Kan Dah Kata



Kan dah kata.


Berapa kali kita sebut perkataan ni? 


'Kan dah kata, soalan ni keluar punya! Nyesal tak baca'.


'Kan dah kata jangan, buat jugak. Ha padan muka ngko'.


'Kan dah kata, gula mesti naik punyalah'.


'Kan aku dah kata, dia takkan follow balik punya. Hotsetap kan'.


'Kan dah kata, Pahang menang'.


'Kan dah kata, entri baru dia tak best punya'.


Golongan yang selalu main ayat 'kan dah kata' ni sama je macam golongan yang selalu pakai perkataan 'kalau'. Cuma beza sikit sikit je.


'Kalaulah aku tau, mesti aku tak buat'.


'Kalaulah boleh putar masa, mesti aku tak gagal'.


'Kalaulah aku tau spot exam, mesti aku boleh jawab'.


Golongan yang pertamanya, terlalu konfiden. Apa saja yang dia sangka mesti betul, dan tepat kena pada situasi. Jadi bila sangkaannya tepat, lahirlah rasa bangga dalam diri, lalu meluncurlah ayat 'kan dah kata ni'. Ayat ni kalau sesetengah orang dengar dia akan kagum pada orang yang bercakap tu. Tapi sampai satu masa, orang akan menyampah. 


Yang keduanya terlalu berharap dan takde usaha. Asyik dengan kalau-kalau-kalau. Dunia ni bila ada kalau memang semuanya terselamat. Yang ni pulak sesetengah akan berasa simpati pada orang yang bercakap tu, dan juga pada sesuatu keadaan, orang akan nyampah. Jika sikit takpe. Ini bila esok exam boleh lagi sebut 'kalau aku rajin awal tahun haritu kan bagus', sambil main dota. Nampak ada usaha ke?


Dan aku cukuplah nyampah dengan golongan seperti di atas. Terlalu konfiden, dan terlalu berharap tanpa berusaha. Walaupun kengkadang aku juga tergolong dalam golongan itu tanpa disedari.




No comments:

Post a Comment