Tak guna.




Tak guna betul perkataan tak guna ni. Berapa kali kita biasa sebut? Berapa kali kita biasa dengar? 


"Tak guna muka cantik, kalau perangai macam setan"


"Tak guna jugak kalau baik, tapi asyik pinjam barang orang je"


"Tak guna jugak kaya nak mampus, tapi bodoh je"


"Tak guna gak pandai kalau mulut tak reti nak jaga"


"Tak guna belajar tinggi kalau asyik nak buat demo je"


"Tak guna nasihat orang kalau ko sendiri belum perfect"


Dan. Pelbagai lagi statement tak guna macam ni. Tak lain tak bukan, niat untuk jatuhkan orang. Sebab orang tu lebih sikit dari kita, kita dah sibuk membuat senarai comparisons yang entah menda-menda. Tak masuk akal.


Tapi.


Muka cantik tu Allah yang beri.


Perangai baik tu Allah yang beri.


Kaya tu Allah yang beri.


Otak pandai tu Allah yang beri.


Dapat belajar tinggi tu pun Allah yang beri.


Ketidaksempurnaan tu pun, Allah yang beri.


Manusia memang semuanya tak sempurna. Ada? Mana? Barbie pun masih tak sempurna si mata saya. Sifat tak sempurna tu ada semua dalam diri kita, sebagai manusia.


Kenapa? Supaya kita, manusia saling membantu antara satu sama lain. Yang ini bantu yang itu. Yang kita ada, boleh beri pada yang tak ada. 


Jangan asyik claim semua benda milik kita. Itu semua rezeki Allah. Allah yang gerakkan.




No comments:

Post a Comment