9/06/2012

TUDUNG:KACAMATA SEORANG LELAKI




"Pandangan peribadi penulis mengenai wanita yang bertudung, melalui prospek seorang lelaki yang tidak pernah diwajibkan mahupun digalakkan untuk memakainya...


Sebenarnya, hasrat penulisan saya pada kali ini dicetuskan daripada satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang rakan maya di Facebook.Bunyinya begini...


Hari ni pakai PASHMINA!!! <3 <3 <3
posted by Awek Cun


Saya yang tak pernah kisah pasal pashmina pon tiba2 jadi kisah pulak bila tengok status sedemikian. "Pashmina ni kejadah ape?". Sebagai seorang peminat Hamtaro, satu2 nye pashmina yang saya tahu adalah seekor hamster betina.






Comel kan?



Hmmm... pashmina dan gadis.... pashmina + gadis = ???

Jadi dengan penaakulan secara mantik dan penuh teliti, otak saya yang cerdik ini telah menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Awek Cun adalah seperti ini.







.... Errr... Ish... Cam tak logik la pulak
akhirnya saya pon mengalah dan terus merujuk kepada tok guru saya, Google. Tak sampai seminit, saya pon faham lah pashmina itu apa. Rupa2 nye pashmina ni adalah sejenis tudung berenda yang boleh dikatakan agak popular dikalangan gadis2 sunti. Kepada lelaki yang memang tidak pernah ambil kisah pasal fesyen tudung perempuan (macam saya), bolehlah rujuk gambar di bawah.



Boleh tahan cantik juga model ni....hehe


DAH!!! Jangan pandang lama2! Tak baik....


Inilah pashmina dikatakan itu rupanya. Sebelum ini, saya dua jenis tudung sahaja; tudung biasa dan tudung Indon @ tudung sarung malas...haha


Semakin hari, semakin fesyen tudung yang diperkenalkan kepada umum. Macam2 ada. Menurut adik perempuan saya, fesyen terkini yang popular dikalangan wanita muda dan tua hari ini termasuklah lycra korea, syria, hana tajima (eh? macam nama orang je), tudung bawal, selendang (haa.. yg ni macam pernah dengar) dan platinum lycra. Saya bertanya, mengapa Platinum? Platinum bukan besi ke? Ni tudung ke helmet???!!


Adik saya mengangkat bahu dan geleng kepala... No comment


Bila berbicara soal fesyen bertudung, saya tidak boleh tidak daripada berfikir mengenai gaya tudung Yuna dan Najwa Latiff. Kenapa?
Bukan sebab mereka cantik, bukan sebab mereka penyanyi yang berjaya membina nama melalui YouTube, dan bukan sebab saya meminati lagu2 mereka (Terukir Di Bintang... layaaaannnn~)
Tetapi fesyen tudung yang sangat extravagant dan berat.
Mengapa berat? Sebab mereka memakai tudung berlapis2. Tak berat ke kepala? Kesian saya melihat penyanyi muda berbadan kecil dua orang ini, nampak lagi besar kepala daripada perut. Kalau diacah dari tepi, mahu tumbang tak boleh bangun... haha


Sebelum ini, antara keluhan yang paling common yang selalu saya dengar daripada mulut perempuan yang bertudung adalah panas dan bahang. Berpeluh2.Kalau mereka dilihat di bawah terik mentari, memang kasihan. Sudahlah mereka sememangnya mengenakan baju labuh, ditambah lagi dengan tudung, sudah pasti benar2 terasa 'kenikmatan' matahari. Dalam hal ini, saya ingin melahirkan rasa hormat dan kagum kepada golongan muslimah yang menjaga aurat dimana sahaja mereka berada :)
Menyedari keadaan ini, saya mengharapkan pemakaian tudung akan berubah menjadi lebih ringkas, tetapi tidak, makin kompleks pulak jadinye. Kalau dahulu pakai selapis sudah berpeluh, lepas ini memang lencunlah satu badan dibasahi peluh.


Tidak lagi dikira masa yang diambil untuk mereka bersiap.
Mula2 lapis satu... 5 minit
Lapis dua... 3 minit
Lapis tiga... 4 minit
Lapis empat.. 10 minit... SIAP! Tiba2 terasa kepala macam gatal pulak... buka balik tudung... garu2... ok, mula semula


Amboih! Kalau nak pakai tudung dah nak setengah jam, belum masuk pilih baju,make-up lagi...
Ish, pakatnye, kalau nak janji nak keluar berbuka puasa dengan boyfriend, dah masuk azan isya' pon belum berbuka lah gamaknye...


Bagi saya, pemakaian tudung adalah amat manis. Ayu, sopan dan memikat hati. Selain diwajibkan ke atas setiap muslimah seperti mana yang difirmankan dalam Al-Quran, bagi saya, pemakaian tudung dapat menyelamatkan imej ramai wanita yang tidak mempunyai rambut yang cantik... atau dalam bahasa rempitnya... SERABAI


Dengan pemakaian tudung juga, secara umumnya, muslimah akan meletakkan dirinya ke satu tahap penampilan lebih baik. Sebab itulah, menjadi satu kebiasaan kalau ada makcik2 yang menyatakan hasrat mereka bermenantukan gadis yang bertudung. Supaya tidak malu pada jiran tetangga, kata mereka.
Ramai pula yang agak kecewa dengan stigma seperti ini. Bagi mereka, tidak adil untuk meletakkan pemakai tudung sebagai baik, dan yang tidak bertudung sebagai tidak berakhlak. Jawapan saya mudah, soal hati ini tidak boleh dibaca, biarlah Tuhan yang menilai. Kita manusia, kita nilailah apa yang zahir di mata... :)


Secara peribadi, saya memang lebih suka melihat wanita yang bertudung berbanding yang tidak. Pertama, saya dapat memandang tanpa kerisauan dan resah kerana semestinya tiada dosa2 free akibat memandang aurat. Bagi saya, pemakai tudung ini lebih ayu dan manis. Tampillah dengan fesyen yang sederhana, tidak perlulah berlapis2, anda sudah cantik dan menawan meskipun tanpa tudung yang berat... hehe
Saya hanya menyatakan preference saya kepada pemakai tudung yang simple, tidak pernah terlintas dihati saya untuk mengkritik penggemar tudung yang trendy.
Bak kata abang Bruno...


Cause you're amazing, just the way you are...


Terima kasih dan mohon maaf saya tersalah kata, terkasar bahasa... salam"


CREDIT TO :INCHE' MUSTAQ :) 
p/s : saya mengopi ini dengan izin tuan badan. sekian

No comments:

Post a Comment

the metamorphosis of the oblivious

  Every pages in every human's story has a stop. A stop to the next bridge, next day and the next page. My page was usually unwritten, b...