Drama Melayu dan drama Korea sama ________. Isi tempat kosong ikut kreativiti.




Yang jelas, kedua-dua drama ni membuatkan kaum wanita juga kaum lelaki tergila-gilakan hero dan heroin dia. Bukan setakat tergila, malah turut jadi gila sampai orang dok borak pasal bola dia ada jugak nyelit drama yang dia tengok tu. Lagi parah kalau A, B dengan C tengah lepak, tetiba A come out nak borak pasal menda ni dengan B. C ni boleh letak kat dinding siap-siap.


"Eh dia dah mengandung belum?? Alolo suwitnyeerrr".


"Tengok tu, tengok tu.. mak mentua dia cakap apentah. Pastu die kena lempang. Eeee kalau aku jadi pompuan ni aku terajang je mak mentua dia. Bajek comel. Puiiii"


"Jahat la awek dia ni. Dah ade bini kot laki tuu. Jangan la kacau."


"Eeee kalaulah aku dapat laki macam tu kan...Emm indahnye dunia aku ni."


Teruskan berangan. Bukan ini ke yang sektor perfileman kita hendakkan? Penonton akan berangan setiap masa padahal benda tu drama! Drama! Not real at all.


Cerita tv dengan realiti sama ke? Berangan nak jadi heroin, letakkan diri di tempat heroin. Kalau pompuan aku leh terima, tapi yang lelaki? Jadahnye. (Hishh statement ni lain macam plak)


Pulak tu cerita tayang maghrib. Dah tu bila habis, keluar cerita baru yang lebih kurang sama. Laa, kalau macam tu aku sendiri dapat agak jalan dia cemana. Hek eleh.


Since aku sendiri dah terlalu jarang dan hampir tidak menonton tv3 ni, aku tak tahu pun apa tu mister erogen. Rupannya cerita tu dah habis. Ada cerita baru, playboy apentah. Tak apdet sangat pasal ni, tu pun tau sebab tengok temlen kat tuiter yang dah serupa tv tu. Apdet perkembangan hero dan heroin manjang.


Yang selalu apdet tu nak berangan lah tu. Tapi malu ye taakk? Kononnye yang heroin tu ngko kan? Ngko berangan ngko kena pukul ngan laki pastu buat-buat yang ngko ni ade kesabaran yang sama dengan heroin tu kann? Hek eleh


Rasanya, virus cerita korea pun lebih kurang sama camni. Penonton yang terlalu obses. Tengok winter sonata berangan jadi Yu-Jin. Apelaa yang best sangat berangan tu. Nama pun berangan, bukan nye real.




No comments:

Post a Comment