Kenapa aku tulis?




12.55 tengah hari. Aku menulis ini lepas aku tidurkan bayi berumur tujuh bulan. Sangat lena di buaian.


Ayat pertama membuatkan aku terfikir. Kenapa aku memilih untuk tulis? Tulis apa yang aku alami, apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan. 


Lalu hati aku menjawab, aku menulis untuk positifkan diri. Supaya aku jujur dalam setiap kata-kataku, supaya aku kenal siapa aku yang dahulu dan dengan itu aku mampu berubah untuk jadi yang lebih baik. Setiap penulisan yang aku publish sangat menggambarkan emosi aku semasa aku menulis.


Tapi sekali lagi, kenapa aku memilih untuk menulis? Otakku mencerna soalan untuk mencabar hati yang lantang menjawab. 


Kenapa tulis sedangkan banyak cara lain untuk postifkan diri, atau apa saja alasan yang dibuat oleh hati.


Hatiku tidak selesa akan perkara lain. Menulis sangat sebati dengan hati. 


Otakku meragui lagi. Ah, otak ini kecewa kerana tidak menjadi perhentian terakhir saatku meluah apa yang terbuku. Yang terbuku itu letaknya di hati. 


Mustahil untuk aku meluah perkara yang terbuku di otak. Kerana saat itu aku bukan meluah, tetapi aku mereka sebuah penulisan. Jadi tujuan aku untuk positifkan diri dengan menulis akan menjadi sesuatu yang tidak membawa makna apa-apa.


Aku akan menjadi tidak jujur dengan cara itu.





No comments:

Post a Comment