Who will I be?




Dunia ni pelik. Dan kelakar. 


Masih lagi aku memikirkan masalah tak-kenal-siapa-diri-sendiri dengan tahap kerisauan yang lari dari level yang sepatutnya. Risau pada semua benda. 


Kenapa dengan diri sendiri ni, entahlah. Well, bad methaphor alert!


Semuanya sebab tanggapan. Anggapan. Whatever. Semua sebab spekulasi dunia terhadap diri kita yang kita sendiri tak tahu. Tapi dunia tahu. Sebab tu dunia ni pelik dan kelakar.


Siapa diri aku? Dunia, tolong jawab. 


Sedang aku cuba menjadi 'seseorang' dan mencari seseorang dalam diri sendiri, dunia dah jumpa. Dia dah kenal siapa aku dengan melihat apa yang telah aku capai.


Tapi. Pencapaian dan personaliti tu lain. Dua-dua ni bukannya pemboleh ubah manipulasi dan bergerakbalas yang kita boleh pakai untuk jadikan hipotesis tentang diri sendiri. Ah, susah la nak cakap.



1 comment: