

Kita yang merasa.



Lembaran masa depan dibuka.
Diteroka segala isi tersirat.
Betapa terperinci.
Tersusun.
Terancang. Rapi.


Digaris dengan teliti.
Diukir penuh berhati-hati.
Diisi penuh warna. Sempurna.
Segalanya tampak sempurna di mata.
Hebat.


Begitu yang diharap dan dipinta.
Perjalanan yang diukir sendiri.
Dijangka membawa pulangan.
Dirasa bukan sekadar angan-angan.
Dan mungkin menjanjikan kebahagiaan.


Tiada kurang, tiada cacat.
Namun perlu juga diingat,
Doa, usaha dan keringat
Adalah makanan untuk segala perancangan.
Peneman untuk menanam harapan.


Jangan pula kita alpa
Bila diuji sedemikian rupa.
Persoal pula Tuhan,
"Mengapa?"
Mungkin kerana curahan nikmat selama ini.
Kita angkuh dan lupa diri.


Kerana perancangan Tuhan itu lebih hebat.
Siapa kita untuk menyangkal?
Siapa kita untuk menolak?
Kerana pasti.
Kebahagiaan tertulis olehNya kelak.



1 comment:

  1. Best Slots, Live Games, Jackpot - DrMCD
    You can enjoy a 울산광역 출장샵 variety of games from all over 용인 출장마사지 the world, including 원주 출장안마 video slots, table games, live 서산 출장안마 casino and slots. Check out the best casinos in the 충주 출장마사지 world

    ReplyDelete

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...