6/03/2014

Pandangan yang sama, nilai yang berbeza



Sesetengah manusia dikurniakan dua biji mata. Kenapa sesetengah? Sebab bukan semua. Ada yang dijadikan Tuhan tidak berupaya melihat, ada juga yang dilahirkan tidak mempunyai mata. 


Mereka yang tidak mampu melihat, boleh menilai dengan mata hati. Namun, tak semua yang boleh melihat mampu menggunakan mata hati untuk menilai.


Allah Maha Besar.


Segala apa yang terjadi adalah sebaik-baik ciptaan.


Namun apabila anugerah yang Tuhan beri diolah menjadi satu kecacatan, itu bukan lagi baik. Dua pasang mata diberi untuk melihat, bersama sekeping hati diberi untuk menilai, tidak berfungsi.


Gagal.


Mereka lihat, mereka nampak. Namun hati tak mahu bekerjasama. Dilabelnya mata itu seperti mata ikan kering. 


Kerana keperitan yang mereka nampak adalah untuk dilihat semata. Katanya. Kesusahan yang mereka lihat disalaherti sedemikian rupa. 


"Miskin kerana malas", bentak hati mereka. Tak berupaya dikawal hanya kerana pinjaman nikmat yang Tuhan beri di dunia.



No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...