Cinta monyet yang pada aku adalah cukup sampah



Apa itu cinta monyet? Monyet yang bercinta? Bercinta macam monyet? Atau apa?


Pada aku dua-dua tu betul. Pertama, walaupun manusia yang bercinta tapi nampak macam monyet yang bercinta. Maka, bolehlah didefinisikan sebagai monyet yang bercinta. Sebab? Mereka yang bercinta ni jadi hilang sifat kemanusiaan, hilang sopan, hilang malu, hilang segala benda yang ada pada manusia. Yang ada cuma sifat kebinatangan yang lebih kurang sama macam monyet.


Kedua, bercinta macam monyet. Definisi yang ni pun boleh pakai jugak kalau terdesak sangat. Cara cinta yang diorang pakai ni menggunakan istilah-istilah yang dimiliki monyet. Contoh : bergayut, jumpa balak (pakwe), dan sebagainya. Macam ekosistem hutan yang ada beruk lak dah. 


Apa yang dapat dikatakan secara menyeluruh oleh aku, cinta monyet ni femes dalam kalangan orang mudala. Sebab tak pernah pulak tengok orang tua bercinta monyet. Bela monyet untuk panjat kelapa adala. 


Yang menjadi kesampahannya sekarang, individu yang terlibat dengan cinta monyet ni seolah takde dunia lain. Cinta cinta cinta cinta. Ya, bagi mereka kononnya itu adalah cinta sejati (la sangat), tapi macam mana ngko tau tu cinta sejati ngko? Macam mana ngko tau tu jodoh ngko? Cukup la bazir masa wahai orang melayu. Tolonglah fikir menda berfaedah dan mendatangkan keuntungan.


Kalau tak jejaskan matapelajaran takpe. Ini bahasa melayu gagal pun nak salahkan cikgu. Padahal masa jawab BM tu ngko dok ushar muka awek ngko kan? Ngaku jela. Ni satu lagi spesies berangan yang aku cukup benci. 


Sampah yang seterusnya ialah, bila gaduh gaduh sikit dengan 'cinta sejati' ngko tu, dah kira itulah masalah paling besar yang ngko hadapi. Uishhh, orang lain takde masalah seberat ngko ni. Ngko je yang paling bermasalah waktu tu. Tunjuk la muka sedih sepanjang masa. Yela, nak perhatian. Attention seeker la katekan. 


Tak fikir pulak orang sekeliling ngko yang lansung tak berkaitan ni. Kena marah gak. Kononnye mintak paham la yang ngko tu ada masalah cinta waktu tu. Oi please la. Cinta monyet je kut. Bukan hubungan halal. Ini adalah anti aku yang kedua. 


Lepas tu yang perempuan ni pulak sama je, dah tau lelaki tu nak ambik kesempatan, pervert, kaki pompuan, penipu dan sebagainya, terima dia buat apa. Tak suruh cari yang perfect, tapi jauhkanlah benda-benda yang macam tu, yang boleh rosak dan jejaskan diri sendiri. Boleh elak kan. Ke terdesak sangat nak boyfriend? 


Ni lagi satu masalah yang sampah. Yang gigih sangat cari boyfriend tu buat apa? Dah tak payah nak 'forever alone' sangat la. Wajib ke? Wajib ke ada boyfriend, ni nak tanya. Tak cukup ke kasih sayang mak, abah, family, kawan ngko tu? Dah jalankan tanggungjawab kat mak? Dah cukup besar nak handle masalah orang lain? Percayalah, sebaik saja kita bawak masuk cinta yang bukan untuk kita, kita sebenarnya tengah cipta masalah baru. Satu demi satu masalah akan wujud dari segi cinta monyet sampah ni, percayalah.


Yang lelaki pulak, asyik menabur kata-kata manis. Manis yang kalau ukur tu kompem terlebih gula. Berhentilah kalau tak ikhlas, maklumlah perempuan cepat perasan. Nanti orang dah menaruh harapan kan susah. Kalau gatal sangat, suruh mak cari calon, pastu kahwin. Stop with all this stupid cinta monyet thingy. Tak meluat ke dengan diri sendiri?


Stop with all the gambar-gambar dalam selimut nak tunjuk ngko buat benda haram, lepas tu caption 'love till jannah'. Gambar berlaga pipi, lepas tu tak bagi orang judge. Ngko pun tengah judge entri aku sekarang ni kan, jadi takyahlah nak mengutuk depan cermin sangat. Ha hah.


Jadi, pada akulah kan, cinta monyet ni takkan wujud kalau takde individu-individu yang macam monyet ni. Yang mintak ditembak dan pupus di muka bumi. Usaha untuk majukan diri sendiri dulu, barulah cari cinta ngko yang sebenar. Cubalah jadi mahal sikit.


It doesn't matter pun kalau ngko ni dicop sombong sebab tak kawan dengan laki-laki buaya, tak kawan dengan pompuan-pompuan yang serba serbi ngaku diri sendiri hot. It doesn't matter. Bukan kacau pointer ngko pun. At least ngko dah berusaha untuk tak terjebak dengan cinta yang agak sampah macam aku kata tadi.


Sekian.




No comments:

Post a Comment