Pembenci yang saiko



Siapa ramai pembenci dekat sini angkat kuku! 


Pembenci, atau kata american dan orang orang yang bajet american, haters. Sebutannya dalam american - hek'erz. Kalau british - Hetterzzz. Gitu


Orang benci kita ada yang bersebab, ada yang takde sebab. Ade jugak kalau tak membenci dalam sehari tu hidup dia akan meroyan, atau dia fikir bila dia benci orang dia boleh skor 4flat. Kalau yang bersebab ni, mungkin sebab dengki, iri hati, iri limpa, iri kuku cagu dia. 


Bila orang mula mendengki, itu disebabkan oleh benda yang dia tak ada tapi kita ada. Orang macam ni samala macam saiko, kurang kasih sayang, rasa  ape ape jela yang lebih kurang macam saiko tu.


Kadang-kadang mereka ingat kita jadi sedih sebab kebenciannya tu, tapi sebenarnye mereka ni tak sedar, dengan membenci orang, mereka jadi semakin saiko. Pathetic sangat hidup diorang ni. 


Kalau ramai sangat orang macam ni kat sekeliling korang, ucap alhamdulillah. Sekurang kurangnya korang tak saiko macam diorang, dan korang masih boleh hidup dengan cara korang sendiri, daripada sibuk mencari salah orang, ketidakperfectan orang, kemudian jadikan objek untuk membenci orang tersebut.


Tegur (kearah kebaikan), dengan benci tu, jauh sangat beza. 


Orang yang benci dia takkan tegur, dan orang yang menegur bukan pembenci.


Orang yang jadi pembenci saiko ni sebenarnya rasa dia betul sangat, jadi biarkan mereka dalam khayalan masing-masing. Kita yang tak saiko ni jangan turut terjebak. Abaikan, obviesli menda ni tak kacau lansung matapelajaran korang. 


Kejayaan apelah yang boleh kita cipta dengan membenci kan? Takde. 


Bak kata Jessie J :




No comments:

Post a Comment