unpredictable. sungguh!

salam, hai.

lima hari meninggalkan internet, aku perasan la jugak bayak benda yang dah berubah. banyak benda yang aku tertinggal. yelah, orang cakap pasal bola aku dok "haa? apa? ade bola ke?". orang cakap pasal raja lawak pun aku masih "raja lawak? bila masa pulak..". punyalah lembab tahap tenggiling.

bila check dekat Interaction punyalah ramai yang mention (pui). heheh, kat fesbuk pulak segalah panjang notification tu. sebenarnya susah jugak bila jauh dengan sweetheart ni. sweetheart=internet. semua benda aku jadi tak tau. duduk kat tempat kerja tu ada siaran tv3 je. siaran lain tu pun, kalau nak tengok, baik ambil kertas kaler kelabu pastu ko hadap la lama-lama. paham kan maksud yang tersirat di situ?

hmm. semakin lama ni, sebenarnya semakin banyaklah perubahan yang berlaku. terutama manusia. masa tak berhenti dan perubahan sentiasa berlaku, samada perubahan baik ataupun buruk. kita siapa nak hukum mereka, kalau mereka berubah ke arah yang lebih buruk? mereka ada jalan sendiri. dan kalau mereka berubah ke jalan yang lebih baik, Alhamdulillah..

dulu kawan baik, sekarang dah renggang. salah aku kot,sebab jarang tegur. salah aku jugak, sebab terlalu menyibukkan diri. semua salah aku. aku memang tak suka nak salahkan orang lain. eh, pekehal pulak termasuk mode Titanic ni. haha.

biasalah manusia, sukar diramal. aku doakan yang baik-baik untuk dia, hoping he'll do the same.

No comments:

Post a Comment